Category - Uncategorized

Chiba Sweet Potato is now in Malaysia

Hi! Today I’m really excited to share with you guys one of the unique food from Japan and it’s the Chiba Sweet Potato. Chiba is actually located just right next to Tokyo and the home to Narita International Airport and Tokyo Disneyland. Because of the perfect weather and nature, Chiba main sector is agriculture and plantation. They produced lots of quality fruits and vegetables such as carrots, corns, watermelons and of course Sweet Potatoes.

Today, we are very lucky because we can get to taste Chiba Sweet Potato here in Malaysia. Chiba Prefecture start to market this potatoes this year and it already available in several supermarket such as Village Grocer in Bangsar. But how it really taste?  Read more to find out.

Chiba Sweet Potato

At Village Grocer Bangsar

chibakun

Did you know CHI-BA+KUN is the mascot of Chiba and its actually come from the shape of Chiba Prefecture. It’s really cute isn’t it? Read More

3,918 total views, 10 views today

Happy Birthday Kelly Wong~

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you… Happy Birthday to youu.. Happy Birthday to Kelly Wong~

Siapa tak kenal dengan Kelly Wong? Actually Kelly Wong adalah salah seorang peminat fanatik Upin & Ipin yang saya dah kenal lebih kurang 4 tahun. Wow lamanya tu. Sekarang ni Kelly Wong bukan saja kenal hampir kesemua staff Les’ Copaque Production tapi dia juga berkawan dengan staff Les’ Copaque di Facebook dan peminat-peminat Upin & Ipin yang lain. Saya boleh dikatakan setiap hari berkomunikasi dengan mama Kelly Wong iaitu Mandy di Facebook.

Baru-baru ni saya dan Zarith telah dijemput untuk menghadiri majlis hari jadinya yang ke 10 tahun dan diadakan di AEON di Ampang. Birthday Kelly kali ni seperti pada tahun yang sebelumnya  dianjurkan di KFC. Ramai kawan-kawan Kelly yang datang dan meriah sungguh. Saya dan Zarith sebab tak de kawan sangat so kitaorang berdua enjoy makan ayam goreng dan tengok gelagat budak-budak main games.

2014-06-14 10.44.55

Birthday di KFC

2014-06-14 10.02.32

Diantara goodies oleh KFC

2014-06-14 18.43.47

Tema Super Heroes juga merupakan salah satu pilihan untuk pakej harijadi

2014-06-14 18.04.33

Selfie dulu sebelum makan

Read More

1,530 total views, no views today

I Love Penang

Bukanlah saya love betul-betul kat Penang cuma baru-baru saya dapat hadiah TShirt I Love Penang oleh Asyiela Putri.

Tau-tau je abang dia ni suka yang colorful. Cantik sangat~! thanks.

379 total views, no views today

Jalan-jalan di Space U8

Baru beberapa hari ni sempatlah jalan-jalan kat Space U8. Space U8 ni shopping mall terbaru yang terletak kat Bukit Jelutong Shah Alam. Sapce U8 ni mall pertama di Malaysia yang berkonsepkan Eco Mall. Kononnya Eco Mall ni macam mesra alam la… 
Space U8 ni sangat besar dan luas. Cuma buat masa sekarang ni, mall ni masih belum dibuka sepenuh masa… Jadi saya dan Zarith pun jalan-jalan la cuci mata sambik cari nak makan apa kat situ.
Dalam supermarket dia ada jual produk organik

Labu besar pun ada.. ke bukan labu betul ni ?

Dalam dia luas.. tapi masih kosong lagi

Nak pegi ke Hardware Cafe !
 Pandangan dari atas !

Saya makan menu ni.. namanya Chicken Cheese..

 

Yang ni tak ingat apa nama dia..

Lepas makan bergambar la.. apa lagi..

Sempat beli beras organic skit

Nak beli ikan ke ?

Ok.. nanti nak pergi lagi Space U8 sebab kat sini yang bestnya ada wayang MBO.. satu2nya wayang yang ada dalam Shah Alam ni…. Jumpa lagi.~

804 total views, 1 views today

GorillaPod untuk DSLR

GorillaPod gaya baru tripod

Canggih betul la zaman sekarang ni. Kalau dulu kita biasa menggunakan tripod yang biasa tu sekarang trend terkini ialah menggunakan tripod mini keluaran Joby yang dipanggil Gorilla. Ha, tengok posternya saja memang dah stylelah, lebih – lebih lagi bila dapat gunakan tripod ni semasa sedang outing. Gorrila ni dikatakan boleh dibengkok-bengkok kakinya supaya boleh disesuaikan dengan permukaan tanah. Selain tu boleh juga kita bengkok-bengkok kan supaya boleh dililit di tiang, pokok mahupun pintu rumah.

