Alhamdullilah,

Belum habis baca lagi entri ni dah terasa kenyang tengok gambar-gambar Burgerbyte ni. Bukan apa, lately saya dapat banyak jemputan untuk review makanan sampai lepas makan, makan lagi. Tapi review makan kali ni berbeza sikit sebab selain berpeluang review restoran makanan burger tempatan yang terkenal ni, saya juga sebenarnya berpeluang menyaksikan rakaman video bersama blogger Shakiddo untuk rancangan Menu Kita. Sebenarnya rancangan ni adalah terbitan RTM dan dijangkakan ditayangkan di RTM1 pada bulan Ramadhan nanti.

Burgerbyte Damansara Perdana

Burgerbyte Damansara Perdana

Rancangan Menu Kita ni adalah rancangan makan-makan yang pertama kali menampilkan blogger untuk salah satu segmennya. Rancangan ni dihoskan oleh Brian Masterchef. Sama-samalah kita tunggu siarannya nanti di kaca TV.

Advertisements
Burgerbyte Damansara Perdana

Burgerbyte – Grilled with Soul

Burgerbyte

Chef Nasir bersama Brian

Cawangan BurgerByte yang saya kunjungi ni adalah di Damansara Perdana yang dimiliki oleh Zizan Razak. BurgerByte ni sebenarnya adalah perniagaan francais yang telah mempunyai lebih dari 12 cawangan seluruh Malaysia. Apa yang menarik minat saya dengan Burgetbyte ni adalah mereka menghasil pelbagai jenis burger yang kreatif dan tak jemu untuk kita makan. Susah nak jumpa burger yang biasa-biasa kat sini. Semuanya burger luar biasa. Resepi istimewa ni adalah idea dan citarasa oleh Chef Nasir yang merupakan diantara pengusaha awal perniagaan Burgerbyte.

Burgerbyte Damansara Perdana

Patty daging sedang digrill dan persediaan lain di dapur

Burgerbyte Damansara Perdana

Gambar hiasan di dinding

Burgerbyte Damansara Perdana

Pernah dikunjungi oleh TV3 Jalan-jalan cari makan

Semua ruang makan di cawangan Burgerbyte ni menggunakan konsep kayu dan berwarna coklat bagi memberikan mood vintage. Saya rasa sangat rilek dan cozy bila berada di dalam Burgerbyte ni. Saya juga berpeluang ke dapur Burgerbyte untuk melihat sendiri macam mana proses memasak burger dilakukan.

Ok, bila bercakap mengenai makanan pula menu yang paling saya suka adalah Naked Burger. Set Naked Burger adalah patty daging yang digrill bersama sos serta bahan-bahan lain. Ianya dimakan tanpa roti burger. Sebab tulah dia panggil naked. Naked Burger ni didatangkan di dalam pilihan patty ayam atau daging atau kedua-duanya sekali. Ianya dihidangkan dalam plate sizzling yang panas. Menarikkan?

Burgerbyte Damansara Perdana

Chilies Fries

Burgerbyte Damansara Perdana

Burger yang dihidangkan oleh pelayan Burgerbyte

Burgerbyte Damansara Perdana

Naked Burger

Burgerbyte Damansara Perdana

Lamb Cutlet

Selain dari Naked Burger, beberapa menu lain yang juga mendapat permintaan tinggi adalah seperti Spaghetti + Patty, Lamb Cutlet, Signature Burger dan banyak lagi. Pada sesi ni, saya berpeluang melihat beberapa menu baru yang dihasilkan oleh Chef Nasir. Bagi pendapat saya, Burgerbyte menggunakan patty daging yang betul-betul padat dengan isi dan jus daging. Ianya dihasilkan sendiri bagi memastikan kualiti dan rasa di setiap cawangan mereka.

Secara keseluruhannya, kesemua menu di Burgerbyte adalah wajib dicuba. Kalau rasanya kita jenis tak makan banyak, boleh je nak kongsi berdua. Ini adalah sebab satu portion hidangan boleh dikatakan agak besar dan sesuai dengan harganya. Walaupun sekarang dah banyak restoran burger bakar, tapi menu Burgerbyte sememangnya berbeza dan menpunyai keunikkan tersendiri. Bagi pengemar makanan western bolehlah cuba menjamu selera di Burgerbyte pula nanti.

Burgerbyte Damansara Perdana

Spaghetti + Patty

Burgerbyte Damansara Perdana

Pilihan burger lain

Burgerbyte Damansara Perdana

Signature Burger

Untuk rakaman Menu Kita ni, Burgerbyte menyediakan sekurang-kurangnya 6-7 jenis burger untuk diulas oleh blogger Shakiddo.com bersama Brian. Saya pun tak pasti apa yang mereka borakkan tapi nampaknya mereka kena berlakon untuk menghabiskan kesemua burger burger tu.

Burgerbyte Damansara Perdana

Banyaknya burger

Burgerbyte Damansara Perdana

Shakiddo nak makan semua boleh tak?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BurgerByte, apa kata kita follow mereka di

Laman web : http://www.burgerbyte.my
Facebook : https://www.facebook.com/Burgerbyte
Instagram : http://instagram.com/burgerbyte

Alamat :

No 10-1 Jalan PJU8/3A
Bandar Damansara Perdana
Petaling Jaya
Waktu Operasi : 5 petang – 1 pagi

Apa yang Best?

+ Menu burger yang unik dan menarik
+ Burgerbyte sangat aktif di social media
+ Pilihan minuman bersaiz jumbo

Apa yang kurang Best ?

– Harga agak sedikit mahal

copyright

 7,010 total views,  1 views today

Advertisements
               

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.