Bila bercuti ke Jepun salah satu “destinasi” wajib singgah adalah di 7 Eleven. Bunyi macam kelakar je pulakkan? Tapi saya sendiri yang dah beberapa kali ke Jepun pasti takkan terlepas ke 7 Eleven ataupun convenience store yang lain seperti Family Mart dan Lawson. Convenience Store di Jepun amat penting sebab rata-rata masyarakat Jepun sangat sibuk dan harus bergerak dengan cepat dan pantas. Jadi mereka hanya ada masa yang pendek untuk dapatkan apa yang mereka perlukan setiap hari ketika ke tempat kerja ataupun ketika pulang. Pendek kata macam-macam yang dijual kat sini dan convenience store ni sangat banyak dan lokasinya tak jauh di antara satu sama lain.

Sebelum saya kongsikan apa yang ada dijual di 7 Eleven, mari saya bagitahu apakah perbezaan di antara 7 Eleven, Lawson dan Family Mart. Basically, ketiga-tiga convenience store ni adalah diantara yang terkenal di Jepun tetapi 7 Eleven lebih terkenal dengan menjual produk yang berjenama dan berkualiti. Lawson pula terkenal dengan makanan manisan seperti Roll Cake dan sebagainya manakala Family Mart dikenali sebagai lokasi makanan panas seperti sosej dan sebagainya.

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Pelbagai makanan ringan dijual

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Mee dalam cawan, bukan semuanya halal

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Banyaknya aiskrim pelik-pelik

Di dalam 7 Eleven, boleh dikatakan 60% barangan yang dijual adalah makanan. Sama seperti di Malaysia makan segera seperti “Mee Cup” memang banyak tetapi kebanyakannya tak halal. Selain tu mereka juga menjual pelbagai jenis roti, minuman, aiskrim dan keropok. Segment yang biasanya saya paling suka dan termenung lama fikir apa nak beli adalah ruangan minuman. Kat sini banyak sangat pilihan air yang sedap-sedap seperti kopi dan jus buah-buahan. Dulu sebelum Calpis masuk Malaysia saya dah minum dulu masa kat Jepun. Memang jatuh cinta pandang pertama. Kebanyakkan minuman insyaAllah Halal kecuali yang pelik-pelik.

Advertisements

Secara puratanya minuman di 7 Evelen bermula dari harga 100 yen hingga 500 yen. Walaupun di Jepun terdapat banyak vending machine yang menjual minuman, tapi bukan semua jenis minuman yang dijual di vending machine ada dijual di 7 Eleven. 

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Susu, air buah dan kopi

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Air lagi

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Donut dan Payung

Segment makanan memang besar dan macam-macam pilihan yang ada. Kalau di Malaysia, kita hanya beli makanan  di 7 Eleven waktu malam masa tengah lapar atau masa dah tak tau nak makan apa. Tapi di Jepun, segment makanan kat sini direfill setiap pagi dan menjadi tempat utama penduduk Jepun dapatkan makanan setiap hari. Jadi tak hairanlah memang happening shelf makanan di 7 Eleven.

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Onigiri

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Salad dan nasi

Onigiri merupakan salah satu sasaran saya bila datang ke 7 Eleven. Namakan makanan Jepunkan, Onigiri kat sini bagi saya memang sedap sangat walaupun dibandingkan dengan Onigiri kat Aeon Malaysia. Onigiri ni bukan saja murah (sekitar 100 yen) tapi sedap dan mengenyangkan. Sekali beli saya akan beli 4 hingga 5 ketul sebagai bekal ketika berjalan di Jepun. Tapi saya sendiri tak pandai nak baca jenis-jenis Onigiri yang dijual tapi biasanya saya ambil gambar label dia dan refer bila tiap kali nak beli lagi keesokkan harinya. Walaupun sedap, tetapi ada beberapa jenis Onigiri yang tak halal. Jadi hati-hati ya.

Selain itu, terdapat juga ruangan untuk gadget seperti USB kabel, powerbank, memori kad dan sebagainya. Walaupun nampak macam “cheap” tapi harga keperluan gadget kat sini tidaklah terlalu murah. Ada juga beberapa barang elektronik yang rare saya jumpa kat sini seperti Powerbank handphone yang menggunakan tenaga bateri AA. Saya sendiri beli powerbank ni tapi dah rosak sebab saya pakai terlalu ganas.

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Barangan elektronik

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Powerbank guna bateri AA

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Wax pun ada

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Toiletries

7 Eleven pasti tak lengkap kalau tanpa ruangan toiletries seperti syampu, berus gigi dan sebagainya. Kat sini ada macam-macam lagi seperti stokin, shower cap, lipstik dan banyak lagi.

Ada beberapa 7 Eleven yang saya pergi turut menyediakan perkhidmatan yang jarang kita lihat seperti mesin fotostat, ATM, menjual setem dan macam-macam lagi. Perkhidmatan macam ni berbeza mengikut lokasi dan saiz cawangan 7 Eleven tersebut. Satu lagi perkara yang pelik ada di 7 Eleven adalah segment buku dan majalah. Selain menjual buku dan majalah yang biasa kita lihat, 7 Eleven juga turut menjual buku “dewasa” yang memaparkan gambar-gambar perempuan sexy secara terbuka. Saya dimaklumkan perkara ini adalah normal di Jepun kerana industri porn mereka yang sangat besar.

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Nak photostat pun boleh

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Ruangan buku

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Segment buku “Adult”

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Cara beratur ketika nak bayar

Akhir sekali bila nak bayar dikaunter tu cuba perhatikan garisan di lantai. Ianya menunjukkan direction dan di mana orang dibelakang harus berdiri untuk menunggu. Seriously, sila ikut pandu arah ni dan jangan potong barisan sebab ianya akan membuatkan kita nampak “bodoh”.

 13,853 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.