Kalau dulu kereta tak boleh nak start dan berpunca dari bateri “kong” saya akan call kawan-kawan ataupun ahli keluarga untuk tolong belikan bateri ataupun pinjamkan kereta untuk jump sementara untuk di bawa ke bengkel. Masalahnya adalah bukan semua orang ada jumper dan bukan semua kedai ada jual bateri kereta yang sesuai dengan kereta kita. Kalau pandai pasang bateri tu sendiri dah kira bagus, tapi macam mana pula kalau tak tau pasang?

Baru-baru ni saya berpengalaman mencuba sendiri perkhidmatan Bateriku.com sebagai alternatif untuk masalah bateri kereta “kong” ni. Mula-mula saya menghubungi talian 1-800-22-2324 untuk memberi tahu lokasi saya dan jenis kenderaan yang saya bawa. Proses ni tak makan masa dan mereka akan memberi tahu harga bateri kereta sebelum memulakan perkhidmatan. Harga yang dikenakan adalah harga untuk bateri saja dan perkhidmatan pemasangan dan sebagainya adalah percuma. Rupanya selain kita boleh call, kita juga boleh WhatsApp di talian 012-245 8027 dan akan ada awek cun yang reply whatsapp kita tu.

bateriku.com

Bateriku.com

Bateriku.com

Petugas Bateriku.com

Kurang dari 1 jam, akhirnya petugas Bateriku.com ni sampai dengan van hijau yang tertulis jenama Bateriku.com. Walaupun perkhidmatan mereka belum bermula, tapi saya rasa sangat lega bila nampak van mereka sebab sekurang-kurangnya saya tahu saya berurusan dengan syarikat yang profesional dan bukan scam. Petugas Bateriku.com terus memeriksa keadaan kereta sebelum mula memasangkan bateri untuk memastikan masalah tersebut memang berpunca dari bateri kereta. Bateri yang digunakan adalah jenama Century yang merupakan salah satu jenama yang bagus di dalam jenama bateri kereta.

Mereka pasang bateri kereta ni sekejap je dan tak sampai pun 10 minit. Petugas Bateriku.com memeriksa terlebih dahulu bateri kereta yang dipasang supaya betul-betul berfungsi dalam keadaan baik. Apa yang saya suka, mereka bukan saja memasang bateri kereta, namun juga turut memberi tip penjagaan enjin kereta serta cara-cara menjaga bateri kereta. Bateri yang baru ni mempunyai warranty selama 1 tahun dari Bateriku.com

Bateriku.com

Menggunakan bateri kereta Century

Bateriku.com

Proses menukar bateri

Bateriku.com

Selepas ditukar, bateri diperiksa sekali lagi

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Bateriku.com kerana mereka bukan saja menjalan tugas dengan baik malahan juga sangat reliable. Buat masa ni, Bateriku.com beroperasi disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor Bahru setiap hari dari jam 8pagi sehingga 10malam. Selain van, mereka juga ada macam-macam kenderaan lain seperti motor bagi mempercepatkan perkhidmatan bagi sesetengah kawasan dan situasi.

Keretaku.com juga baru-baru ni menyediakan perkhidmatan pembayaran menggunakan credit card bagi memudahkan pengguna. Yelah, namapun kereta rosak emergency kadang-kadang mana ada nak sediakan cash tiba-tiba.

Bateriku.com

Terima kasih Bateriku.com

Laman web : http://bateriku.com/
Instagram : https://www.instagram.com/baterikudotcom/
Facebook : https://www.facebook.com/bateriku
No telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-2458027

10,464 total views, 10 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge