Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya menonton filem pembukaan tahun 2018 secara eksklusif di malam perdana filem Busker terbitan Astro Shaw. Sekali pandang poster filem ni saya dah tertarik nak tonton sebab posternya dah melambangkan kisah cinta tiga segi dalam dunia muzikal. Saya sendiri mempunyai harapan yang tinggi untuk filem berkonsepkan muzikal lebih-lebih lagi beberapa filem kegemaran saya adalah menggunakan konsep yang sama. Dilakonkan oleh barisan pelakon baru, saya nampak pihak produksi sememangnya ingin menarik generasi muda untuk menonton filem ni.

Diadakan di MMCineplex, malam perdana ni dihadiri oleh kesemua barisan pelakon utama filem ini seperti Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.Filem ini diarahkan oleh Syed Khairul Fariz iaitu pengarah yang terkenal dengan drama Keluarga Iskandar. Pada malam tersebut tema pakaian “Jeans” ditengahkan bagi menyesuaikan bersama penaja mereka iaitu Levis.

Busker - Hidup ini Lagu Cinta Itu Muzik

Poster filem Busker

Sinopsis

Ia berkisarkan tentang kisah cinta di antara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu projek kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil.

Busker - Hidup ini Lagu Cinta Itu Muzik

Pengarah – Kye Fariz / Pelakon – Lia Natalia

Busker - Hidup ini Lagu Cinta Itu Muzik

Lagu OST Busker, Atma Jiwa nyanyian Hafeez Mikail

Busker - Hidup ini Lagu Cinta Itu Muzik

Daiyan Trisha pelakon utama filem Busker

Apa yang menarik pada malam tersebut, barisan pelakon filem Busker turut membuat persembahan OST filem Busker secara live. Lagu yang dijangkakan memberi jiwa pada filem ini adalah “Atma Jiwa” yang dinyanyikan oleh Hafeez Mikail. Walaupun pertama kali saya mendengar lagu ni sebelum menonton filemnya lagi saya dapat rasanya beberapa bahagian pada lagu ni seolah-olah ber”hantu”. Banyak lagi lagu-lagu di dalam filem Busker yang menarik dan sedap didengar dan ianya merupakan buah tangan dari Monoloque.

Busker - Hidup ini Lagu Cinta Itu Muzik

Diantara barisan utama pelakon filem Busker

Busker - Hidup ini Lagu Cinta Itu Muzik

FIlem Busker 11 Jan 2018


Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 11 Jan 2018. Saya sendiri dah menonton filem ni dan akan menulis mengenai review filem Busker ini pada post yang berbeza nanti. Jadi tunggu apa lagi, jom support filem tempatan!

1,170 total views, 6 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge