Saya sekadar nak kongsikan beberapa fakta yang ramai orang tak tahu mengenai animasi Upin & Ipin. Ada diantara fakta-fakta ini tidak pernah diumumkan di mana-mana media di Malaysia.

1. Upin & Ipin pada asalnya bukanlah watak utama di dalam  filem Geng Pengembaraan Bermula, tetapi hanyalah watak kanak-kanak ditepi jalan yang membantu Badrul dan Lim untuk memberi arah jalan ke rumah Tok Dalang. Tetapi selepas populariti siri Upin & Ipin pada tahun 2007 akhirnya Les’ Copaque Production menambah penglibatan Upin & Ipin di dalam filem Geng yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2009.

wd_geng_dalamgua

2. Upin & Ipin pada asalnya dihasilkan di dalam keadaan botak kerana ingin mengurangkan kos penghasilan  dan simulation “hair” di dalam 3D. Akhirnya mereka kekal botak sehingga kini.

Advertisements

3. Sebenarnya watak ibubapa Upin & Ipin tidak dihasilkan kerana kesuntukan masa dengan deadline episod Hari Raya pada siri Upin & Ipin tayangan musim pertama. Akhirnya Les’ Copaque Production mengambil keputusan untuk me”mati”kan watak ibubapa Upin & Ipin dan memulakan episod Hari Raya dengan babak Upin Ipin menziarahi kubur. Siapa sangka, kisah ini menjadi satu cerita yang sedih dan menyayat hati lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim yang senasib seperti Upin & Ipin.
07s06_ep17_upinipin_IQRA_bhg2.avi_snapshot_05.25_[2014.07.01_15.32.41]
4. Cerita Upin & Ipin lebih terkenal dan jauh popular di Indonesia. Ini adalah kerana cerita Upin & Ipin yang sangat mirip dengan kehidupan masyarakat Indonesia dan perwatakkan Upin & Ipin yang seimbang iaitu tidak terlalu baik dan tidak terlalu nakal. Kalau orang Malaysia yang datang ke Indonesia mesti malu kalau tak kenal siapa Upin & Ipin.

5. Pada peringkat awal, cerita Upin & Ipin agak sukar untuk dijual dan tidak dipandang oleh mana-mana station TV. Allahyarham Bukhari Che Muda iaitu bekas bos TV9 lah yang mempunyai kepercayaan awal terhadap Upin & Ipin dan memberi peluang untuk disiarkan di TV9. Allahyarham terus bersetuju untuk menyiarkan siri Upin & Ipin pada tahun 2007 apabila salah seorang kakitangannya tergelak-gelak mendengar dialog Upin & Ipin tanpa melihat visualnya yang ketika itu sedang dipasang di dalam bilik meeting untuk sesi screening.

6. U = USA dan I = Israel adalah mesej berantai yang paling cepat sekali viral di dalam laman sosial dan whatsapp. Fitnah moden ini ditokok tambah setiap kali mesej ini disebarkan. Ramai orang yang menyebarkan mesej ini tanpa ada rasa tanggungjawab dan rasa bersalah.

upin-dan-ipin-usa-israel-kartun

7. Siri Upin & Ipin telah disiarkan di Disney Channel pada tahun 2009 di dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris. Pada awalnya ramai penonton mengkritik kualiti alih bahasa pada versi Bahasa Inggeris kerana berpendapat loghat dan gaya bahasa yang digunakan tidak sesuai dan pelik. Ramai juga yang mencadangkan agar Les’ Copaque menyuruh proses alih bahasa dilakukan sendiri oleh pihak Disney Channel kerana mereka lebih berpengalaman. Apa yang orang ramai tidak tahu adalah, versi alih bahasa yang disiarkan itu memang dihasilkan sendiri oleh Disney Channel sendiri. Selepas beberapa episod, akhirnya pihak Les’ Copaque Production mengambil alih sendiri tugas alih bahasa Inggeris sehingga kini.

8. Dengan populariti Upin & Ipin, ramai kanak-kanak yang ingin menjadi seperti Upin & Ipin. Tak kurang juga yang membotakkan rambut agar kelihatan seperti Upin & Ipin.

09

9. Upin & Ipin pernah dikutuk oleh Paul Moss ketika Upin & Ipin memenangi anugerah Best Screen Chemistry di SHOUT! Awards pada tahun 2009. Paul Moss mengeluarkan kenyataan sinis secara live ketika program itu sedang berlangsung dan pada keesokkan harinya kebanyakkan media tempatan mengutuk perbuatan Paul Moss.

10. Lagu “Sahabat Selamanya” merupakan lagu ber”hantu” yang dihasilkan oleh Padi (Indonesia) dengan kerjasama Les’ Copaque Production di dalam mengeratkan perhubungan di antara Malaysia & Indonesia. Yang menjadi pendorong lagu “Sahabat Selamanya” dihasilkan begitu baik sekali oleh Fadly adalah anaknya sendiri yang mendesak agar lagu Upin & Ipin disiapkan segera. Lagu ini juga menjadikan nama Padi naik kembali di dalam industri muzik Indonesia dan Malaysia setelah lama menyepi.

hi_01.3

Bonus

11. Oleh kerana terlalu obses terhadap Upin & Ipin, masyarakat di Hindu di Bali menghasilkan patung Dewa Upin & Ipin di dalam perarakan perayaan hari ‘Nyepi’.

86233_ipin_dan_upin_ikut_merayakan_nyepi__peni_widarti___bali_

 49,183 total views,  5 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.