Sebelum ni mesti ada yang ingat saya pernah berkongsi mengenai Abstrax Jingga yang terkenal sebagai jenama pakaian lokal no. 1 di Malaysia. Sekarang ni nama Abstrax dah tak perlu diperlu diperkenalkan lagi sebab jenama ni sekarang dah kira macam pioneer dalam industri local apparel. Nama je lokal beb, tapi dorang ni sentiasa keluarkan pakaian setanding dengan jenama antarabangsa. Baru-baru ni Abstrax sekali lagi mengeluarkan lineup dalam kategori yang baru dan berbeza sikit iaitu “Team Abstrax”. 

Abstrax Jingga Never Afraid

Teks NEVER AFRAID di belakang jersi

Produk pertama di bawah jenama Team Abstrax ni adalah jersi Never Afraid yang serba hitam dan mempunyai logo Never Afraid berwarna merah di belakangnya. Jersi ni menggunakan design yang simple dan memberi penekanan kepada mesej NEVER AFRAID. Gabungan tema Hitam & Merah ni memang bersesuaian dan memberi mood “aktif” kepada pemakainya. Sekali pandang kita dah tau yang jersi ni direka untuk aktiviti lasak seperti jogging, workout ataupun gym. Kalau NIKE memilih , JUST DO IT… Abstrax pula NEVER AFRAID.

Jersi Never Afraid ni menggunakan 100% material polyester dan seperti kain-kain jersi yang lain ianya sangat mudah untuk dicuci dan dijaga. Harga sehelai jersi Never Afraid ini adalah RM80 untuk lengan pendek dan RM90 untuk lengan panjang. Jersi ini tidak boleh ditambah nama dan nombor seperti jersi VortexMY.

Abstrax Jingga Never Afraid

Logo Abstrax di bahagian hadapan

Abstrax Jingga Never Afraid

Logo kedua di bahagian kanan lengan

Abstrax Jingga Never Afraid

Saya mengayakan saiz L Never Afraid

Dengan keluaran produk baru Team Abstrax ni, nampaknya ianya adalah permulaan kepada beberapa rangkaian pakaian sukan yang lain. Mungkin lepas ni kita dapat tengok Abstrax keluarkan seluar pendek, seluar sukan dan sebagainya.

Abstrax Jingga Never Afraid

Moga dapat Sadokan diri satu hari nanti (Jangan kecam saya)

Saya juga dah dapatkan jersi Never Afraid ni cuma gambar saya tak berapa nak sado seperti model Abstrax. Mungkin lepas pakai jersi Never Afraid ni boleh beri semangat untuk rajin work out dan jadi sado satu hari nanti.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan jersi NEVER AFRAID ni sekarang di butik Abstrax sekarang :

ABSTRAX™ Headquarters Shah Alam
D-20-G, D-20-1 & D-20-2,
Jalan Serai Wangi M, 16/M
Shah Alam, Malaysia
No Telefon : 03-55244248
Instagram : https://www.instagram.com/abstraxheadquarters/
Facebook : https://www.facebook.com/abstraxhq/

ABSTRAX Concept Store Bangsar
18-A, First Floor, Jalan Bangsar
Kuala Lumpur 50900

ABSTRAX® Concept Store Bangi
3-25-2, Jalan Medan, Pusat Bandar 8, Bangi Sentral,
Bandar Baru Bangi 43650 Selangor
No Telefon : 010-8482056
Instagram :https://www.instagram.com/abstraxbangi/

Facebook: https://www.facebook.com/abstraxjingga
Instagram Abstrax Jingga : http://instagram.com/abstraxjingga
YouTube Channel : https://www.youtube.com/user/abstraxarmy

Online Store : http://shop.abstraxjingga.com/

1,337 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge