Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ni memang tak pernah habis-habis bercerita mengenai negara Jepun. Iyalah, ada banyak perkara unik dan menarik mengenai Jepun yang pasti membuatkan semua orang yang sedang membaca blog ni teringin menempah tiket ke Jepun. Baiklah, kali ni saya nak berkongsi mengenai 5 Perkara Unik Tentang Jepun.

Uniknya Jepun

1. Budaya
Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Orang Jepun suka berjalan kaki

Salah satu budaya orang Jepun yang sungguh unik adalah budaya mengucapkan selamat pada setiap masa dan sering memohon maaf sekiranya tersilap. Ini memang budaya timur yang sejati yang hanya boleh dilihat di Jepun. Bila kita masuk di mana-mana kedai tak kisah kedai tu besar atau kecik, mereka pasti akan menegur kita dengan “Ohayoo Gozaimasu (Selamat Pagi)” ataupun “Konnichiwa (Selamat Petang)” sambil menundukkan kepala sedikit. Walaupun ucapan selamat datang ni ada juga dilakukan di Malaysia, tetapi perbuatan ucap selamat ni lebih ikhlas dan ianya seolah-olah tidak dipaksa-paksa. Saya yakin, perbuatan ini bukanlah satu perkara wajib yang disuruh oleh majikan, tetapi lebih kepada budaya mereka.

Budaya menundukkan kepala adalah budaya yang dilakukan begitu kerap oleh orang Jepun sebagai tanda hormat. Kalau ada sesiapa yang berpeluang ke Jepun, pasti dapat melihat budaya ini sebaik saja melangkah kaki ke airport mereka.

Selain itu, kadang-kadang bila kita sedang berjalan ditempat-tempat yang sesak, kita pasti tak dapat elak dari terlanggar orang lain. Bila perkara ini berlaku mereka akan meminta maaf sambil berkata “Sumimasen (Maaf)” beserta menundukkan kepala.

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Bandar Jepun yang cantik dan maju

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Orang Jepun yang suka menolong

Orang Jepun memang dikenali sebagai masyarakat yang suka bekerja. Dorang sangat workaholic dan systematic. Walaupun dorang kadang-kadang stress dengan kerja, tapi kebanyakkannya masih mematuhi undang-undang. Sebagai contohnya, saya pernah tengok seorang orang Jepun yang mabuk tetapi masih menunggu lampu isyarat berwarna hijau sebelum melintas jalan.

Selain itu, mereka juga sangat peramah dan rajin menolong orang. Walaupun bahasa adalah diantara jurang utama diantara kita dengan mereka, tapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk membantu sesiapa saja lebih-lebih lagi pelancong. Mereka sanggup memberi tunjuk arah kepada orang lain walaupun mereka sendiri sudah ketinggalan train.

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Basikal adalah di antara pengangkutan yang popular

Saya baru tahu orang Jepun ni pemalu. Pernah dengar cerita yang suami-suami di Jepun harus balik dari kerja seelok-eloknya pada waktu malam. Sebab kalau mereka balik terlalu awal, seolah-olah menampakkan suami ni takde kerja atau mungkin tidak bekerja cukup keras. Kemudiannya nanti si isteri akan berasa sangat malu dengan jiran-jiran dan kemudiannya mungkin bergaduh atau suami kena marah.  Pelik tapi unik kan?

Budaya Jepun memang sesuatu yang menjadikan negara Jepun begitu unik. Memang seronok belajar budaya negara orang lain.

2. Negara Paling Selamat
Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Parkir basikal yang disediakan di Jepun

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Basikal ada di mana-mana di Jepun

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Train begitu sesak ketika waktu pulang dan pergi ke kerja

Uniknya Jepun adalah kerana negara ini dikategorikan sebagai salah sebuah negara paling selamat di dunia. Kadar jenayah sangat-sangat rendah sehinggakan sangat selamat untuk berjalan sendirian ketika waktu malam. Oleh itu tak hairanlah orang Jepun suka berjalan kaki atau menunggang basikal ke mana-mana saja. Ini adalah kerana selain kos teksi atau kereta yang lebih mahal, ianya lebih mempercepatkan perjalanan. Banyak bangunan di Jepun yang dibina rapat-rapat dan kadang kala ianya sungguh padat. Berjalan kaki ke station keretapi ataupun melalui lorong-lorong kecil perumahan adalah lebih cepat.

Selain itu, kita boleh berjalan kaki ke 7eleven dengan senang dan tanpa rasa takut walaupun pada jam 2 pagi.

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Polis sentiasa mengawal

Walaupun diyakini selamat, masih terdapat polis berbasikal meronda lorong-lorong perumahan berjadual pada waktu malam. Tambah rasa lebih selamat bila berada di Jepun.

3. Negara Jepun Sangat Bersih
Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Dalam bandar pun ada sungai yang cantik

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Redup dan nyaman je di Jepun

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Orang Jepun ramah bergambar

Memang tak dinafikan di negara Jepun adalah sangat bersih. Hampir tiada langsung sampah di persimpangan jalan mahupun ditepi-tepi longkang. Lebih kagum lagi, tiada pula tong sampah yang disediakan bila anda nak membuang sampah. Tong sampah sangat minimum dan diletakkan ditempat-tempat khas sahaja. Orang Jepun lebih gemar menyimpan sampah mereka di dalam beg ataupun poket terlebih dahulu dan membuangnya bila sampai di rumah ataupun di pejabat.

