Saya memang tak pernah jemu untuk datang ke Bandar Bersejarah Melaka kerana keunikannya dan ada saja tarikan menarik sepanjang tahun. Selain boleh melepaskan rindu pada Asam Pedas Tetel Melaka dan Kuih Keria Antarabangsa, salah satu lagi aktiviti yang wajib dilakukan adalah menonton persembahan Bahtera Merdeka di Melaka Alive.  Dulunya Melaka Alive ini kenali sebagai Melaka Light & Sound yang terletak di Banda Hilir. Lokasinya sangat strategik kerana ianya terletak betul-betul di pusat bandar dan berhampiran dengan A Famosa.

Persembahan Bahtera Merdeka ini merupakan satu-satunya persembahan berkaitan sejarah Melaka yang dipersembahkan dengan begitu unik sekali dan tidak membosankan. Ianya merupakan persembahan teater musikal yang menggunakan teknologi projection, animasi, cahaya dan motion.

Melaka Alive

Persembahan Bahtera Merdeka yang begitu bertenaga

Melaka Alive

Babak persiapan dan bersilat

Lupakan kisah sejarah yang membosankan kerana Bahtera Merdeka dipersembahkan dengan begitu bertenaga sekali. Diantaranya terdapat gerak tari dan pergerakan lakonan yang mengasyikkan. Segmen penceritaan semula penubuhan Melaka yang melibatkan watak sang Kancil digubah semula menjadi begitu abstrak dan sungguh unik. Namun begitu, watak utama dalam Bahtera Merdeka adalah Panglima Awang yang menjadi watak penting semasa penaklukan Portugis di Melaka.

Melaka Alive

Si Kancil

Melaka Alive

Watak utama

Melaka Alive

Pakaian pelakon yang cantik dan teliti

Bahtera Merdeka bukan saja menarik dari segi persembahannya, namun semua pelakonnya  juga sangat nampak bergaya dengan pakaian yang cantik. Setiap pakaian yang direka sungguh berwarna-warni dan ceria. Walaupun ianya adalah kisah sejarah, tetapi dengan pakaian yang cantik ini membuatkan mata saya tidak berhenti meneliti setiap pakaian yang dipakai.

Terdapat juga beberapa babak yang mendebarkan di mana beberapa watak datang dari arah penonton dan berperang di hadapan penonton. Ianya kelihatan sungguh real kerana jarak kerusi penonton dengan pentas persembahan adalah sangat dekat. Rasa seakan-akan ingin membantu penduduk kampung berlawan dengan tentera Portuguese.

Melaka Alive

Berlakon sambil menyanyi

Melaka Alive

Bersilat

Melaka Alive

Tarian yang bertenaga

Selain itu, salah satu daya penarik bagi Bahtera Merdeka adalah lagu temanya yang mendayu-dayu seakan-akan lagu tema filem Disney. Ianya dinyanyikan di dalam Bahasa Inggeris dan konsep lagunya sungguh universal. Masih tergiang-giang lagi lagunya walaupun setelah pulang ke KL.

Melaka Alive

Diantara barisan pelakon

Persembahan Bahtera Merdeka ini diakhiri dengan persembahan silap mata sebagai hiburan tambahan. Ianya tidak ada kaitan dengan sejarah namun ianya merupakan salah satu aktiviti interaksi dengan penonton. Saya sendiri secara bertuahnya dipilih oleh ahli silap mata tersebut untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti silap matanya.

Melaka Alive

Memang tak sah kalau tanpa tarian

Melaka Alive

Aktiviti bersama ahli silap mata

Persembahan Bahtera Merdeka diadakan 2 kali setiap hari termasuklah cuti umum dan cuti sekolah. 2 sesinya adalah pada jam 7.30 petang dan 9.00 malam. Pada hari biasa, sekiranya kekurangan penonton pada slot jam 7.30 petang kerana terlalu hampir dengan waktu Magrib slot ini akan dipindahkan kepada slot 9.00 malam. Saya sendiri dah 2 kali menonton persembahan Bahtera Merdeka dan apa yang saya dapat lihat ianya diperbaiki dan ditambah baik setiap masa. Jadi tak rugi menonton banyak kali kerana ianya seakan-akan pengalaman yang berbeza setiapa kali menonton.

Berikut adalah alamat Melaka Alive :

Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka.
(Opposite The Proclamation of Independence Memorial)
Hotline : 6012 266 9374 / +6012 266 9461
Website : www.melakaalive.com.my
Facebook : Official Melaka Alive

1,577 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge