Semenjak Netflix dah secara rasmi masuk ke pasaran Malaysia ni, ramai betul orang mula beralih  arah ke Netflix. Netflix dah lama diperkenalkan di pasaran US dan di Malaysia sebelum ni kita hanya ada iflix. Tapi macam mana nak tengok Netflix ataupun iflix ni? Ramai yang masih keliru dan kali ni saya nak tunjukkan 6 cara mudah untuk menonton Netflix dan iflix. Tak kira apa-apa carapun, yang paling penting sekali kenalah ada internet sebelum mencuba cara-cara di bawah.

1.  SmartTV

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan SmartTV. Sekarang ni dah ada macam-macam jenama SmartTV dan kesemuanya ada fungsi aplikasi tambahan seperti Netflix. Hanya perlu pilih rancangan melalui remote TV seperti menonton TV biasa. Cara ni mungkin paling mudah, tapi bukan semua orang mampu nak beli SmartTV.IMG_7750

2. AppleTV

Buat penggemar Apple sudah pasti tahu mengenai AppleTV. Ianya berharga sekitar RM350 sahaja dan mampu digunakan untuk menonton siri kegemaran di Netflix. Selain itu, AppleTV juga digunakan untuk filem HD yang dibeli ataupun disewa secara maya di Apple Store.Apple_TV_with_remote

Advertisements
3. Sony Playstation 4

Siapa sangka Playstation 4 sebuah konsol permainan juga boleh digunakan untuk menonton Netflix. Download Netflix secara percuma dah boleh terus menonton dengan mudah. Oleh kerana ianya adalah konsol permainan, mungkin agar sukar untuk memilih menu kerana terpaksa menggunakan gamepad.

4. Google Chromecast

Cara ini adalah cara yang paling saya gemari. Chromecast adalah sebuat peranti kecil yang amat mudah dibawa ke mana-mana dan hanya perlu mencucuknya di port HDMI pada TV. Ianya perlu diselaraskan dengan smartphone samada iOS ataupun Android asalkan pada saluran wifi yang sama dan kemudiannya terus boleh menonton Netflix ataupun iflix. Chromecast berharga sekitar RM150-RM200.IMG_9656

5. Smartphone

Cara yang paling common adalah menonton menggunakan smartphone mahupun tablet. Aplikasi Netflix atau iflix adalah percuma untuk dimuat turun dan ianya tersedia untuk semua jenis smartphone samada iOS, Android ataupun Windows Phone.

6. Komputer

Cara terakhir adalah cara paling mudah dan tidak perlukan penerangan. Kita hanya perlu layari laman web Netflix.com ataupun iflix.com dan menonton terus di situ.

 36,240 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

15 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.