Category - Film & Music

Tonton Drama Korea “Goblin” di iflix

Kepada semua peminat sejati drama korea pasti tahu tentang drama korea yang sedang meletop di Korea sekarang iaitu “Goblin”. Walaupun sekarang ni drama Goblin sedang ditayangkan di Korea tetapi secara eksklusifnya iflix juga turut menayangkan drama ni. Dengar kata beza masa tayangan di Korea dan di iflix hanyalah kurang dari 24 jam dan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad bermula 3 Disember yang lalu. Sebagai penonton sejati iflix saya juga pasti tak lepaskan peluang menonton drama korea ni. Bagi sesiapa yang tak tahu macam mana nak sambungkan tonton iflix di TV menggunakan Chromecast sila baca langkah-langkah mudah ni.

Goblin on iflix

Goblin on iflix

Drama Korea Goblin ni mengisahkan tentang seorang dewa hensem lakonan Gong Yoo yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita biasa lakonan Kim Go-Eun. Percintaan mereka ni begitu complicated apa tah lagi bila melibatkan Lee Dong Wook iaitu dewa kematian. Cerita ni sangat menarik dengan plot cerita yang mencemaskan dan romantik. Setakat ni saya suka dengan cinematography cerita ni permainan emosi yang ditonjolkan dalam setiap watak. Read More

1,904 total views, no views today

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng bakal di pawagam

Sebuah majlis sidang media sempena pelancaran filem animasi nombor 1 Malaysia iaitu “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” telah berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral hari ini. Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les’ Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Proses penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque Production. Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam landskap teknologi. Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Suasana ketika Majlis Sidang Media Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Dari kiri [En Izham Omar (Primeworks Studio), Dato’ Norman (CEO KRU Group), Tn Hj Burhanuddin (Les’ Copaque Production), Dato’ Kamil Othman (Ketua Pengarah FINAS) dan En Hasnul Hadi (Pengarah Kandungan Kreatif MDEC)

Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis, penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak sebagai barisan pelakon. Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia. Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia. Read More

18,595 total views, no views today

Review Teater Zombie LaLaLa

Teater Zombie LaLaLa merupakan sebuah karya terbaru CTRA Production yang pertama kali menampilkan teater yang menggunakan genre komedi seram. CTRA Production sebelum ini telah berjaya membawa persembahan teater hebat seperti Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah, Upin Ipin Musical dan banyak lagi. Nama CTRA di dalam perkembangan teater tempatan tidak perlu dipertikaikan lagi kerana mereka sememangnya mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas.

Pada kaca mata saya, cabaran utama teater ini adalah durasi persediaan dan latihan yang sangat terhad. Saya dimaklumkan pelakon-pelakon teater hanya ada 8 hari untuk latihan tarian dan lakonan. Masa yang ada untuk persediaan set, props dan juga costume tidaklah semewah seperti teater sebelum ini. Saya berkesempatan menonton teater ini di Istana Budaya tempoh hari dan ini adalah review jujur saya.

zombie lalala

zombie lalala

Teater Zombie LaLaLa merupakan teater komedi yang berkonsepkan jenaka ringan dan semata-mata bertujuan untuk menghiburkan. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan direka supaya mudah difahami. Terdapat 8 watak utama yang dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Amar Baharin, Siti Saleha, Hafreez, Amy Mastura, Zulin Aziz, Janna Nick serta dua pelakon teater iaitu Mei Fin dan Rosnan Rahman yang merupakan selling point bagi teater ini. Kesemua watak utama ini masing-masing membawakan hantu yang berbeza dan unik. Beberapa watak hantu juga dapat dilihat diambil dari watak-watak terkenal dan diparodikan. Read More

2,389 total views, no views today

Give Away #4 Tiket Teater Zombie LaLaLa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni sekali lagi saya nak buat give away khusus untuk rakan blogger yang menjadi pembaca setia blog MohdZarin.com. Hadiahnya adalah :

1 X Tiket Teater Zombie LaLaLa
(14 Feb 2016, 8.30 malam, Istana Budaya)

Caranya mudah saja iaitu rakan-rakan blogger hanya perlu menulis 1 entri di blog masing-masing dengan menggunakan tajuk “Jom Tengok Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya”. Kemudian hanya perlu copy dan paste dari <MULA> hingga <AKHIR> ayat di bawah sebagai pengisian di entri blog anda. Pastikan teks yang mempunyai link turut disertakan. Sharekan link entri blog anda di ruangan komen di bawah.

10 blogger yang terawal yang meninggalkan komen dengan URL entri masing-masing akan memenangi 1 (satu) tiket Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya pada 14 Feb 2016, 8.30 malam di Istana Budaya.

*Peraduan akan berakhir secara automatik bila dah cukup 10 blogger yang mengikuti langkah di atas

<MULA>
Jom kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Sinopsis

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?zombie_poster Read More

1,721 total views, no views today

Sesi Latihan Teater Zombie LaLaLa

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum teater Zombie LaLaLa terbitan CTRA Production bakal dipentaskan di Istana Budaya dan kini semua pelakon utama teater tersebut sedang giat berlatih. Semasa sesi script reading semalam, nampaknya semua pelakon memberikan komitmen menjayakan watak masing-masing. Walaupun baru saja fasa script reading, tapi suasana kelakar dan gelak tawa tak berhenti-henti kerana jalan cerita teater Zombie LaLaLa yang mempunyai elemen humor dan mesej tersirat.

Pengarah teater Zombie LaLaLa iaitu Aris Kadir  memberikan kata semangat kepada semua pelakon teater memandangkan sesi latihan yang singkat dan masa yang suntuk.

Zombie LaLaLa

Pengarah Aris Kadir memberi arahan

Zombie LaLaLa

Amy Mastura ler ni

Zombie LaLaLa

Janna Nick sangat bersemangat berlakon walaupun baru script reading

Read More

2,364 total views, no views today

Saksikan Teater Zombie LaLaLa

Nampaknya tak lama lagi, peminat teater tanahair bakal menyaksikan sebuah teater yang seram tapi nampak kelakar. Teater Zombie LaLaLa yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 – 21 Februari 2016 merupakan terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Siti Saleha dan beberapa wajah baru di dalam bidang teater.
zombie_poster Read More

1,193 total views, no views today

Review Teater Bikers Kental

Teater Bikers Kental merupakan salah satu teater adaptasi dari filem Bikers Kental yang dipopularkan oleh Zizan Razak dan Awie. Teater ini telahpun dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 23 sehingga 31 Januari 2016. Biarpun sambutan asal filem ini tidaklah begitu mendapat sambutan di panggung wayang ketika ditayangkan dulu, tetapi pihak produksi teater ini tetap meraih harapan tinggi dengan menggunakan kaedah yang sedikit berbeza.

Menggunakan jalan cerita yang sama, penonton sudah dapat membaca setiap jalan cerita yang dipersembahkan. Walaupun ianya adalah adaptasi dari filem, tapi saya mengharapkan sedikit perubahan dari jalan cerita dan kejutan ataupun penambahan baru dalam teater ini. Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan dan Awie, Istana Budaya ternyata riuh rendah dengan gelak tawa hasil dari komedi spontan mereka berdua.

12321237_543917869106868_5031413355470042909_n 12439556_543917859106869_424405817034984922_n

Lakonan spontan Zizan sememenangnya mencuit hati dan menjadi penguat kepada teater Bikers Kental. Tanpa kelibat Zizan, mungkin teater ini terasa kosong dan lemah. Beberapa lawak berulang dari filem Polis Evo mungkin terlalu overused dan mengganggu fokus jalan cerita sebenarnya. Walaupun teater ini dipentaskan di Istana Budaya, tetapi elemen pementasan teater terasa kurang diguna pakai. Seolah-olah sedang menonton persembahan dipentas yang biasa sahaja.  Read More

1,869 total views, no views today

Review Teater Bawang Putih Bawang Merah

Baru-baru ini saya berkesempatan menonton teater dongengan termasyhur iaitu teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya. Teater ini merupakan hasil buah tangan dari Erma Fatima sebaik sahaja melabuhkan tirai teater Mok Cunnya pada beberapa minggu yang lalu. Berlatar belakangkan dari kisah dongeng yang sering diceritakan samada dalam bentuk novel ataupun siri TV, mampukah teater Bawang Putih Bawang Merah membawa kelainan dan mendapat sambutan peminat teater tempatan? Mari kita sama-sama saksikan review penuh saya.
bawang11bawang09

Sebagai permulaan, saya rasa Erma Fatima sememangnya telah bijak memilih barisan pelakon yang hebat dan memberi penekanan kepada satu-satu watak. Watak Mak Kundur misalnya yang dilakonkan oleh Kak Ogy, sememangnya tidak dapat dinafikan begitu bertenaga dan memberi impak kepada keseluruhan persembahan teater. Dialog menengking dan mendera Bawang Merah memang nampak hidup seolah-olah ianya memang berlaku di depan mata. Habis semua ayat kasar digunakan seolah-olah melepaskan geram yang teramat sangat. Rasa puas bila dapat melihat Mak Kundur melepaskan kemarahan kepada Bawang Merah. Read More

2,730 total views, no views today

Review Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Secara jujurnya pada awalnya saya tidak begitu memberi harapan yang tinggi terhadap teater Tenggelammnya Kapal Van Der Wijck. Mungkin kerana tajuk teater ini yang kurang menarik minat saya ataupun saya tidak pernah membaca karya asal cerita ini oleh karyawan tersohor Hamka. Tetapi bila saya berpeluang menonton teater ini pada malam pratonton bersama media, sangkaan saya meleset. Saya boleh katakan ini adalah diantara teater yang terbaik yang pernah saya saksikan.

 Saya kagum dengan latar belakang dan set lakonan untuk setiap babak yang direka dan disusun dengan begitu cantik sekali.

kapal03 kapal02 kapal01 Read More

3,890 total views, 2 views today

Iklan Raya TM 2015 #pakcikmisteri

Pada setiap tahun, antara video yang kita nantikan adalah video ataupun iklan Hari Raya oleh syarikat seperti TM ataupun Petronas. Video Iklan Raya sering mendapat perhatian kerana pada masa inilah orang lebih ramai menonton TV dan iklan-iklan ketika hari raya. Syarikat-syarikat besar pula mengambil peluang ini untuk menjenamakan syarikat mereka dengan iklan-iklan raya.

Ada iklan raya yang betul-betul berjaya dan sangat menyentuh hati penonton. Tapi dah lama rasaya kita tidak disajikan dengan video iklan seperti itu. TM juga tidak ketinggalan melancarkan video iklan raya mereka. Dengan tajuk #pakcikmisteri konsep iklan raya TM 2015 kali ini sungguh berbeza.

tm08 tm09 tm07Dengan menggunakan watak seorang gadis, topik dan subjek yang diketengahkan amat mudah. Secara ringkasnya, iklan ini mengisahkan seorang gadis yang ingin membalas budi dan jasa baik seorang pakcik yang tidak dikenali kerana membantunya meminjamkan wang pada waktu malam dia kehilangan beg duit. Siapa sangka, rupanya pakcik yang membantunya pun serba kekurangan namun masih sudi membantu. Read More

5,182 total views, no views today