Siapa yang tak kenal dengan kesedapan Asam Pedas Melaka. Bila datang ke Melaka je pasti tak sah kalau tak pekena Asam Pedas. Buat masa sekarang ni ada banyak kedai-kedai yang menjual Asam Pedas tak kira malam atau siang. Dari Asam Pedas ikan, ayam hinggalah ke daging semuanya merupakan pilihan yang ada bagi peminat setia Asam Pedas.

Namun begitu, ada satu lagi Asam Pedas yang hanya terkenal di Melaka iaitu Asam Pedas Tetel. Kali ni saya nak kongsikan kesedapan Asam Pedas Tetel di gerai Hajah Mona di Taman Kota Laksamana Melaka. Landmark gerai ini adalah berdekatan dengan Hotel Casa Del Rio.

Hajjah Mona Asam Pedas

Hajjah Mona Asam Pedas

Hajjah Mona Asam Pedas

Asam Pedas Tetel tersedap di Melaka

Gerai Asam Pedas Hajah Mona ni sebenarnya sangat terkenal dengan kesedapan Asam Pedas Tetel. Gerai ni dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang hingga 5 pagi. Kalau hari Ahad pula, gerai ni dibuka pada 9 pagi hingga 10 malam sahaja. Sewaktu kunjungan saya di sini, saya nampak bukan orang Melayu saja yang minat makan Asam Pedas, bangsa lain seperti orang Cina juga turut menghirup kuah asam pedas.

Hajjah Mona Asam Pedas

Set Nasi Putih

Set asam pedas di sini di datangkan sekali bersama nasi putih yang disertakan dengan taugeh dan telur masin. Selain dari asam pedas tetel, asam pedas ikan seperti ikan pari, ikan kembong dan ikan parang juga turut dijual di sini.

Hajjah Mona Asam Pedas

Asam Pedas Tetel

Hajjah Mona Asam Pedas

Daging lembut bersama lemak daging

Apa itu Tetel? Tetel adalah bahagian daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang dan lemak. Asam pedas tetel ni dimasak bersama-sama dengan kesemua bahagian tadi dan menjadikan kuah asam pedas tersebut sungguh kaya dengan rasa daging. Pertama kali menghirup kuah asam pedas tetel ni memang tak boleh berhenti. Rasa kuahnya sungguh berbeza dengan asam pedas ikan. Kuahnya mempunyai rasa pedas bercampur dengan sedikit masam. Kuahnya juga sungguh pekat dan sangat sesuai di makan bersama nasi putih yang panas.

Saya pernah makan asam pedas tetel di tempat lain tapi rasanya tak sesedap di Asam Pedas Hajah Mona. Ini adalah pengakuan ikhlas saya.

Hajjah Mona Asam Pedas

Asam Pedas Pari

Bagi yang nak datang ke gerai Hajah Mona ini adalah alamatnya :

Hajah Mona Asam Pedas,
Taman Kota Laksamana,
No 6, Taman Kota Laksamana,
75200, Melaka
Waktu Perniagaan :
Isnin – Sabtu : 5 petang – 5 pagi
Ahad : 9 pagi hingga 10 malam

 

8,216 total views, 1 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge