Salah satu jenama lokal yang menjadi kegemaran saya dan saya pasti kegemaran ramai orang adalah Abstrax Jingga. Siapa tak kenal dengan design Abstrax Jingga yang famous seperti MASterpiece yang dah jadi sangat viral sekarang ni. Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai Abstrax Jingga, saya nak ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru saja menang sebagai BEST of 2014 LOKAL BRANDS untuk kategori BEST COLLABORATION. Hebatkan dorang ni?

Abstrax Jingga

Butik Abstrax Concept Store

Abstrax Jingga

Beto Kusyairy sebagai duta

Butik Abstrax Jingga terletak di Shah Alam dan berdekatan dengan Padang Jawa. Butik mereka ni pun sangat conceptual sehinggakan mereka menamakan ia sebagai Concept Store. Kebanyakkan design Abstrax Jingga adalah berkonsepkan kepada urban dan simplicity. Setiap design baju mereka memang boleh nampak perbezaan konsep dan idea pada design baju tu. Design Collaboration dengan Malaysia Airlines yang dipanggil MASterpiece merupakan diantara design yang paling terkenal selain dari design MALAYA HEROES.

Masuk je butik mereka ni dah nampak terpampang muka Beto Kusyairy memperagakan baju Abstrax Jingga kerana Beto ni adalah duta mereka. Nampak smart je semua gambar-gambar Beto yang dorang gantung kat dinding.

Advertisements
Abstrax Jingga

Rupa di dalam butik Abstrax Jingga

Abstrax Jingga

Baju MASterpiece Abstrax Jingga

Abstrax Jingga

Labeling MASterpiece Abstrax Jingga

MASterpiece

Memakai baju MASterpiece merupakan satu kebanggaan. Mana tak bangganya, kat depan baju ni ada logo besar Malaysia Airlines dan kualiti printnya sangat cantik dan kemas. Oleh kerana baju ini dihasilkan menggunakan kain Jersi, jadi pelanggan diberi pilihan untuk meletak nama dan nombor di belakang baju MASterpiece dengan sedikit harga tambahan. MASterpiece ni sangat terkenal masa musim bola sepak sebab ramai orang cari jersi Malaysia yang unik dan cantik. Selain dari tu apa yang saya suka adalah, MASterpiece ni didatangkan dalam pelbagai saiz dari XS hingga ke 5XL. Jadi tak kira orang kurus atau orang gemuk boleh pakai baju MASterpiece ni. Nak lagi best, baju ni juga ada saiz kanak-kanak tau. Bolehlah satu family pakai baju ni dan support Malaysia!

Selepas populariti baju MASterpiece, Abstrax Jingga keluarkan pula baju ni dalam kain jenis cotton bagi sesiapa yang tak suka dengan kain Jersi. Oleh kerana baju ni adalah collaboration dengan Malaysia Airlines, orang Malaysia Airlines pun mengiktiraf baju ni dan dorang pun kadang-kadang pakai kat event ataupun apa-apa function casual. Memang best!

Abstrax Jingga

Baju MASterpiece Abstrax Jingga

Abstrax Jingga

Baju Kanak-Kanak (Sumber Instagram Abstrax Jingga)

Abstrax Jingga

Diantara design lain Abstrax Jingga

Abstrax Jingga

Jaket camo Abstrax Jingga yang cantik

Abstrax Jingga

Aino macam nak angkat

Bermula dari tahun 2008 dah banyak sebenarnya baju yang dorang keluarkan. Diantaranya adalah seperti collaboration dengan Bunkface dan MALAYA HEROES yang ada muka-muka pemimpin negara seperti Tun M dan Nik Aziz. Yang terbaru adalah collaboration dengan MAHARAJA LAWAK MEGA. Macam best jer tengok dalam TV haritu.

Abstrax Jingga

Baju Maharaja Lawak Mega (Sumber Instagram Abstrax Jingga)

Selain tu kat sini ada juga menjual benda-benda lain seperti Topi Abstrax, Jeans, Keychain dan macam-macam lagi.

Abstrax Jingga

Jeans pun ada dijual

Abstrax Jingga

Topi Abstrax Jingga yang smart

Abstrax Jingga

Service cetak nama belakang MASterpiece

Abstrax Jingga

Design Tshirt lain Abstrax Jingga

Semua pakaian ABSTRAX JINGGA dipakejkan begitu cantik dan nampak “mahal”. Setiap pembelian untuk sehelai baju MASterpiece, kita akan diberikan di dalam beg plastik panjang yang unik. Selain baju, kita juga akan diberi beberapa goodies yang comel dan menarik seperti stickers MAS dan Abstrax Jingga. Memang pandai betul dorang brandingkan jenama Abstrax Jingga.

Abstrax Jingga

Diantara stickers yang diberi bersama pembelian MASterpiece

Abstrax Jingga

Collaboration bersama Malaysia Airlines

Abstrax Jingga

Kaunter pembayaran

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan design dan service Abstrax Jingga. Abstrax Jingga sehingga kini saya rasa diantara jenama lokal yang terkenal dan berjaya. Kalau bukan kita yang support lokal siapa lagikan? Jadi apa lagi, jom cek laman sosial mereka.

Facebook : https://www.facebook.com/abstraxjingga
Instagram Abstrax Jingga : http://instagram.com/abstraxjingga
Instagram Abstract Concept Store : http://instagram.com/abstraxconceptstore/
YouTube Channel : https://www.youtube.com/user/abstraxarmy

Online Store : http://shop.abstraxjingga.com/

Abstrax Jingga

DR Faiz, CEO Abstrax Jingga bersama Beto (Sumber Laman Web Abstrax Jingga)

Extra

Kat bawah adalah beberapa gambar extra ketika saya, Aino dan Hafiz melawat butik Abstrax Jingga.

Abstrax Jingga

Aino tengah cuba jaket camo Abstrax Jingga

Abstrax Jingga

Hafiz pun mencuba

Abstrax Jingga

Saya pun nak cuba, tapi tak beli…

copyright

Alamat :
ABSTRAX™ Concept Store Shah Alam
D-20-1 Jalan Serai Wangi M, 16/M,
Alam Avenue 2, Seksyen 16,

 16,160 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.