Warga Shah Alam terutamanya yang duduk berdekatan dengan Seksyen 13 pasti amat teruja dengan AEON Mall Shah Alam yang serba baru ini. Saya berkesempatan menjejakkan kaki ke sini pada hari pertama pembukaan AEON Mall Shah Alam dan seperti yang saya jangkakan keadaan kat sini memang padat dengan manusia. AEON Mall ini dilihat sebagai diantara AEON terbesar yang pernah didirikan di Malaysia selain AEON Station 18, Ipoh. Berbeza dengan AEON yang lain yang dikategorikan sebagai AEON Shopping Centre, AEON “Mall”, adalah lebih besar dan luas.

Bila masuk saja ke dalam AEON Mall Shah Alam ni perbezaan ketara yang terus dirasai adalah rekaan dalaman dan susun atur kawasan-kawasannya. Perasaan seolah-olah berada di AEON Mall di Jepun memang wujud lebih-lebih lagi terdapat bahagian yang khusus menjual barangan Jepun sahaja iaitu Japan Street.maps

AEON Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alamfloorplan

Di Japan Street macam-macam kedai yang berasal dari Jepun terdapat kat sini dan yang paling terkenal sudah tentulah Daiso. Selain itu juga  di kawasan ini terdapat sebuah kedai makanan terkenal dari Jepun iaitu Mister Donut.

Yang paling saya tak sangka, di kawasan ini juga terdapat kaunter menjual tiket-tiket percutian ke Jepun seperti Tokyo Disneyland dan Universal Studio serta Rail Pass. Perasaan seperti bercuti ke Jepun semakin terasa apabila terdapat beberapa kawasan yang diwujudkan semata-mata untuk mempromosikan 4 musim Jepun termasuklah musim bunga Sakura.

AEON Mall Shah Alam AEON Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alam AEON Mall Shah Alam AEON Mall Shah Alam AEON Mall Shah Alam

Di dalam AEON sendiri juga suasananya sangat menarik. Ruang legarnya sangat luas dan selesa. Pada hari pembukaan boleh dikatakan di setiap tingkat mengadakan promosi dan happy hour. Kalau iman tak kuat, memang akan pasti tersangkut.floorplan2

AEON Mall Shah Alam AEON Mall Shah Alam AEON Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alam aeonmall_shahalam_16 aeonmall_shahalam_17 aeonmall_shahalam_18 aeonmall_shahalam_19 aeonmall_shahalam_20 aeonmall_shahalam_21

Bila bercakap mengenai makanan pula, terlalu banyak restoran makanan di AEON Mall Shah Alam ni. Secara kasarnya saya dapati terdapat 2 kawasan utama makanan iaitu di tingkat atas di mana restoran berjenama seperti Dapur Penyet, Seoul Garden, Boat Noodle dan banyak lagi ditempatkan. Di kawasan yang sama juga terdapat food court yang sangat cantik dan mempunyai banyak pilihan makanan.

Kawasan tumpuan makanan yang ke dua adalah di AEON sendiri yang menawarkan pelbagai makanan dari kiosk-kiosk ataupun makanan ready to eat versi AEON. Semuanya makanan kat sini adalah berkonsepkan makanan Jepun yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Pada hari pertama tempoh hari, AEON menjual Sushi mereka dengan harga promosi RM1 sahaja.

aeonmall_shahalam_22 aeonmall_shahalam_23 aeonmall_shahalam_24

Di kawasan concourse, saya nampak suasananya seakan-akan dengan Mitsui Outlet Park KLIA. Terdapat aktiviti mengayakan dan bergambar pakaian Jepun dan semua aktivitinya adalah berkaitan dengan budaya Jepun.

aeonmall_shahalam_25 aeonmall_shahalam_26 aeonmall_shahalam_27 aeonmall_shahalam_28 aeonmall_shahalam_29 aeonmall_shahalam_30

Beginilah suasana di dalam kawasan pasarayanya. Semua barang-barang dapur kat sini nampak sangat segar dan murah. Saya pun hampir nak terbeli Salmon sebab nampak sangat sedap.
aeonmall_shahalam_31 aeonmall_shahalam_32 aeonmall_shahalam_33 aeonmall_shahalam_34AEON Mall Shah Alam memang sangat best dan menarik. Tambahan pula ianya sangat dekat dengan office dan rumah.

38,137 total views, 10 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge