Category - Personal

Short Visit to Zoo Negara

Assalamualaikum, bertemu sekali lagi di blog saya yang dah lama gila tak update ni. Erm, kali ni boleh kata lebih kurang 8 bulan tak update apa-apa langsung.. Maklumlah baru kahwin tahun ni jadi masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dan mencari masa untuk blog.

 Mak, Kaklong, Aqeel dan Zarith ketika di pintu masuk Zoo Negara

Ketika dipakaikan tiket masuk dipergelangan tangan

Ok, post kali ni saya sekadar nak share yang simple sahaja sebagai pemanas idea untuk blog-blog yang mendatang. Beberapa minggu yang lalu saya bersama keluarga Zarith telah berkesempatan untuk ke Zoo Negara. Ha, dah lama kan tak pegi Zoo Negara? Ada yang last time pergi masa kecik dan ada yang tak pernah pergi langsung. Kami nak ke Zoo Negara pun sebenarnya sekadar nak bawak Aqeel jalan-jalan dan sambil-sambil ambil gambar. Sebelum ni Aqeel dah pernah masuk Zoo Taiping dan ini adalah Zoo kedua buat Aqeel (rasanyala). Jangan kata Aqeel, Makngahnya (Zarith) pun terlebih excited sebab ghupenya dia pun sukakan Zoo. Haih, ntah binatang apa yang dia nak jumpa sangat kat dalam Zoo tu agaknya.
Cuaca yang panas
Read More

743 total views, no views today

Dinner at Indulgence, Ipoh

Ok, sekali lagi saya nak berkongsi berkaitan dengan makanan dan kali ni kita pergi makan-makan di Ipoh pulak. Sebenarnya sesi makan-makan kali ni disponsor oleh ahli keluarga Zarith… hehe. Oleh kerana tempat makan kali ni agak eksklusif, saya sendiri pun tak menyangka restoran yang menyerupai seperti banglo lama ni sebenarnya adalah restoran makanan barat bertaraf tinggi.
Pada sesi dinner tu, saya tak sempat nak ambik gambar dari luar restoran sebab terlalu gelap. Jadi saya sediakan beberapa gambar dari google untuk rujukan pembaca blog. Restoran Indulgence ni terletak ditengah-tengah Ipoh dan menggunakan konsep English & Old School. Konsep yang menarik dan sangat unik~
Entrance of Indulgence, Ipoh
( Pic Credit to : http://www.j2kfm.com )
Interior ( Pic Credit to : http://www.j2kfm.com )

Sendiri sendiri memilih menu makanan Salmon Grill sebab ikan Salmon memang makanan favorite saya. Hidangan dan rasa ikan salmonnya memang sedap dengan rencah masakan kebanyakkan berasaskan minyak zaiton. Tapi portion makanannya tidaklah terlalu besar, malahan lebih kecil dari portion biasa. Jadi kalau siapa yang tengah lapar tu mungkin tak kenyang dengan satu pinggan hidangan.
Diantara menu makanan
Makanan yang lain-lain juga tidak kurang sedapnya. Kat sini ada hampir kesemua menu makanan barat seperti spaghetti, lamb, chicken chop dan macam-macam lagi. Terpulang kepada selera masing-masing, sebab kalau tak kena dengan selera mungkin ada yang kata tak sedap.
Saya baru tahu yang kat Indulgence ni kadang-kadang ada wedding Chinese dilakukan. Berdasarkan dari gambar-gambar yang saya jumpa di Google, wedding di sini dihasilkan dengan begitu cantik dan unik. Walaupun tempatnya tak begitu besar, tetapi wedding ala Chinese memang sesuai diadakan di sini secara tertutup.
Zarith & Zarin

Pendek kata, banyak lagi restoran-restoran di Ipoh yang unik dan sedap. Lepas ni kita tengok nak ke mana pulak yer…

p/s : Teringin nak cuba masa western..

1,082 total views, no views today

Big Family Dinner ~!

