Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Rasanya dah berpuluh-puluh tahun saya tak menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Dah banyak yang berubah dan Langkawi dah tak macam dulu lagi. Selain aktiviti membeli belah di kedai duty free, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti menaiki SkyCab, Art in Paradise dan banyak lagi. Baru-baru ni saya telah bercuti selama 4 hari 3 malam di Langkawi dan saya telah memilih Adya Hotel sebagai tempat penginapan kali ini. Saya tahu mengenai Adya Hotel ni pun dari rancangan Romantika bersama Irma Hasmie dan semenjak dari itu saya dan wife dah pasang niat untuk datang ke sini.

Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang dan mula beroperasi pada awal tahun 2015.

Adya Hotel Langkawi

Bangunan paling tinggi di Pekan Kuah

 

Adya Hotel Langkawi

Rekaan bangunan bercirikan Islamik

Konsep Islamik

Adya Hotel terletak di tengah-tengah pekan Kuah dan memang lokasi strategik sekiranya ingin ke membeli coklat ataupun pinggan mangkuk di kedai duty free terkenal seperti di RAMS dan Haji Ismail Group. Bangunannya merupakan diantara yang tertinggi di kawasan pekan Kuah dan memang tak susah nak cari. Diantara keunikan Adya Hotel adalah hotel pertama yang berkonsepkan Islamik. Konsep Islamik yang diterapkan oleh Adya termasuklah dari rekaan arkitek bangunannya yang menggunakan konsep arabic dan corak-corak dinding seperti yang biasa kita lihat di masjid. Terdapat juga beberapa pokok kurma di hadapan pintu masuk hotel bagi memberi mood berada seperti di negara Arab.

Dengan konsep Islamik yang ditekankan, tak hairanlah, Adya Hotel Langkawi menerima pengunjung paling ramai dari negara Arab. Apabila menjejakkan kaki di lobi hotel saja, petugas Adya Hotel menyambut kedatangan saya dengan menyampaikan “Assalamualaikum” beserta senyuman. Mereka juga menghidangkan pengunjung welcome drinks yang disediakan khusus sebaik sahaja proses check in hotel dilakukan.

Adya Hotel Langkawi

Ruang lobi Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Notis kemudahan shuttle untuk solat jumaat

Setiap hari jumaat pula, pengunjung beragama Islam mempunyai pilihan untuk ke masjid berhampiran dengan menaiki shuttle yang disediakan oleh pihak hotel. Perkhidmatan seperti ini memang sangat memudahkan lebih-lebih lagi buat pengunjung yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Berikut adalah beberapa elemen Islamik yang terdapat di Adya Hotel Langkawi.

  • Terdapat pokok Kurma pada pintu masuk hotel
  • Rekaan bangunan bercirikan Islam
  • Swimming pool yang berasingan bagi wanita muslim
  • Semua makanan yang halal
  • Tiada penjualan alkohol
  • Penyediaan surau lelaki dan wanita
  • Pakej sahur ketika bulan Ramadhan
  • Al-Quran dan Sejadah disediakan di setiap bilik
Bilik Hotel

Semua bilik di Adya Hotel Langkawi menyediakan kemudahan asas seperti tuala dan sebagainya termasuklah kemudahan untuk solat seperti sejadah dan juga Al-Quran. Tak banyak hotel yang menyediakan sejadah sebagai salah satu kemudahan asas di dalam bilik hotel. Selain itu juga, terdapat paip air khusus bagi memudahkan mengambil wuduk di dalam bilik air.

Secara khususnya, semua bilik-bilik di Adya Hotel sangat luas dan selesa meskipun bilik yang paling murah. Terdapat beberapa bilik yang mempunyai pemandangan indah seperti pemandangan pantai. Memang romantik betul kalau dapat tidur di bilik ada ada pemandangan macam ni.

Adya Hotel Langkawi

Bilik Deluxe Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Notis menggunakan pelbagai jenis bahasa

Adya Hotel Langkawi

Executive Room Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Sudut lain di Executive Room

Adya Hotel Langkawi

Premier Suite

Diantara pilihan bilik yang disediakan di Adya Hotel adalah dari Superior, Deluxe, Executive, Junior Suite, Premier Suite hinggalah kepada Perdana Suite. Mempunyai 13 tingkat, Adya Hotel mempunyai 207 bilik secara keseluruhan. Bilik-bilik di sini bermula dari harga RM300 dan ke atas. Kalau nak dapatkan harga lebih murah, bolehlah book secara online melalui Agoda.

Adya Hotel Langkawi

Ruang lain di Premier Suite

Adya Hotel Langkawi

Bilik mandi di Premier Suite

Adya Hotel Langkawi

Pemandangan indah dari dalam bilik

Adya Hotel Langkawi

Living Hall di Premier Suite

Adya Hotel Langkawi

Al-Quran dan Buku Yasin merupakan sebahagian dari kemudahan asas di setiap bilik

Adya Hotel Langkawi

Kemudahan bath tab di dalam salah sebuah bilik

Adya Hotel Langkawi

Kelengkapan asas

Adya Hotel Langkawi

Salah satu ruang di Perdana Suite

Kemudahan Lain

Kemudahan lain yang menjadi trademark di Adya Hotel adalah swimming poolnya. Ianya bukan saja cantik tetapi mempunyai pemandangan yang indah. Sambil bermandi manda bolehlah layan pemandangan bukit ataupun pantai yang berada tak jauh dari hotel ini. Swimming poolnya yang berada betul-betul ditebing bangungan mewujudkan pemandangan yang luas dan unik.

Adya Hotel Langkawi

Gym

Adya Hotel Langkawi

Public Swimming Pool

Adya Hotel Langkawi

Swimming pool berada betul-betul ditebing bangunan

Adya Hotel Langkawi

Sungguh tenang

Adya Hotel Langkawi

Suasana di swimming pool

Saya memang sarankan untuk mandi di swimming pool ini sekiraya menetap di Adya Hotel. Bagi pengunjung wanita muslim pula, pihak hotel menyediakan swimming pool khas bagi wanita. Lelaki tak dibenarkan masuk di kawasan ini. Walaupun ianya tertutup, tetapi swimming pool wanita ini masih mempunyai pemandangan yang cantik kerana ianya tidak mempunyai dinding bagi memberikan suasana nyaman dan pemandangan pantai yang cantik. Swimming pool di Adya Hotel ini merupakan diantara yang terbaik yang pernah saya lihat sebelum ini.

Adya Hotel Langkawi

Swimming wanita

Adya Hotel Langkawi

Surau lelaki

Adya Hotel Langkawi

Zarith ditemani salah seorang staff Adya Hotel Langkawi

Sarapan Pagi

Saya yakin kebanyakkan dari kita amat mementingkan sarapan pagi di Hotel. Selain dari keadaan bilik yang selesa, sarapan pagi di hotel mestilah sedap lebih-lebih lagi harga yang dibayar untuk sesebuah bilik adalah termasuk dengan harga sarapan pagi. Di Adya Hotel, mereka membawa beberapa keunikan bersarapan pagi kepada semua pengunjung di hotel mereka.

Kafe sarapan pagi yang diberi nama “Jelapang” ini terletak di bahagian tingkat bawah. Sarapan pagi mula dihidangkan seawal jam 6.30 pagi lagi.

Adya Hotel Langkawi

Sarapan Pagi di kafe Jelapang Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Ruang makan yang luas

Adya Hotel Langkawi

Ruang makan di kawasan luar

Ruang makan di Jelapang agak besar dan luas. Buffet sarapan paginya berbeza-beza setiap hari. Makanan asas seperti nasi lemak, mee goreng, sosej, baked bean ataupun nasi goreng merupakan makanan wajib setiap hari. Terdapat juga kaunter roti canai ataupun lempeng pisang yang dimasak panas-panas setiap kali terdapat pesanan dari pelanggan.

Adya Hotel Langkawi

Diantara menu sarapan pagi

Adya Hotel Langkawi

Kaunter roti canai

Adya Hotel Langkawi

Roti Canai

Adya Hotel Langkawi

Nasi Lemak bersama Ayam Rendang

Yang menjadi keunikan bersarapan pagi di Adya Hotel adalah pilihan pastry nya. Pastry seperti roti coklat, roti nenas dan macam-macam perasa lagi dibakar panas-panas diruang buffet. Jadi pelanggan boleh melihat roti apa yang sedang disediakan dan boleh makan ketika di dalam keadaan panas. Seperti tidak percaya, roti di sini sangat laku dan orang berebut-rebut menunggu setiap kali roti siap dimasak.

Pastry di Adya Hotel merupakan di antara menu sarapan pagi yang sedap. Ianya bukan saja boleh dimakan ketika panas, tetapi semua ramuan roti “cukup rasa” dan lembut.

Adya Hotel Langkawi

Roti sedang dibakar

Adya Hotel Langkawi

Dihidangkan panas-panas

Adya Hotel Langkawi

Muffin pun ada

Makan Malam

Selain buffet sarapan pagi, kafe Jelapang juga menyediakan menu ala carte setiap hari dalam tempoh 24 jam. Ini bermakna kita boleh order apa sahaja makanan tak kira masa. Kita boleh makan di kafe tersebut ataupun buat pesanan terus ke bilik.

Pilihan menu makanan di sini termasuklah dari masakan melayu dan western seperti Seafood Tom Yam, Mushroom Soup, Salmon Steak, Chicken Chop Mee Goreng dan banyak lagi. Kesemua menu di sini adalah bermula dari harga RM10 dan ke atas.

Adya Hotel Langkawi

Mushroom Soup

Adya Hotel Langkawi

Nasi Goreng Istimewa Adya

Adya Hotel Langkawi

Nasi Goreng Istimewa Adya

Adya Hotel Langkawi

Fish & Chip

Adya Hotel Langkawi

Salmon Steak

Diantara yang menarik minat saya adalah Nasi Goreng Istimewa Adya yang didatangkan bersama sate ayam, ayam goreng, udang goreng dan telur goreng. Portionnya sangat besar dan sedap. Selain itu, Fish & Chip di sini juga sedap kerana ianya didatangkan dengan sos tar tar yang dicampur dengan epal hijau. Ianya mempunyai rasa sedikit masam-masam tetapi sedap.

Secara keseluruhannya, pilihan menu di Jelapang ini memang sedap dan bersesuaian dengan harganya.

Adya Hotel Langkawi

Carbonara

Adya Hotel Langkawi

Terima kasih Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Bergambar bersama keluarga dan pihak pengurusan Adya Hotel Langkawi

Sekiranya ingin bercuti ke Langkawi, saya sarankan untuk menginap di Adya Hotel. Ianya bukan saja terletak di tengah-tengah pekan Kuah, tetapi hotel ini sangat selesa dan pekerja hotel ini sangat mesra pelanggan. Saya pasti akan memilih Adya Hotel sekali lagi sekiranya berpeluang bercuti lagi ke Langkawi.

Ini adalah alamat Adya Hotel

No. 1 PT4001, Persiaran Mutiara 2 Mukim,
Kuah, Langkawi, Malaysia 07000
+604-960 8000
Email : reservation@adyahotel.com

Facebook : https://www.facebook.com/adyahotellangkawi
Instagram : https://instagram.com/adyahotellangkawi/
Laman Web : http://adyahotel.com

Tempah secara online di : Agoda

 

 

20,271 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge