Bagi sesiapa yang tahu, saya sebenarnya pengikut sejati Majalah Libur yang telahpun ditamatkan pengeluarannya pada tahun lalu. Bagai tumbuh hilang berganti, kini saya telah temui satu lagi majalah travel yang boleh dijadikan rujukan iaitu majalah BackPackerz. Walaupun nama majalah ini seolah-olah khusus bagi backpacker tetapi sebenarnya majalah ini merangkumi semua yang berkaitan dengan travel dan pelancongan.

Tambah istimewa lagi, majalah Backpackerz ni baru saja muncul dengan keluaran edisi pertama di pasaran pada bulan Januari 2016. Jadi kepada kaki travel memang rugi kalau tak mula beli dan jadikan sebahagian dari koleksi majalah.

Majalah BackPackerz

Majalah BackPackerz ketika di MITA 2016

Majalah BackPackerz

Cover depan Majalah BackPackerz isu 1

Majalah BackPackerz

Rupa di dalam Majalah BackPackerz

Apa yang menarik mengenai majalah BackPackerz adalah kerana majalah ini berkongsi segala tip pelancongan samada di dalam mahupun luar negara. Contohnya pada isu pertama ni, BackPackerz berkongsi mengenai 12 Destinasi Percutian 2016 dan juga lokasi sarapan pagi terbaik di Perak, P.Pinang dan Kedah. Tak cukup dengan tu, BackPackerz juga turut menyenaraikan langkah-langkah yang patut diambil sekiranya berlaku kecurian ketika melancong. Amacam? Menarikkan?

Advertisements
Majalah BackPackerz

Pelbagai tip di dalam Majalah BackPackerz

Majalah BackPackerz

Info percutian di dalam dan luar negara

Majalah BackPackerz ni dijual dengan harga RM10 senaskah dan akan diterbitkan setiap bulan. Walaupun majalah ini masih terlalu baru, tapi kualiti pengisian dan penulisannya sangat padat dan matang. Bahasa yang digunakannya juga sangat santai dan mudah difahami. Tak terasa pun seperti sedang membaca majalah yang baru berumur sebulan. Saya yakin dari semasa ke semasa BackPackerz pasti akan meningkatkan kualiti dan menambah elemen-elemen baru yang menarik.

Sila ikuti BackPackerz di laman media sosial mereka untuk mengetahui perkembangan terkini.

Laman Web : http://backpackerzmag.com/
Facebook : https://www.facebook.com/backpackerzmag

 10,876 total views,  2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.