Alhamdullilah, kenyangnya tengok makanan banyak-banyak ni. Hehe.. Sebenarnya, baru je selang 2-3 hari selepas selesai wedding sebelah side saya iaitu di KL, saya dan family buat makan besar-besar punya sempena orang kata macam nak meraikan majlis yang telahpun berjalan dengan sempurnanya. Sesi makan malam gabungan 2 keluarga baru ni sebenarnya tidaklah dirancang, pada awalnya ingatkan sekadar makan-makan biasa. Tapi alang-alangtu terus set makan besar dengan menu makanan pun besar-besar.
Dinner ni actually dibuat di kedai makan ayah saya yang terletak di Taman Melati. Oleh kerana jumlah orang yang join untuk makan malam ni pun melebih dari 25 orang, jadi lokasi kedai makan ni lebih sesuai jika dibuat di rumah. Kesemua menu malam tu telah diatur dan dirancang oleh parents saya sendiri yang diantara menunya adalah Tom Yam Udang Galah, Sup Tulang, Ikan Kukus, Ayam Goreng dan banyak lagi. Kesemua makanan ni dihidangkan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Ha, makanlah semua orang sampai kenyang~!
Banyaknya menu makanan
Semuapun laju je makan

581 total views, no views today

Al-Fatihah buat adik Faiz

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak ajak semua pembaca blog saya agar berhenti sekejap buat kerja dan sedekahkanlah Al Fatihah buat adik Faiz yang baru sahaja pulang ke ramatullah. Ketika saya menulis post kali ni, saya baru sahaja pulang dari Taiping melawat keluarga arwah. Buat yang tak mengenali siapakah adik Faiz yang saya sebutkan ni, biarlah saya cerita sedikit …
Adik Faiz ni sebenarnya salah seorang peminat Upin & Ipin dan menghidap sakit kanser hati sejak dilahirkan. Walaupun keadaannya yang kurang sihat, tetapi ahli keluarga Faiz tidak pernah putus asa untuk menjaga Faiz. Sebagai seorang kanak-kanak, minat terhadap kartun Upin & Ipin memang tidak boleh lari. Setiap hari keluarganya membuka rancangan Upin & Ipin di TV9 kerana hanya itulah yang mampu membuatkannya tersenyum. Walaupun, tidak banyak bersuara untuk meluahkan rasa minatnya terhadap Upin & Ipin tetapi sekurang-kurangnya dia terhibur. Makin kerap dia menonton cerita Upin & Ipin, makin suka dan sayang terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan Upin & Ipin. Dah macam-macam barang Upin & Ipin yang dibeli keluarganya baik yang asli ataupun pirates. Read More

775 total views, no views today

Gambar Mia Sara bertudung

Siapa yang tak kenal dengan Mia Sarakan? Pelakon kanak-kanak yang sangat berbakat dan comel. Siapa sahaja berselisih dengannya pasti nak bergambar atau cubit pipi dia. Ha, gambar terbaru yang saya baru dapat ini adalah gambar Mia Sara bertudung. Mia Sara ketika ditemui di majlis sidang media TV Al Hijrah kelihatan extra comel dengan tudung pink dan baju kurung keciknya.
Mia Sara akan muncul di dalam rancangan terbitan TV Al Hijrah pada bulan Ramadhan nanti. Sama-samalah kita beri sokongan kepada dia nanti ok.

LIKE and SHARE !

1,283 total views, no views today

Projek bersama Afdlin Shauki

Ha, ini bukan nak kata apalah, tapi sebenarnya dah berpuluh kali saya dapat berjumpa dengan Afdlin Shauki tapi baru hari ni dapat bergambar. Biasanya Afdlin tengah sibuk ataupun saya yang jual mahal.. jadi tak dapatlah bergambar~
Afdlin datang ke studio hari ni untuk projek khas akan datang yang buat masa ini saya tak dapat diumumkan lagi info lanjut berkaitan projek ni. Gambar di bawah ni adalah beberapa orang dibelakang tabir yang bekerja untuk projek ini. Wah, macam projek rahsia pulak. Hampir 2 jam bersama-sama Afdlin dan macam-macam gelagat kelakar dapat disaksikan semasa menjalankan projek rahsia ni.

Korang tahu apa projeknya nanti, sama-samalah kita tunggu~! Yay!

Bersama Afdlin Shauki

772 total views, no views today

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 3) – Kesibukan

Assalamualaikum, sekali lagi kita bersambung untuk post berkaitan acara di Jakarta tempoh hari. Saya sengaja membahagikan post kali ini kepada 3 bahagian kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah member feedback terhadap post saya yang lepas. Ada yang tak sabar nak membaca sambungan cerita jalan-jalan saya ni.

Ok, di akhir post yang lalu rombongan kedua iaitu terdiri dari semua pelakon suara seperti Asyiela Putri, Ida Shaheera, Yuki, Shafiq, Hasrul, Fareez dan Tacil beserta ahli keluarga masing-masing baru sahaja sampai ke Jakarata. Pada keesokkan harinya, acara sebenar akan bermula. Masing-masing kena bangun awal sebab harus berada di Rumah Sakit BSD sekitar jam 8pagi. Memang rombongan kedua ini tak banyak masa sebab mereka terpaksa bertolak lambat sehari sebab rombongan ini melibatkan beberapa pelakon suara yang masing bersekolah di waktu pagi.

Seperti yang dijangkakan, nak bangun pagi ni memanglah susah. Lebih-lebih lagi dengan faktor kepenatan dan terlalu awal, dipendekkan cerita kami tak sempat sampai ke tempat acara pada waktu yang dijanjikan. Walaupun agak lambat sedikit, tapi akhirnya pihak penganjur memberi sedikit kelonggaran dan melambatkan sedikit masa penampilan. Boleh dikatakan penganjur di sini ketika itu masih tidak dapat membayangkan bentuk dan gaya penampilan yang bakal dilakukan.

Ida Shaheera (Kak Ros) bersiap sedia untuk memulakan acara

Beberapa pelakon suara yang lain juga sudah bersedia Read More

2,362 total views, no views today

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 2) – Rombongan Pertama

Seminggu selepas saya pulang ke Malaysia dari Jakarta, saya bersama rombongan pertama iaitu seramai 11 orang terbang ke Jakarta sekali lagi untuk memulakan misi sebenar. Kami bertolak pada hari Khamis yakni sehari lebih awal dari rombongan yang kedua. Sebabnya adalah kami perlu menghadiri majlis perasmian di Rumah Sakit Medika BSD, iaitu salah satu cawangan KPJ di sana.

[well]Tugas rombongan pertama sangat berat lebih-lebih lagi harus membawa 10 kotak besar berisi maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan. Tapi alhamdullilah tiada masalah timbul semasa proses check in dan proses seterusnya. Rupanya dari 11 orang dari rombongan pertama ini ada juga yang tak pernah terbang ke luar negara dan mungkin ada juga yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Jadi ini merupakan pengalaman pertama bagi beberapa orang. Seronoknya~[/well]

2,287 total views, no views today

Laksa Ikan Sekoq Sedap ~!

Siapa yang tengah lapar dan tengah mengidam laksa ni saya pasti anda akan terliuq bila baca post saya kali ni. Pada kunjungan terakhir saya ke Kedah baru-baru ni saya sempat ke gerai “Laksa Ikan Sekoq” yang terletak di Alor Setar. Gerai ni pernah disiarkan di dalam surat khabar dan saya memang dah lama mencari gerai ni. 
Inilah dia gerai Laksa Ikan Sekoq
Laksa di gerai ni memang sangat sedap dan melihatkan gambar laksa ni je dah boleh membuatkan sesiapapun akan teringin nak rasa. Seperti yang diiklankan, laksa ni didatangkan dengan seekor ikan dalam setiap pinggan. Kuahnya sendiri dah ada isi ikan dan sememangnya lebih sedap bila dijamu dengan seekor lagi ikan. Walaupun ikannya tidaklah begitu besar, tetapi untuk ianya sudah cukup untuk hidangan sepinggan laksa. Siapa yang tak cukup tu, bolehlah tambah laksa dan kuah secara percuma. Ye, betul tu! Kalau nak tambah apa-apa je (kecuali ikan) memang percuma je. Dengar kata ada orang pernah menambah sehingga 4 kali tambah. Amboi, amboi.. melantak ke tu~ Hehe…

Hidangan Laksa Ikan Sekoq
Tapi apa-apapun pemilik gerai ni iaitu Fauzi Man tak risau sebab itulah diantara tarikan menarik digerai beliau. Katanya ramai pelanggan bukan sahaja dari Kedah malahan dari negeri lain juga turut datang untuk merasa sendiri kenikmatan sebenar laksa di sini. Saya sendiri secara jujurnya suka sangat dengan rasa laksa kat sini sebab bagi saya semuanya cukup rasa. Tambahan pula dengan adanya menu sampingan seperti cendul dan macam-macam lagi. Sebelum balik, barulah saya perasan ada menu unik iaitu Laksa Udang. Sempat pula saya bungkus laksa udang ni sebab ianya merupakan menu baru dan tiada ditempat lain.

Antara menu sampingan yang lain

1,384 total views, no views today

Bukan Hak Kita~

Okay, kali ni saya nak berkongsi satu pengalaman baru ketika bersama dengan Zarith baru-baru ini. Pengalaman baru ni telah mengubah persepsi saya terhadap rezeki dan hak kita sebagai manusia biasa. Pengalaman ini juga telah menunjukkan sikap dalaman sebenar Zarith yang tak pernah saya ketahui sebelum ini. Biarlah dia nak kata saya over ke apa sebab cerita kat blog ni tapi saya rasa saya patut kongsi juga~

Kejadian berlaku pada waktu malam hari sekitar 8 malam di bank RHB Seksyen 9, Shah Alam. Macam biasalah rutin kami berdua pada hujung-hujung bulan ni selepas gaji masuk adalah untuk menyelesaikan hutang kereta, rumah dan macam-macam lagilah di bank. Bukan taknak pakai online, cuma ada certain things prefer pakai manual sebab lebih jelas dan cepat. 

RHB Bank (Gambar Hiasan)

Semasa kami memasuki ke dalam dalam ruang ATM RHB Bank saya lihat ada sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil sedang menggunakan mesin cash deposit. Kitaorang pun pakailah mesin yang bersebelahannya sebab mesin ATM tu tidak digunakan. Semasa menggunakan mesin tu, dapat nampaklah anak pasangan disebelah mesin ATM yang agak nakal dengan mengetuk-getuk mesin ATM dan agak diluar kawalan. Perkara biasalah bila dah ada baby. Tak berapa lama, lepas tu pasangan tu pun beredar bila transaksi mereka dah selesai. Kami berdua ni tak selesai lagi sebab biasanya Zarith memang extra details pasal masukkan duit kat ATM. Bila dah masuk, dia suruh cek balik balance. Macam tu lah. 
Tiba-tiba mesin ATM sebelah tu berbunyi. Zarith dengan muka annoyed cuba menekan button cancel ataupun apa-apa sahaja asalkan tak bunyi lagi. Adalah dia cuba beberapa kali sampai berpindah dari mesin ATM saya ke mesin ATM sebelah. Masa tu takde orang lain dah, kitaorang berdua je yang tinggal. Lama lepas tu, saya terfikir untuk cek mungkin ada kad yang tertinggal. Zarith pun cek dan memang betul ada credit card Mastercard yang tertinggal kat ruang kad tu.
“Erm, macam mana?” saya tanya Zarith. Zarith dengan muka excited tapi concern pun seolah-olah mencari-cari pasangan tadi. Kitaorang pun keluar dari ruang ATM tu dan cuba meninjau-ninjau di luar. Dalam beberapa saat tu Zarith macam dah dapat detect pasangan tu dah masuk ke dalam sebuah kereta kancil di seberang jalan. Dia detect je, saya yang kena kejar!. Dengan bersemangat waja, saya pun berlari menuju ke kereta tu dengan harapan dapat pulangkan kad tu semula dan pada masa yang sama juga berharap tidak menimbulkan salah sangka. 
Bila sampai je kat kereta kancil tu, saya lihat driver tu baru je nak startkan enjin. Saya pun dengan nada sopan bercampur mengah menanyakan pada orang tu samada dia ada ke bank tadi. Dia dengan muka tak pasti nak react macam mana, pun jawab yang dia ada ke bank. Pada masa saya selesai bertanya, baru saya perasan takde budak kecik mahupun perempuan dalam kereta tu. Dalam keadaan terasa berkemungkinan tersalah orang, saya lontarkan soalan kedua pula. “Tadi Encik ada datang dengan budak kecik ke?”. Dia sekali lagi dengan muka tak tau nak respon macam mana pun menjawab pendek. “Tidak!”. Kali ni dia pula mengajukan soalan pendek kepada saya sambil perlahan-lahan keluar dari kereta. “Kenapa?” Walaupun pada masa ni saya dah sedar bukan dialah orangnya namun saya terpaksa jawab juga soalan Encik ni dengan memberitahu ada orang tertinggal credit card. Tiba-tiba dia pulak yang terasa panic sambil memeriksa card dari wallet dia. Saya pun berlari semula ke RHB setelah memastikan usaha saya tadi sia-sia. 
Zarith yang sedang terpinga-pinga di hadapan RHB Bank meneruskan mencari target yang baru. Kali ni kami lebih berhati-hati agar tak tersalah orang lagi. Tak sampai 1 minit, dia tiba-tiba dia dapat detect kereta kedua sambil menuding jari kepada kereta wira hitam yang baru keluar dari parking kereta. Saya kali ni hanya mampu melihat kereta ni berlalu dihadapan saya untuk betul-betul memastikan pemilik credit card ni. Sebenarnya kami pun tak pasti macam mana wajah orang tu, cuma clue penting adalah orang tu mesti merupakan pasangan suami isteri bersama seorang kanak-kanak. Hanya selepas kereta itu mampu dilihat dari belakang barulah saya dapat pastikan identiti mereka. Sah! Betullah itu orangnya. “Kereta tu dah jalan, takkan saya nak kejar ?” Soalan bodoh dari saya tiba-tiba terkeluar. 
Gambar Hiasan
Kami berdua dengan perasaan hampa pun masuk semula ke dalam ATM tu untuk mencari idea baru. Zarith yang tiba-tiba berperwatakan extra concern membelek-belek credit card RHB MasterCard untuk mencari info lain. “Wah, ni credit card baru”. Sekurang-kurangnya limit credit ini adalah RM8,000 atau lebih. Zarith menunjukkan 3 nombor dibelakang credit card yang amat bahaya sekiranya terdedah. Actually, ada je orang yang boleh cuba guna card ni untuk transaksi online sebab semuanya dah diketahui. “Takpe, kita call customer service!”  Zarith tiba-tiba mengeluarkan idea baru. Dia pun menelefon customer service berpandukan nombor yang tertera dibelakang credit card. Dahla call customer service tu kena tekan-tekan nombor untuk sampai kepada orang yang incharge tu. Zarith hanya dapat bercakap dengan customer service selepas 10 minit menunggu ditalian. Tak sangka dia ni tiba-tiba jadi penyabar orangnya.
Selepas memberi info kepada customer service, orang tu yang kagum dengan reaksi Zarith pun menelefon pemilik credit card tu. Zarith sendiri mencadangkan supaya mengambil semula credit card tu di RHB yang sama sebab dia akan tunggu sampai orang tu datang. Sekali lagi saya terkejut sebab actually pada masa tu kitaorang dah lambat nak tengok wayang MIB3 di Space U8. Nak kata lambat sangat tu tidaklah, sebab kitaorang tak beli tiket lagi. So, taktau show pukul berapa. Tapi takpelah, mana yang penting kita dahulukan. Sekali lagi kami menunggu di hadapan RHB dan kali ini untuk 20 minit seterusnya pula.
“Mungkin orang tu duduk di Shah Alam juga dan mesti tak jauh lagi” kata Zarith menyedapkan hati sendiri. Tak lama selepas tu, orang tupun sampailah di tempat yang dijanjikan. Dengan muka lega pemilik kad itu iaitu seorang perempuan pun berterima kasih kepada kami berdua. Rupanya dia memang tak sedar kadnya dah tertinggal sehinggalah pihak RHB sendiri yang call dia. Haih, nasib baiklah kitaorang yang jumpa. 
Selepas semuanya selesai, sayapun mengingatkan Zarith supaya memeriksa kad sendiri. Jangan kita menolong orang, kita pula yang tertinggal nanti. Dipendekkan cerita, malam tu kami berdua tak dapat tengok wayang sebab dah lambat. Tapi takpelah, yang penting kami berdua dah boleh tersenyum sebab dah menolong orang. Walaupun, tak dapat apa-apa balasan tapi mana tahu satu hari perkara yang sama mungkin berlaku pada kita. Insya Allah perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

573 total views, no views today