Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hampir setiap hari saya menerima permohonan pekerjaan dari lepasan graduan untuk pelbagai jawatan. Sedihnya, saya boleh katakan hampir 80% yang memohon pekerjaan sekarang ini tak mengikut syarat-syarat asas yang telah diajar ketika mereka di IPT dan menyebabkan permohonan mereka dikategorikan sebagai bad first impression.
Di sini saya nak kongsikan beberapa tip penting permohonan kerja dan tip ini saya harapkan boleh digunakan oleh semua graduan di luar sana terutama sekali dalam bidang kreatif. Semoga berjaya!.
1. Cover Letter
Cover Letter amat penting dan ianya adalah surat pemberitahuan yang pertama yang akan dibaca oleh majikan. Di dalam Cover Letter harus ada maklumat ringkas seperti tujuan permohonan, latar belakang institusi pembelajaran dan jawatan apa yang ingin dimohon. Sekiranya menghantar permohonan menggunakan email, isi kandungan pada email itulah Cover Letter anda.
2. Jawatan Pilihan
Di dalam mana-mana permohonan lebih elok sekiranya memaklumkan jawatan apakah yang ingin dimohon. Ini adalah bagi memudahkan majikan memajukan permohonan tersebut kepada department yang berkaitan. Elakkan menggunakan ayat seperti “Saya tak kisah untuk apa-apa jawatan“. Tetapkan pendirian dan hala tuju yang ingin anda inginkan.
3. Resume
Resume juga amat penting bagi majikan memeriksa rumusan pendidikan dan sejarah pekerjaan pemohon (sekiranya ada). Sila pastikan resume anda telah dikemas kini sebelum dihantar. Resume boleh disediakan dalam format words ataupun .pdf. Banyak format resume yang boleh ditiru di internet. Tak perlu terlalu kreatif dalam penghasilan resume sampai tak jelas maklumat yang ingin disampaikan. Keep It Simple.
4. Portfolio
Sekiranya anda memohon untuk bekerja di dalam syarikat animasi ataupun design, portfolio ataupun contoh hasil kerja merupakan salah satu kayu pengukur yang penting. Syarikat akan menilai kualiti portfolio anda bersama-sama resume sebelum anda layak dipanggil untuk temuduga. Anda boleh memuat naik portfolio dalam web peribadi ataupun mana-mana web percuma untuk tatapan syarikat. JANGAN attach portfolio anda di dalam email kerana kebiasaanya email syarikat tidak mampu menerima dan menyimpan data email yang terlalu banyak.
Kesudahannya email anda mungkin bounce semula.
Kebanyakkan orang melakukan kesalahan dengan meng-attach portfolio bersaiz besar sehingga 20MB atau lebih di dalam attachment email. Cara mudah adalah sebenarnya ringkaskan portfolio anda di dalam 1 file PDF yang sekecil 2-3MB sahaja. Jangan risau, kerana anda masih ada peluang untuk membawa portfolio hardcopy anda nanti ketika sesi temuramah.
Selain dari saiz fail portfolio, elakkan juga dengan melongokkan semua hasil kerja dari semester 1 hingga habis belajar. Pilih beberapa artwork yang cantik sahaja.
Aim for QUALITY not QUANTITY
Bagi yang ingin menghantar hasil kerja berbentuk video pula, perkhidmatan video online seperti YouTube dan Vimeo boleh digunakan.
5. Email
Email Address
Percaya atau tidak, ramai pemohon menggunakan alamat emel yang merepek dan tiada kaitan. Sebagai contohnya alamat emel seperti sayasayangawak@gmail.com, akutaksukakau@gmail.com atau apa-apa saja yang boleh melambangkan kerendahan mentaliti si pemohon.
Createlah email baru untuk tujuan ini. Tak susah pun.
Sent To
Lagi satu perkara penting adalah untuk mengkhususkan email permohonan kerja tu kepada sesebuah syarikat pada satu-satu masa saja. Jangan send to all atau send kepada beberapa syarikat serentak sebab nak menjimatkan masa kononnya. Perkara ni akan menjadi lagi teruk sekiranya anda meletakkan semua alamat email syarikat yang dipohon pada ruangan “CC” email.
Syarikat yang anda pohon pasti akan mendelete terus email anda apabila nampak anda juga sedang menghantar permohonan kerja pada syarikat saingan mereka.
Straight To The Point
Pastikan pada email yang ingin dihantar tu, anda menulis secara ringkas dan padat. Elakkan dengan menghantar email di dalam bentuk pertanyaan dengan harapan email anda akan di balas. Contohnya, “syarikat ni ada kerja kosong tak” ataupun “Boleh saya hantar resume kerja? “.
Teruskan menghantar permohonan kerja secara betul dan anggaplah anda hanya ada 1 peluang ini sahaja. Jangan biarkan syarikat yang dipohon memandang rendah terhadap permohonan anda.
Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja memandangkan terlalu ramai lepasan graduan dan syarikat besar pula ingin mengurangkan pekerja.
Kesimpulan
Anda mungkin pelajar cemerlang semasa di IPT atau pelajar yang sering mendapat pujian dari kawan-kawan. Tapi sekiranya anda gagal membawa imej yang baik semasa memohon pekerjaan anda mungkin gagal dapat pekerjaaan yang diminati. Harapan saya untuk entry ini adalah agar tenaga pengajar di IPT dapat educate bakal lepasan graduan-graduan ini agar lebih bersedia ketika berada di luar sana.
Terima kasih.
Mohd Zarin B. Abdul Karim
MohdZarin.com
6,366 total views, 1 views today
Good info
Thanks
Nk kene share kt adek ni..dia bru grad..xkeje lg
Agree with u zarin.. email tu penting..nampak je simple.. email je ponnn..tp. kadang2 diorg x letak subjek, dah laa email peliks.. ingatkan spam..takut nak bukak..dah terlepas peluang.. ^_^
Permohonan adalah perkara serius dan perlu dilakukan secara profesional. Bukan senang hendak menjual bagi menambat hati majikan.
terima kasih bro!