Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Bagi pembaca setia blog MohdZarin.com, pasti sudah tahu yang saya sering berbuka puasa di Shah Alam Convention Centre SACC setiap tahun. Ya, saya sering berbuka di SACC sebab ianya merupakan satu-satunya pilihan berbuka puasa terbaik di Shah Alam. Untuk tahun 2022 ini, SACC membawakan tema “Selera Orang Kita”, iaitu menu-menu tradisional masakan melayu sebagai menu hidangan yang ditawarkan. Selain itu, SACC juga masih mengekalkan signature mereka iaitu Kambing Kebuli serta beberapa menu istimewa tahun ini. Mari ikuti saya, berbuka puasa Selera Orang Kita, bufet Ramadan di SACC.
Ruang berbuka puasa di SACC adalah di dalam hall yang luas dan selesa. Kaunter makanannya disusun di sekeliling hall serta untuk makanan yang disediakan secara panas-panas pula disusun di bahagian luar hall. Susun atur makanannya agak kemas dan sistematik bagi mengelakkan kesesakkan ketika mengambil makanan.
Di kaunter menu utama “Selera Orang Kita” iaitu nasi serta lauk pauk, kesemua menunya sungguh membangkitkan selera. Diantaranya adalah Daging Salai Masak Lemak, Ayam Goreng Kampung, Udang Masak Lemak, Asam Pedas Pari, Petola Soo Hoon dan banyak lagi. Dilengkapkan pula dengan sambal belacan, budu serta sambal tempoyak yang membuatkan tak cukup nasi sepinggan. Read More
2,666 total views