Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah Melaka dikatakan lokasi terbaru bagi peminat barangan berjenama sama seperti di JPO ataupun di Mitsui Outlet Park Sepang. Kemunculan lokasi shopping terbaru ini menjadikan lebih banyak sebab kenapa harus datang ke Melaka turut dipanggil sebagai Melaka Premium Outlet. Tapi adakah Freeport A’Famosa Outlet Village ini setanding dengan JPO? Itulah soalan yang ramai orang tanya. Untuk melihatnya sendiri mari kita tengok apa yang ada kat dalam.

Melaka Premium Outlet

Kawasan parking outdoor yang luas

Melaka Premium Outlet

Rekaan blok-blok kedai yang unik

Freeport A’Famosa Outlet Village baru saja dibuka pada penghujung tahun 2015. Keseluruhan kawasan ini dibina di kawasan perkampungan di Alor Gajah dan perjalanan selepas tol akan melalui jalan kampung 2 lane sebelum boleh sampai ke sini. Kemudahan parkingnya agak luas dan selesa. Pertama kali datang ke sini pasti akan terus teruja dengan rekaaan bangunannya yang unik dan menarik. Ianya seakan-akan rekaan bangunan lama yang telah dimodenkan. Mungkin ada sedikit unsur-unsur bangunan di Belanda dengan rumah berupa kincir angin.

Melaka Premium Outlet

Baru dan cantik

Dengan rekaan bangunan dan sekeliling yang menarik, memang tak hairan kalau ramai yang datang ke sini sekadar mencuci mata dan mengambil gambar.

Advertisements
Melaka Premium Outlet

Elemen rumah kincir angin

Melaka Premium Outlet

Diskaun sehingga 70%

Freeport A’Famosa Outlet mempunyai hampir 70 jenama terkenal yang dibuka secara berperingkat. Berikut adalah diantara jenama yang terdapat di sini :

  • Playboy
  • Young Hearts
  • Vero Moda
  • U.S Polo Assn
  • Triumph
  • Sacoor
  • Only
  • Melinda Looi
  • Levis
  • G2000
  • Forever 21
  • Esprit
  • Luv Lux
  • Cotton On
  • Chai Fashion Outlet
  • Camel Active
  • Toy World
  • Poney
  • Rip Curl
  • Puma
  • Nike Factory Store
  • Li-Ning
  • Brooks
  • HyperGear
  • Elle
  • Claks
  • Crocs
  • Overmain
  • Hush Puppies
Melaka Premium Outlet

Snowball besar ketika promosi Xmas

Ruang legar yang luas

Butik Levis

Ruang legar yang luas

Cotton On

Secara keseluruhannya memang banyak jenama terkenal di sini tetapi mungkin ada beberapa jenama pilihan peribadi yang tidak ada di sini. Walaupun pilihannya banyak, tetapi ianya tidak cukup banyak dan eksklusif untuk digelar Premium Outlet. Kebanyakkan barangan di sini sentiasa dijual dengan harga murah tak mengira masa.  Barangan akan dijual lebih murah pada beberapa promosi seperti Tahun Baru dan Perayaan. Saya pula seperti tak jumpa apa yang saya cari di sini. Beberapa pilihan barangan seperti dah terlalu ketinggalan musimnya sekiranya dibandingkan dengan pilihan yang ada di JPO.

Melaka Premium Outlet

Butik NIKE

Oleh kerana masih baru, tempat makan di sini agak terhad. Foodcourtnya masih tidak banyak pilihan makanan. Namun begitu, pihak pengurusan membuat kelainan dengan membuka ruang untuk foodtruck di depan pintu masuk Freeport A’Famosa Outlet. Beberapa pilihan makanan dijual di sini dengan harga yang lebih berpatutan. Maklumlah sekarang ni kan musim foodtruck.

Melaka Premium Outlet

Tarikan lain

Melaka Premium Outlet

Foodtruck di hadapan pintu masuk

Melaka Premium Outlet

Keadaan dipintu masuk

Namun begitu, saya rasa kurang sesuai meletakkan foodtruck di hadapan pintu masuk kerana ianya mencacatkan pemandangan. Perasaan premium dan eksklusif hilang dengan kekotoran yang terhasil dari foodtruck tersebut. Lokasi foodtruck yang kurang sesuai ditambah pula dengan pemandangan terbuka pintu belakang kedai mencacatkan pemandangan pengunjung yang baru sampai. Agak pelik pintu belakang kedai ataupun loading area ini boleh dilihat dengan mudah kerana ianya diberada di bahagian hadapan dan ruang pejalan kaki ke pintu utama dari kawasan parking kereta.

Melaka Premium Outlet

Pemandangan berhampiran kawasan parking

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai “Melaka Premium Outlet” ni, bolehlah ikuti laman sosial media mereka.

Laman Web : http://www.freeportafamosa.com/
Facebook : https://www.facebook.com/freeportafamosaoutlet/

 20,762 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.