Pelbagai size dan rekaan sebagai pilihan

Dah macam rupa transfomer

Kebaikan

  • Boleh digunakan di mana-mana permukaan termasuklah tanah, tangga, pokok dan sebagainya

Keburukkan

  • Agar sukar mengambil gambar sekiranya permukaan yang ada hanyalah tanah. Jadi anda hanya boleh mengambil gambar low angle ataupun anda sendiri yang duduk dilantai.
Sepanjang pengamatan saya di kedai-kedai kamera, belum nampak lagi Gorilla ini dijual. Tapi ada juga kedai-kedai yang menjual look-alike Gorilla. Harganya dari RM30 hingga RM60 dan yang membezakannya ialah dari segi kualiti. Sekiranya Gorilla yang asli harganya akan mencecah sehingga RM300-400. Terpulang kepada individu kerana rasanya tak salah kalau nak cuba dan beli yang murah dulu. Kalau nak tengok-tengok keupayaan Gorilla ni apa kata layan laman web dia dulu http://joby.com

396 total views, no views today

Karnival Upin & Ipin di SACC (Bah 2)

Sambungan dari Bahagian 1. Setelah agak lama saya merehatkan post mengenai Karnival Upin & Ipin rupanya banyak yang telah berlaku. Dengar kata, lokasi karnival yang seterusnya insyaAllah bakal dibawa ke Johor pula. Buat saat ini, masih belum ada kata putus lagi dan semuanya masih di dalam perbincangan awal. Kepada pihak yang dikira “pemenang” sudahpun menerima pingat masing-masing. Diharapkan kita tidak cepat leka dengan kejayaan yang sedikit ini. Baiklah, saya masih ingin bersambung mengenai cerita-cerita menarik disepanjang Karnival Upin & Ipin di SACC ini.

Mengacara bersama Anty
Fiz memang menyeronokkan


Gelak je Faiz TV9 ni,
bukan buat keje pon


Bersama setem di
POS Malaysia


Pempamer

Saya sangat kagum dan terpegun dengan semangat dan kerjasama pempamer. Saya sendiri boleh dianggap sudah pergi ke macam-macam jenis event dan ke merata negeri namun saya rasakan aura kerjasama yang ditunjukkan oleh pempamer di sini adalah luar biasa. Manakan tidak, setiap kali diadakan chicken dance ataupun senaman pagi suara serta wajah merekalah yang menjadi penyeri dan pelengkap. Di dalam himpunan pengunjung yang sedang seronok menari bersama maskot di atas pentas pasti akan kelihatan kelibat pempamer yang turut sama menari. Pempamer ataupun dengan kata mudah penjual di setiap booth ini boleh dikatakan sekurang-kurangnya menjual barangan yang berkaitan dengan Upin & Ipin. Sekiranya tidakpun, mereka ini sebahagian dari pempamer yang membeli booth. Diantara pempamer yang masih tergambar di dalam fikiran saya ialah SilaRasa iaitu pemegang lesen bagi produk coklat Upin & Ipin. Bosnya yang saya panggil Kak Umi sangat kerap memberi buah tangan kepada saya untuk sesi soalan dan kuiz. Bukanlah itu dijadikan ukuran tetapi saya kagum dengan semangat mereka menyertai sesi tarian setiap kali ianya diadakan. Tidak ketinggalan juga dengan pempamer CCM yang menjual produk kesihatan seperti Pharmaton dan sebagainya. Pempamer lain seperti SPM, Wyeth, NYLA dan TM juga merupakan antara pempamer yang tidak pernah duduk diam.

Maskot Saladin yang setia bersama


Penaja utama iaitu TM


Disebalik semangat yang ditunjukkan, saya juga ada terjumpa komen dari blog pengunjung yang agak tidak berpuas hati dengan susunan pempamer di Karnival ini. Mereka berpendapat terlalu banyak pempamer yang menjual coklat dan ianya tidak nampak versatile. Erm, saya memang akui perkara ini. Mungkin atas dasar susunan serta tawaran penjualan booth yang tidak kemas menyebabkan perkara ini berlaku. Secara kebetulan juga, pemegang lesen produk coklat Upin & Ipin saja dipegangn oleh 3 syarikat yang berbeza. Jadi nak buat macam mana, kita makan coklat sajalah.

