Siapa yang tak kenal dengan BATMAN. Pada tahun ini watak Batman menyambut ulang tahun yang ke 75 tahun. Wow, lama betul tu… kalau Batman adalah seorang manusia yang betul mesti dia dah tua sekarang. Anyway, sambutan ulang tahun ke 75 tahun ini secara specialnya diadakan di Pavilion Kuala Lumpur bermula pada penghujung Mei yang lalu. Sejarah Batman yang sebenarnya bermula dari tahun 1939 iaitu dari populariti komik kemudian diadaptasi di dalam TV Series, kartun, video games dan hinggalah kepada filem. Di sini, segala pameran mengenai Batman dipersembahkan termasuklah pameran ratusan figurine Batman dan watak-watak lain yang sudah rare untuk didapatkan. Selain itu juga, replika saiz sebenar Batmobile dan Batcycle sememangnya pasti menarik perhatian pengunjung.

Diantara tarikan paling utama adalah persembahan Hologram Batman yang ditayang di dalam bilik gelap. Tayangan Hologram ini hanya dibenarkan kepada mereka yang membuka akaun BSN di situ sahaja. Ok, mari kita tengok gambar-gambar menarik disekitar hari jadi Batman yang ke 75 tahun.

LC2_7096

Batman bermula dari tahun 1939

LC2_7060

Pengunjung yang membuka akaun bank BSN akan mendapat hadiah eksklusif Batman

LC2_7075

Suasana di ruang legar Pavilion

LC2_7072

Siapa tak kenal Batmobile

LC2_7104

Batcycle

LC2_7111

Replika saiz sebenar Batman

LC2_7098

Hiasan gambar Batman di tembok dan juga di dinding Pavilion

LC2_7085

Rupa details topeng Batman

LC2_7058

Batman suit versi Dark Knight

LC2_6959

Cat Women versi Dark Knight pun ada

Gambar-gambar lain…

Terima kasih. Jangan lupa LIKE dan SHARE blog ini kalau anda rasa menarik.

1,328 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge