Siapa yang tak kenal dengan kesedapan Asam Pedas Melaka. Bila datang ke Melaka je pasti tak sah kalau tak pekena Asam Pedas. Buat masa sekarang ni ada banyak kedai-kedai yang menjual Asam Pedas tak kira malam atau siang. Dari Asam Pedas ikan, ayam hinggalah ke daging semuanya merupakan pilihan yang ada bagi peminat setia Asam Pedas.
Namun begitu, ada satu lagi Asam Pedas yang hanya terkenal di Melaka iaitu Asam Pedas Tetel. Kali ni saya nak kongsikan kesedapan Asam Pedas Tetel di gerai Hajah Mona di Taman Kota Laksamana Melaka. Landmark gerai ini adalah berdekatan dengan Hotel Casa Del Rio.
Gerai Asam Pedas Hajah Mona ni sebenarnya sangat terkenal dengan kesedapan Asam Pedas Tetel. Gerai ni dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang hingga 5 pagi. Kalau hari Ahad pula, gerai ni dibuka pada 9 pagi hingga 10 malam sahaja. Sewaktu kunjungan saya di sini, saya nampak bukan orang Melayu saja yang minat makan Asam Pedas, bangsa lain seperti orang Cina juga turut menghirup kuah asam pedas.
Set asam pedas di sini di datangkan sekali bersama nasi putih yang disertakan dengan taugeh dan telur masin. Selain dari asam pedas tetel, asam pedas ikan seperti ikan pari, ikan kembong dan ikan parang juga turut dijual di sini.
Apa itu Tetel? Tetel adalah bahagian daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang dan lemak. Asam pedas tetel ni dimasak bersama-sama dengan kesemua bahagian tadi dan menjadikan kuah asam pedas tersebut sungguh kaya dengan rasa daging. Pertama kali menghirup kuah asam pedas tetel ni memang tak boleh berhenti. Rasa kuahnya sungguh berbeza dengan asam pedas ikan. Kuahnya mempunyai rasa pedas bercampur dengan sedikit masam. Kuahnya juga sungguh pekat dan sangat sesuai di makan bersama nasi putih yang panas.
Saya pernah makan asam pedas tetel di tempat lain tapi rasanya tak sesedap di Asam Pedas Hajah Mona. Ini adalah pengakuan ikhlas saya.
Bagi yang nak datang ke gerai Hajah Mona ini adalah alamatnya :
Hajah Mona Asam Pedas,
Taman Kota Laksamana,
No 6, Taman Kota Laksamana,
75200, Melaka
Waktu Perniagaan :
Isnin – Sabtu : 5 petang – 5 pagi
Ahad : 9 pagi hingga 10 malam
14,997 total views, 1 views today
Nice…. kalau kuah asam pedas boleh enjoy hirup memang sedap la kan…. dan waktu operasi tu memang bagus laa…. senang kita nak singgah bila teringin siang atau waktu malam….
Hazman Fadzil recently posted…Saya PASTI akan datang lagi untuk mencuba Char Kuey Teow Lobster sebutan penduduk Seksyen 19 Shah Alam
[…] keunikannya dan ada saja tarikan menarik sepanjang tahun. Selain boleh melepaskan rindu pada Asam Pedas Tetel Melaka dan Kuih Keria Antarabangsa, salah satu lagi aktiviti yang wajib dilakukan adalah menonton […]
[…] Cuti sekolah dah tak lama lagi dan pasti ramai yang dah mula merancang percutian sekeluarga. Sekiranya merancang untuk ke Melaka, salah satu hotel yang sangat berbaloi untuk bercuti adalah The Straits Hotel & Suites. Ini adalah kerana lokasinya yang terletak ditengah-tengah bandaraya Melaka dan berhampiran dengan semua tarikan utama Melaka seperti Melaka Alive ataupun Asam Pedas Tetel. […]
[…] ke Menara Taming Sari ada saja gerai asam pedas di kiri dan kanan jalan. Sebelum ni saya dah try Asam Pedas Hajah Mona yang sangat terkenal dan saya pun dah pernah jatuh hati sampai makan dua tiga kali di tempat yang […]