Kalau anda berpeluang ke Jepun satu hari nanti, jangan pula buang sampah merata-rata.

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Toilet di Jepun

Salah satu yang menjadi Jepun begitu bersih adalah kerana toiletnya. Bila kita melancong ke luar negara, biasanya kita risau nak masuk ke toilet sebab tiada paip air. Berbeza sekiranya ke Jepun, hampir setiap toilet mereka tidak kira di hotel mahupun di shopping complex, semuanya menggunakan toilet canggih berasaskan bidet. Toilet canggih ini memang sungguh canggih dan bersih sehingga boleh memilih jenis pancutan air samada mengembang, menegak ataupun random.

Terdapat beberapa tempat duduk toiletnya pula boleh dipanaskan untuk keselesaan maksimum. Walaupun kesemua button di toilet ini ditulis dalam bahasa Jepun, tetapi tak susah untuk meneka apakah fungsi setiap button tersebut. Kita hanya perlu duduk dan “merasai” sendiri fungsi setiap button tu.

4. Vending Machine
Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Vending machine di mana-mana saja

Di negara Jepun sahaja yang anda akan nampak begitu banyaknya vending machine seperti banyaknya kedai mamak di Malaysia. Vending machine diletakkan hampir di setiap tempat tak kira samada di bawah tangga ataupun dilandasan keretapi. Apa yang menariknya vending machine di Jepun adalah mereka menjual pelbagai jenis minuman tak kira sejuk atau panas. Ianya sangat convenient sehinggakan anda boleh addicted nak membeli air di machine ni setiap hari. Kebanyakkan vending machine ni dijaga begitu baik dan sentiasa dipantau oleh syarikat yang menyediakannya. Takde pula vandalisma yang terjadi kat vending machine ni. Semuanya cantik dan berfungsi dengan baik.

Vending machine di Jepun ni bukan saja menjual minuman tetapi juga menjual pelbagai barangan yang tidak pernah terfikir dek akal seperti seperti Mi Sup, beras, bunga, rokok, payung, sushi, telur ayam, sayur termasuklah telefon bimbit. Saya rasa ada banyak lagi benda-benda pelik yang mereka jual saya taktau ni. Ermm…

Only in Japan #onlyinjapan #tokyo #japan #vendingmachine #drink #instavideo

A video posted by Mohd Zarin (@mohdzarin) on

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Nak Sashimi ?

Vending machine begitu sangat diperlukan sehinggakan menjadi gaya hidup masyarakat Jepun. Memang kayalah syarikat yang mengawal bisnes vending machine ni.

Sekiranya ingin mencari sesuatu yang lebih dari apa yang ditawarkan di vending machine, bolehlah pergi ke kedai serbaguna mereka seperti 7 eleven dan Lawson. Kedai serbaguna mereka sangat menarik dan unik kerana menjual macam-macam benda dan perkhidmatan. Diantaranya adalah pelbagai jenis minuman, pizza, pasta, perkhidmatan fotostat, tandas awam, menjual tiket bas, menjual setem, kredit itunes dan termasuklah print gambar.

5. Ramalan Cuaca

Oleh kerana negara Jepun kadang-kala mengalami cuaca tak menentu dan pelbagai, orang Jepun sangat berpandukan pada Ramalan Kaji Cuaca. Inilah uniknya Jepun kerana ramalan kaji cuaca mereka boleh dikatakan sangat tepat dan betul. Ramalan cuaca mereka bukan sahaja mempunyai maklumat berkaitan dengan panas ataupun hujan setiap hari, tetapi ramalan cuaca mereka merangkumi cuaca mengikuti setiap jam.

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Cuaca Jepun ketika hujan

Uniknya Jepun - 5 Perkara Unik Tentang Jepun

Mickey Mouse di Disneyland Tokyo

Contohnya suhu pada waktu pagi adalah 10° dan bercuaca baik tetapi pada jam 2pm dijangkakan hujan. Mereka akan memakai kot ataupun baju tebal pada waktu pagi dan turut membawa payung. Memang planning cantik punya.

Kalau ke Jepun, saya memang sarankan untuk merujuk ramalan cuaca mereka sebelum melawat tempat-tempat terkenal dan berbayar contohnya seperti Disneyland Tokyo. Yelah, kan rugi kalau masuk Disneyland tapi cuaca hujan.

Oklah itulah dia 5 Perkara Unik Tentang Jepun. Macam mana best tak? Sebenarnya ada banyak lagi perkara unik mengenai Jepun. Ha, yang itu kalau nak tahu, anda kenalah explore sendiri dan melancong ke Jepun.

Kalau dah sedia, bolehlah menempah pakej percutian ke Jepun dengan Japan Budget Trip.

Bagi rakan blogger pula, anda mungkin boleh ke Jepun secara percuma bersama Japan Budget Trip (JBT) sebab mereka sedang adakan peraduan sekarang ni. Boleh klik link blog JBT ni untuk info lanjut.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Jumpa anda semua di Jepun. Sayonara!

 

copyright

4,929 total views, 3 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge