Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. Kali ni saya nak kongsikan cara-cara bermain permainan Dodgeball. Kalau biasanya kita main Futsal, sekali sekala apa kata kita main Dodgeball pula sebab ianya sangat fun dan sesuai dimainkan oleh semua orang. Permainan Dodgeball ni pacenya agak laju dan merupakan salah satu aktiviti cardio yang bagus. Objektif utama permainan Dodgeball adalah untuk me”mati” pasukan lawan dengan membaling bola kepada mereka. Pemain yang badannya terkena bola ketika dibaling oleh pihak lawan dikira “mati” dan harus keluar dari gelanggang. Sebaliknya pemain yang membaling bola pula akan dikira “mati” apabila bola yang dibaling berjaya ditangkap oleh pihak lawan. Macam mana? Bunyi macam seronokkan? Teruskan membaca sebab saya akan bagitahu cara bermain Dodgeball dengan lebih teliti.

Cara Main Dodgeball

Dodgeball sebenar digunakan ketika permainan

Cara Main Dodgeball

Aksi ketika permainan bermula “Opening Rush”

Saya excited nak kongsikan tentang permainan Dodgeball ni sebab saya sendiri telah mencuba permainan Dodgeball bersama team Fit Camp Shah Alam. Dalam permainan ni bola yang digunakan adalah bola khusus untuk Dodgeball sebab ianya lebih ringan dan tidak mudah cedera sekiranya terkena badan. Saya nasihatkan kepada sesiapa yang nak mencuba permainan ni, silalah guna bola Dodgeball yang betul. Selain tu, futsal court juga sangat sesuai digunakan sebab sekelilingnya terdapat jaring dan menghalang bola yang dibaling dari pergi jauh. Separuh futsal court dah memadai untuk permainan Dodgeball ni.

Cara Bermain Dodgeball

Jumlah pemain satu pasukan : 6 Orang
Jumlah bola : 5 biji bola
Tempoh masa permainan : 2 minit
Size Court : 60 feet x 24 feet
*Saya bermain menggunakan separuh court Futsal

Permulaan Permainan

Pemainan dimulakan dengan 1 atau 2 ahli dari setiap pasukan berlari dan mengambil 2 biji bola dari bahagian tengah tepi gelanggang dan kemudian di pass kan ke belakang sebelum boleh mula membuat serangan. Setiap pasukan akan mengambil 2 biji bola yang berada di sisi kanan gelangang masing-masing dan manakala bola dibahagian tengah pula harus direbut oleh ke dua-dua pasukan. Pergerakan ini dipanggil “Opening Rush”. Pemain boleh membaling bola dari mana-mana posisi di dalam kawasan masing-masing asalkan berada di dalam garisan. Pemain akan dikira “mati” sekiranya terkeluar dari kawasan.

Pada kebiasaannya, pemain akan membaling bola dari tengah gelanggang supaya dapat membaling dengan momentum yang kuat ke arah pihak lawan. Ketika membaling bola, pemain juga terdedah kepada serangan oleh pihak lawan kerana sesiapa sahaja boleh membaling pada bila-bila masa. Tiada konsep giliran membaling dalam permainan ni.

Cara Main Dodgeball

Permainan memerlukan kerjasama pasukan

Cara Main Dodgeball

Pemain harus membaling ke arah lawan

Menangi Permainan
  1. Apabila semua pihak lawan berjaya dikeluarkan
  2. Pasukan yang mempunyai pemain lebih ramai semasa tempoh permainan tamat
Situasi Apabila Pemain dikira “Mati”
  1. Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang serta merta apabila bola yang dibaling oleh pihak lawan terkena pada badan pemain. Bola yang telah menyentuh lantai terlebih dahulu sebelum terkena badan pihak lawan tidak dikira. Walau bagaimanapun pemain dikira “mati” walaupun terkena pada pakaian
  2. *Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang apabila pihak lawan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pemain.
  3. Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang sekiranya pemain terkeluar dari kawasan gelanggang

*Bola ditangkap oleh pihak lawan

  • Pemain yang sudah keluar dari pemainan boleh dimasukkan semula secara automatik apabila ahli pasukan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan.
  • Susunan pemain yang boleh masuk serta merta adalah mengikut susunan ketika terkeluar (mati)
  • Pemain yang cuba menangkap bola pihak lawan tetapi bolanya terjatuh adalah dikira “mati” dan harus keluar gelanggang.
Throw Area

Untuk rules yang baru, terdapat penambahan pada ruang membaling ataupun throw area. Pemain boleh membaling lebih dari garisan tengah sehingga masuk ke dalam ruang pihak lawan. Tetapi terdapat had pada jarak yang boleh dimasuki.

Cara Main Dodgeball

Aksi menarik ketika permainan

Cara Main Dodgeball

Permain perlu sentiasa bergerak dan bersedia

Cara Main Dodgeball

Aksi membaling bola kepada pihak lawan

Strategi Dodgeball

Faktor kejayaan permainan Dodgeball adalah semangat kerjasama pasukan. Menyerang secara berpasukan lebih baik bagi mengelirukan pihak lawan. Pemain yang memegang bola tak semestinya yang membaling. Bola boleh di-pass kepada pemain lain sebelum membaling kepada pihak lawan. Pihak lawan juga mudah keliru dan sukar untuk defend sekiranya tidak tahu siapakah pembaling bola tersebut. Ada juga strategi di mana pemain menyorokkan bola dibelakang badan sebelum membaling ke arah pihak lawan. Pemain yang tidak mempunyai bola juga membuat aksi menyorokkan bola dibelakang badang untuk mengelirukan pihak lawan.

Pemain juga digalakkan supaya tidak berdiri terlalu rapat dengan ahli pasukan kerana ianya akan memudahkan untuk menjadi sasaran pihak lawan. Selain tu, sebelum membaling bola perhatikan sekiranya ada ahli pihak lawan yang sedang menjadikan kita sebagai sasaran. Kadang-kadang kita akan leka sekejap dan teruja bila bola yang kita baling berjaya kena kepada pihak lawan. Dalam sekelip mata ketika kita leka, pihak lawan pula akan membaling bola kepada kita.

Cara Main Dodgeball

Pemain boleh memegang dua bola sekali gus

Cara Main Dodgeball

Pemain akan dikira “Mati” apabila bola yang dibaling oleh pihak lawan terkena pada badan atau baju

Cara Main Dodgeball

Jarang orang baling dua bola sekali gus, tapi boleh cuba

Cara Main Dodgeball

Aksi baling bola yang hebat

Bola juga boleh ditepis menggunakan bola lain sekiranya pemain tidak berhajat untuk menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan.  Ianya bergantung kepada strategi pemain samada untuk mengelak, menangkap bola ataupun menepis bola dengan bola lain setiap kali berhadapan dengan serangan pihak lawan.

Permainan Dodgeball memang salah satu permainan yang dapat membakar lemak sebab dalam tempoh 2 minit pemain memang tak boleh duduk diam sebab kena sentiasa bergerak. Permainan biasanya menjadi lebih rancak apabila pemain dari pasukan yang hampir kalah berjaya membawa masuk semula ahli pasukannya dengan menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan. Biasanya ketika ini, pasukan yang hampir kalah dan sedang bertahan akan bertukar menjadi pasukan yang menyerang sebab mempunyai kelebihan ahli pasukan.

Cara Main Dodgeball

Perancangan dalam pasukan penting dalam permainan ni

Cara Main Dodgeball

Bersama team Fit Camp Shah Alam

Secara keseluruhannya Dodgeball ni sememangnya salah satu sukan dan permainan yang seronok. Walaupun ianya nampak mudah, tetapi 2 minit di dalam gelanggang dah berjaya membuat jantung berdegup laju. Dodgeball melatih kita untuk meningkatkan stamina, menjadi lebih fokus dan melatih kita untuk bekerjasama di dalam pasukan. Ianya salah satu sukan yang sesuai dimainkan oleh semua orang termasuk lelaki dan perempuan.

6,398 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.