Berbuka puasa di SACC ataupun Pusat Konvensyen Shah Alam sememangnya dinanti-nantikan saya setiap tahun ketika mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. SACC bukan sahaja menjanjikan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, bahkan ruang makan yang selesa serta beberapa kemudahan lain yang memuaskan. Kalau tak takkan la saya berbuka puasa hampir setiap tahun kat sini.

Terletak ditengah-tengah pusat bandar Shah Alam, lokasi SACC amat mudah dicari lebih-lebih lagi ianya berhampiran dengan PKNS dan SACC Mall yang menjadi tumpuan ramai setiap kali musim perayaan. Sekiranya berbuka puasa di sini, tak payah pening-pening untuk cari parkir kerana ruang parkir yang disediakan di bawah bangungan SACC sangat luas dan mudah. Selain itu juga, kita juga boleh membayar Zakat Fitrah dikaunter yang disediakan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mudahkan? Jom, kita tengok pula apakah menu-menu menarik Bufet Ramadhan SACC pada tahun ini.

Bufet Ramadhan SACC

Suasana di dalam dewan makan SACC

Bufet Ramadhan SACC

Bersama Chef SACC

Menggunakan tema “Warisan Tradisi”, menu bufet Ramadhan pada tahun ini membawakan 100 jenis sajian dan juadah warisan serta masakan kampung asli. Menurut Chef Eksekutif SACC, Jamili Napaih dan Sous Chef, Rizal Nahar, kebanyakkan makanan tradisional ditempat lain telah dikomersilkan dan diubah. Namun ianya berbeza dengan masakan di SACC yang masih mengekalkan rasa keaslian dan resepi makanan tradisi.

Diantara masakan asli yang menjadi hidangan istimewa adalah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Namun begitu, menu utama yang menjadi tumpuan setiap tahun adalah Kambing Kebuli yang menjadi trademark hidangan di SACC. Saya sendiri memang meminati hidangan kambing kebuli  di SACC ini kerana daging kambingannya yang disediakan begitu lembut dan berempah. 

Bufet Ramadhan SACC

Menu kambing kebuli

Bufet Ramadhan SACC

Nampak sedapkan kambing kebuli ni…

Bufet Ramadhan SACC

Chef sedang menggoreng Beef Pad Thai

Namun begitu, kambing kebuli hanya merupakan salah satu diantara beberapa makanan “panas” yang disediakan di stall di bahagian luar. Makanan lain yang turut dimasak secara panas-panas adalah seperti ikan bakar, beef pad thai, sup periuk, sup periuk, bubur lambuk dan banyak lagi. Pertama kali saya makan Beef Pad Thai ni terus saya suka dengan rasanya. Ianya seperti kuew tiao goreng, tetapi dimasak seakan-akan mempunyai rasa masam seperti tomyam. Memang sedap!

Hidangan lauk pauknya pula sungguh menyelerakan dan sedap. Terdapat beberapa masakan yang jarang-jarang saya jumpa iaitu masakan Itik Berlado dan sambal udang terung pipit. Tidak ketinggalan juga menu Daging Salai Masak Lemak dan Rendang Itik Minang yang sungguh menyelerakan. Setiap kali saya berbuka puasa kat sini, saya makan lauk je pun dah kenyang sebab terlalu banyak pilihan yang disediakan. Yang pastinya, menu ulaman kampung seperti pucuk pegaga, ulam raja dan pucuk paku tidak dilupakan.

Bufet Ramadhan SACC

Menu ayam grill

Bufet Ramadhan SACC

Itik masak berlado

Bufet Ramadhan SACC

Udang Sambal Terung Pipit

Bufet Ramadhan SACC

Ulam-ulaman

Bufet Ramadhan SACC

Pecal

Bufet Ramadhan SACC

Kerabu Mangga

Sambal Hijau Padang

Bufet Ramadhan SACC

Daging Salai Masak Lomak

Bila bercakap mengenai menu dessert pula, menu dessert di SACC sememangnya melimpah ruah dengan pelbagai pilihan. Dari pilihan kuih muih tradisional seperti kuih talam, kuih keria, cucur badak dan sehinggalah kepada menu moden seperti kek, puding, jelly dan banyak lagi. Sesiapa yang sukakan makanan manis pasti suka berbuka puasa kat sini lebih-lebih lagi bila dapat makan bread pudding yang sedap. Jadi tak hairan, ramai orang beratur di menu dessert awal-awal walaupun menu lagi menjamah menu utama.

Selain itu terdapat juga kaunter gorengan khusus buat yang mengemari menu “minum petang” bergoreng seperti pisang goreng, keledek goreng, cekodok, cucur bilis dan banyak lagi. Ianya digoreng panas-panas dan terus dihidangkan.

Bufet Ramadhan SACC

Kaunter gorengan

Bufet Ramadhan SACC

Popiah Goreng dan Karipap

Bufet Ramadhan SACC

Cucur Badak

Bufet Ramadhan SACC

Cucur bilis dan Cekodok Pisang

Bufet Ramadhan SACC

Diantara dessert

Bufet Ramadhan SACC

Kek Gula Hangus

Salah satu menu baru yang saya nampak pada tahun ini adalah Apam Balik Nestum. Ianya disediakan panas-panas di stall bahagian luar dan yang specialnya ianya tidak menggunakan kacang hancur tetapi mengunakan Nestum. Memang sedap Apam Balik ni bila dapat makan panas-panas. Selain itu juga, salah satu menu baru yang lain adalah Kacang Pool iaitu salah satu makan tradisi Johor. Kalau di Johor, kebiasaannya Kacang Pool ni dijadikan salah satu menu untuk sarapan pagi. Tetapi di SACC ianya menjadi salah satu menu berbuka puasa yang istimewa. Saya sendiri sebenarnya penggemar Kacang Pool dan sudah merasai beberapa masakan Kacang Pool termasuklah Kacang Pool yang terkenal di Johor. Namun begitu, saya boleh katakan Kacang Pool di SACC merupakan salah satu yang terbaik pernah saya rasa dan dapat menandingi rasa Kacang Pool di Johor.

Bufet Ramadhan SACC

Apam balik Nestum

Bufet Ramadhan SACC

Apam Balik yang telah masak

Bufet Ramadhan SACC

Kaunter sup periuk

Bufet Ramadhan SACC

Kacang Pool

Banyak lagi menu-menu hebat dan sedap di Bufet Ramadhan Warisan Tradisi SACC pada tahun ini namun ini adalah diantara yang sempat saya rasa. Bufet Ramadhan di SACC ini bermula pada 18 Mei sehingga 13 Jun 2018 dengan harga RM88++ untuk dewasa dan RM52++ bagi kanak-kanak (7 hingga 10 tahun). Bufet Ramadhan SACC dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam dan menyediakan ruang solat yang selesa untuk solat Maghrib dan Terawih. 

SACC Pusat Konvensyen Shah Alam
No. 4. Jalan Perbadanan 14/9
40000 Shah Alam, Selangor
Laman Web : http://www.sacc.com.my/ramadhan-buffet
Telefon : 5511 8858 atau 0132502858

Baca juga :
Nikmat Iftar SACC
Sinar Ramadhan di SACC

2,042 total views, 6 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.