“Puteri” merupakan animasi terbaru dari Les’ Copaque Production yang bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi. Sesiapa yang melihat poster “Puteri” ataupun yang sudah menonton trailer “Puteri” pasti tak sabar nak menonton animasi ni di kaca TV nanti. Sebenarnya “Puteri” dah lama di dalam perancangan produksi tetapi terpaksa mengambil masa yang akan lama untuk menyiapkan walaupun ianya animasi pendek. Design watak “Puteri” serta rekaan pakaian sering diubah-ubah sehinggalah mendapat rupa yang diingini. Dari segi visual, team Les’ Copaque sememangnya telah melakukan kajian yang sungguh mendalam dan teliti. Siapa yang perasan, mesti dapat menilai keperincian pada rekaan watak, pakaian, latar belakang dan aksesori yang dipakai pada setiap watak. Dari segi teknologinya pula, banyak teknologi baru yang diserap di dalam “Puteri” seperti cloth simulation, hair, particle, water dan banyak lagi.

puter02

puter01

Ada juga beberapa orang yang merasakan ianya seperti animasi “Frozen” dari Disney. Bagi saya, hampir kesemua animasi dari Disney adalah berkaitan dengan puteri-puteri mereka. Apa salahnya kali ni, kita pula yang mengeluarkan puteri versi timur. Lagipun, animasi “Puteri” telah mula dihasilkan sebelum cerita Frozen ditayangkan lagi.

“Puteri” akan mula ditayangkan di TV3 bermula pada 23 November nanti pada jam 6 petang. Suka saya ingatkan ianya adalah animasi pendek yang hampir sama seperti Upin & Ipin. Ianya pasti akan membuatkan penonton rasa tak puas dan tak sabar nak menunggu sambungannya nanti. Teruskan untuk mengikuti perkembangan lanjut melalui Facebook Puteri http://facebook.com/puterilimau.official dan laman web rasmi http://puterilimau.com.

Video Official Trailer Puteri

8,240 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge