Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir untuk berlari dengan memakai kostum tetapi mungkin disebabkan event larian yang saya sertai kali ni membuatkan saya bersemangat untuk mencuba sesuatu yang lain. Event yang saya sertai adalah, Malayan Tiger Run 2019 yang merupakan larian fun run 5KM yang dianjurkan sempena Global Tiger Day 2019. Event ni bukanlah pertandingan berlari di dalam kostum tercantik ataupun sebagainya tetapi saya sendiri yang terasa ingin mencabar diri sendiri dengan memakai kostum. Jadi bersesuaian dengan temanya iaitu Harimau, saya pun mencari pakaian kostum Harimau beberapa hari sebelum acara bermula.

Sebenarnya, banyak pilihan kostum ataupun onesie haiwan yang ada dijual di online. Cari saja pasti jumpa macam-macam rupa dan harga di dalam lingkungan RM30-RM100. Tetapi kebanyakkanya mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10 hari untuk proses penghantaran kerana ianya dihantar dari luar negara. Jadi saya pun terfikir untuk mencari di UpTown Shah Alam saja.

Berlari dalam Kostum Harimau

Onesie Harimau RM35 di UpTown Shah Alam

Nasib saya baik, kerana ada satu kedai sahaja yang menjual onesie haiwan di sini dan ada satu sahaja onesie Harimau. Harganya pula hanyalah RM35 sahaja dan ianya kelihatan cantik dan warnanya sangat terang seakan-akan warna harimau Maybank. Okay, tanpa berfikir panjang lepas saya cuba pakai saya pun terus beli.

Advertisements

Malayan Tiger Run 2019

Acara Malayan Tiger Run 2019 diadakan di IOI City Mall dan saya dimaklumkan lebih 4,000 peserta menyertai larian ini. Saya betul-betul tak sangka ramai juga yang sertai walaupun sebenarnya pada hari yang sama terdapat beberapa acara larian yang lain. Setibanya saya sekitar jam 6.45am saya masih malu-malu dan kurang yakin lagi memakai kostum harimau ni. Cubalah bayangkan saya seorang je yang pakai onesie harimau macam ni.  Tu pun pada awal-awal pagi tu ada peserta yang tanya saya di mana nak ambil race kit sebab ingatkan saya maskot official Maybank. (Saya pun terfikir kenapa nak ambil race kit pagi-pagi macam tu?)

Tapi lama kelamaan tu saya tak kisah sangat walaupun ramai orang asyik perhatikan saya saja. Dah la kostum saya ni nampak muka. Saya terfikir ada ke orang yang kenal saya ni?

Berlari dalam Kostum Harimau

Pagi-pagi masa mula-mula pakai kostum harimau

Berlari dalam Kostum Harimau

Selfie di garisan permulaan

Berlari dalam Kostum Harimau

Selfie lagi dengan pelari lain

Tapi perasaan malu dan segan tu sekejap je dan lama-kelamaan hilang. Saya sendiri berdiri dibarisan paling hadapan sekali ketika flag-off. Tak pernah-pernah saya berdiri di depan sekali di dalam mana-mana acara larian sekali pun. Orang sekeliling saya mula bermesra dengan saya dan ajak untuk bergambar. Keyakinan saya semakin bertambah apabila banyak photographer media juga minta saya bergambar bersama pelari yang lain dengan gaya Harimau. Oleh kerana saya je seorang yang memakai kostum harimau ketika itu, jadi perwatakkan saya sebagai harimau sangat ketara. Pelari lain pula kebanyakkannya memakai pakaian running tee hitam yang diberikan. Jadi saya sangat mudah dilihat dan sangat menonjol.

Sebenarnya ada juga maskot official dari Maybank dan WWF tapi mereka hanya muncul beberapa minit sebelum flag-off dilakukan. Sesi fotografi juga diadakan sebelum flag-off bersama semua VIP yang hadir. Jadi secara kebetulan, wajah saya memakai kostum harimai juga muncul di surat khabar NST kerana saya berdiri di bahagian depan sekali.

Berlari dalam Kostum Harimau

Gambar dari NSTP

Pengalaman Berlari dalam Kostum Harimau

Sejujurnya sebelum berlari lagi saya dah berpeluh-peluh kat dalam kostum ni. Sebab material onesie ni tebal dan cover keseluruhan anggota badan. Tiada udara masuk ataupun keluar. Jadi tahap kepanasan tu memang terasa walaupun belum berlari lagi. Saya sekadar anggap macam saya pergi sauna dan tengah buat extra training je la masa pakai kostum ni. Apa yang saya ingat suasana ketika detik flag-off tu memang sangat-sangat membangkitkan semangat. Dari bermula dengan malu-malu sehinggalah saya yang dah memang lupa diri ketika tu. Saya terus buka langkah seribu  sebaik sahaja countdown pelepasan berakhir. Ada juga beberapa pelari yang bersorak untuk saya supaya memulakan larian dengan semangat dan berlari lebih laju.

500m pertama saya berlari seolah-olah tengah masuk acara sprint sebab tak ramai pelari di depan saya. Maklumlah, saya bermula di garisan awal jadi kebanyakkan pelari berada di belakang saya. Kemudian saya mula berlari secara santai dan menikmati cuaca pagi yang tidaklah begitu panas tetapi tidak pula berangin. Badan saya dibahagian dalam dah terasa basahnya sebab baju dan seluar saya di bahagian dalam sudah melekat dengan badan. Panas pun panaslah, larian harus diteruskan.

Berlari dalam Kostum Harimau

Ketika sedang berlari

Tiada lagi perasaan malu kerana ketika ni semangat harimau sudah meresap di dalam badan dan saya sendiri rasa macam terharu apabila beberapa pelari yang melepasi saya memberi kata-kata semangat dan kagum dengan aksi yang saya lakukan. Memakai pakaian onesie ketika berlari merupakan satu pengorbanan ataupun setidak-tidaknya cabaran luar biasa yang bukan ramai pelari sanggup lakukan. Ada juga beberapa parents, menunjuk saya kepada anak-anak mereka ketika berlari untuk memberi semangat kepada anak mereka untuk turut terus berlari seperti “harimau”. Senyuman pada wajah kanak-kanak ketika tu membuatkan saya rasa macam sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka.

Berlari dalam Kostum Harimau

Sekejap je dah sampai 2.5KM

Oleh kerana Malayan Tiger Run 2019 ni berkonsepkan obstacle run, jadi terdapat beberapa halangan yang berkonsepkan fun disediakan. Halangan pertama adalah Tiger Trap yang memerlukan pelari melompat melepasi halangan tayar yang disediakan. Okay, ianya mudah seperti yang dibayangkan walaupun berlari di dalam kostum harimau. Halangan ke dua adalah berlari melepasi “pemburu haram” yang menembak pelari dengan pistol air. Halangan ni tidaklah terlalu susah, tetapi saya masih in-character dengan berlari sambil menyebut “selamatkan tiger”. Cuba bahaya sikit bila terlalu banyak air yang disembur, jalan menjadi sedikit licin dan saya perlu berhati-hati ketika berlari di kawasan tersebut.

Halangan terbesar di Malayan Tiger Run 2019 adalah halangan inflatable yang dihidangkan pada KM ke 4. Ianya fun seperti dilihat tetapi sesiapa yang tak biasa atau tak pernah main inflatble mungkin agak sukar mengawal keseimbangan badan. Saya sendiri memang seronok melepasi obstacle ni sebab seumur hidup saya tak pernah lagi main macam ni.  Nasib baik juga kerana saya  merupakan diantara pelari batch awal yang sampai di obstacle ni sebab saya dimaklumkan obstacle ni agak sesak selepas itu.

Berlari dalam Kostum Harimau

Obstacle Inflatable di Malayan Tiger Run

Berlari dalam Kostum Harimau

Diantara halangan ketika di dalam inflatable

Berlari dalam Kostum Harimau

Tiger Strong

 

View this post on Instagram

 

Blog > https://mohdzarin.com/blog/berlari-dalam-kostum-harimau/

A post shared by Fitness Blogger Malaysia (@mohdzarindotcom) on

Sebaik sahaja selesai berlari 5KM, setiap pelari diberi medal kayu Malayan Tiger Run 2019 yang berkonsepkan eco friendly. Perasaan selepas selesai berlari 5KM kali ni berbeza kerana saya berlari tanpa sebarang tekanan dan sasaran. Buat pertama kali saya berlari dengan perasaan freedom dan bebas. Menjadi seekor “harimau” pada acara larian ini membuka minda saya tentang konsep berlari secara tanpa tekanan dan berlari sebab kita mahu berlari. Selepas selesai berlari pun saya dah lupa yang saya berlari dengan memakai kostum. Ianya seolah-olah sudah sebati  dengan jiwa saya pada hari tu. Saya masih teruskan memakai kostum harimau kerana ada beberapa pelari yang meminta untuk bergambar bersama.

Berlari dalam Kostum Harimau

Medal Malayan Tiger Run 2019

Berlari dalam Kostum Harimau

Done 5KM di Malayan Tiger Run 2019

Berlari dalam Kostum Harimau

Bergambar bersama pelari lain yang mewarna muka mereka

Berlari dalam Kostum Harimau

Bersama diantara pelari lain yang ingin bergambar bersama

Berlari dalam Kostum Harimau

Lagi gambar bersama perlari lain

Saya tak menolak permintaan untuk bergambar bersama kerana saya masih in-character lagi dan saya mahu mereka semua gembira dan ada kenangan bersama. Sebenarnya saya pun tak kenal siapa mereka, tetapi ramai juga yang ajak bergambar. Paling ultimate, apabila wartawan Astro Awani juga menerumamah saya untuk berkongsi pengalamanan berlari di Malayan Tiger Run 2019.

Berlari dalam Kostum Harimau

Di interview oleh wartawan Astro Awani

Itulah diantara pengalaman sebenarnya saya berlari memakai kostum harimau. Ianya merupakan sesuatu pengalaman yang jarang-jarang saya sanggup lakukan tetapi ianya sangat berharga sebagai kenangan peribadi saya. Perasaan berlari dengan tenang tanpa sebarang tekanan dah lama saya sendiri tak rasai. Mungkin saya tak akan sertai larian dengan memakai kostum secara kerap tetapi cukuplah pengalaman ini buat saya. Lepas ni saya harus fokus untuk latihan larian yang lebih besar iaiti Full Marathon di SCKLM 2019. Doakan saya berjaya nanti.

 3,132 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

21 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.