Saya tak sangka saya akan menulis mengenai Ayam Goreng Kunyit yang boleh dianggap sebagai hidangan biasa-biasa saja bagi kebanyakan orang. Ayam Goreng Kunyit seperti namanya menggunakan ayam dan kunyit sebagai bahan utama manakala sayuran seperti lobak merah dan kacang panjang dijadikan bahan gorengan bersama. Jadilah Ayam Goreng Kunyit yang begitu mudah disediakan dan tak challenging langsung nak menyediakannya.

Pandangan saya berubah sama sekali apabila diperkenalkan kepada Ayam Goreng Kunyit Terbaik di Jalan Bangsar Utama yang dijual di dalam lori. Ramai betul orang beratur untuk mendapatkan sebungkus Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih ketika waktu makan tengahari. Tak putus-putus saya tengok orang datang dan tak berhenti abang yang menggoreng ayam goreng kunyit ni.

Sedap sangat ke? Jom kita tengok dekat sikit.

Advertisements
Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Suasana di Jalan Bangsar Utama

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Menggunakan tagline “Ayam Goreng Kunyit Terbaik”, peniaga ini hanya berniaga dan menggoreng di dalam lori. Tiada kerusi ataupun kawasan untuk makan. Jadi secara automatik, semua pesanan set ayam goreng kunyit adalah di dalam bungkusan polystyrene. Oleh kerana permintaan yang tak putus-putus, peniaga ini menggoreng ayam dengan menggunakan 3 kuali secara serentak. Isi ayam yang telah diperam dengan kunyit digoreng sehingga garing.

Apabila sudah hampir garing, beberapa bahan lain seperti bawang, kacang panjang dan lobak merah dimasukkan ke dalam kuali bersama-sama dengan ayam dan digoreng seketika. Ayam yang telah siap digoreng, diagihkan ke polystyrene yang telah ditaruk nasi pada awalnya. Sedikit kicap dituang ke atas ayam goreng tadi beserta sedikit sambal belacan. Nah, inilah dia Ayam Goreng Kunyit terbaik yang dijual dengan harga RM5 sahaja.

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Menggunakan 3 kuali serentak

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Selepas ayam garing, sayuran lain dimasukan ke dalam kuali

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Ayam Goreng Kunyit yang telah siap

Ianya sangat sedap dimakan ketika sedang panas-panas lagi. Walaupun nampak sangat simple, tapi set Ayam Goreng Kunyit ni sangat sempurna disajikan se-simple ini. Tak perlu pilihan dan tambahan lauk lain kerana ianya sudah cukup rasa dan lengkap. Tak hairanlah, makanan ini menjadi diantara pilihan utama orang di kawasan ini yang kebanyakkannya adalah pekerja pejabat di kawasan sekitar.

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Semuanya adalah untuk bungkus

Ayam Goreng Kunyit Terbaik

Set Ayam Goreng Kunyit yang lengkap

Bagi yang ingin mencuba makanan ni, haruslah datang pada waktu pejabat sahaja kerana sasaran mereka adalah pekerja di kawasan sekitar.copyright

 18,410 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.