Bersama gadis-gadis di booth CCM


Chicken Dance

Hehe, saya masih ada cerita menarik mengenai Chicken Dance ni. Saya pasti ramai orang tahu nak menari chicken dance ni. Tapi tahukah anda yang Upin & Ipin boleh dikatakan secara rasminya kali ke 2 menari chicken dance di dalam sesebuah acara. Saya masih ingat, kali pertama Upin & Ipin diminta menari chicken dance iaitu di dalam acara bersama Bank Rakyat pada pertengahan tahun 2009. Jangan kata Upin & Ipin, saya sendiri pun tak pernah dengar apakan lagi reti menari. Tapi selepas itu, banyak pula undangan event yang diselitkan dengan tarian ayam ni. Lambat laun, slot tarian ini dimasukkan kerana nampak sangat sesuai dengan Upin & Ipin.

Maskot bersedia menari


Yay, saya pun kena menarik juga

Fikri, selaku ketua projek Karnival

Bagi pengunjung yang datang haritu, pasti dapat tengok sendiri suasana sebenar ketika Upin & Ipin menari di atas pentas. Bukan Upin & Ipin saja, malahan abang-abang dan kakak-kakak di atas pentas tu mau tak mau kena menarik juga. Lantakla orang nak kata comel ke tak sebab yang penting suasana semasa tarian ayam ni memang menyasikkan. Orang yang berada di bawah pentas pula tidak kurang ligat juga. Bukan saja budak-budak, mak budak, bapak budak, semuanya pakat menari sama. Ada sekali tu, bapak budak ni sedang dukung anak di atas bahu pun boleh menari sama. Bayangkanlah happening ke tak happening.










Penutup

Itulah cerita dia. Nampak memang seronok nak organize event besar macam ni. Diharapkan dengan pengalaman yang telah ditimba dapatlah digunakan untuk acara akan datang. Saya juga berharap setiap ahli dalam kumpulan saya masih akan mengekalkan semangat yang sama tidak kira apa pun cabaran yang bakal mendatang. Yelah, orang kata nak berjaya tu tak susah, tapi nak kekal berjaya tu lah yang susah.

512 total views, no views today

Karnival Upin & Ipin di SACC (Bah 1)

Karnival Upin & Ipin yang telah berlangsung di SACC Convention Centre dari 24 hingga 28 Disember 2010 yang lalu telah menjadi acara penutup serta kemuncak usaha selama beberapa bulan saya serta rakan kerja yang lain. Kalau ditanya kepada setiap warga kerja yang telah bertungkus lumus dari awal lagi, kami akan bagitahu yang Karnival ini telah dikira berjaya. Kalau nak tahu berjaya atau tidak, teruskan membaca.

Karnival Upin & Ipin SACC Convention Centre

Nama Karnival yang begitu besar ini sebenarnya telah dipikul untuk sekian lama walaupun nama karnival ini sendiri sering bertukar sejak dari awal lagi. Usaha menjayakan karnival ini dari awal lagi juga telah mengundang seribu satu dugaan. Saya yakin, setiap ahli karnival ini pernah terdetik dalam hati masing-masing untuk tidak meneruskan usaha ini kerana risiko dan bebanan yang terlalu besar. Setiap hari ada meeting dan berbincang mengenai karnival. Tidak cukup dengan satu masalah, pasti masalah lain yang akan timbul. Di sinilah baru kita boleh nampak dimanakah semangat setia kawan masing-masing. Ada yang menikam dari belakang dan ada juga yang memberikan pisau. Tapi kepada semua ahli yang tinggal mereka semua masih mempunyai semangat yang kuat dan yakin akan memperolehi kejayaan sekiranya benar-benar ikhlas.
Saya bersama Uneh (Raja Pensel Warna)


Antara pengunjung bergambar beramai-ramai


Adik Aimi yang sering
sentiasa mengikuri saya

Mungkin dengan dugaan yang begitu besar pada peringkat awal, masing-masing tersenyum lebar untuk beberapa hari apabila karnival yang telah selesai ini dikatakan telah mencapai sasaran. Dengan kunjungan lebih 50,000 pengunjung dan jualan melebihi sasaran, Karnival ini telah memecahkan semua rekod event sedia ada sebelum ini. Ada juga yang menganggap, Karnival Upin & Ipin ini satu hari nanti boleh menjadi sebaris ataupun lebih hebat lagi dari Karnival Jom Heboh ataupun Suarasa. InsyaAllah.

Persembahan Pentas

Dari segi persembahan pentas, karnival ini memastikan pentas tidak akan kosong dengan persembahan ataupun acara. Kalau kosong pun mungkin sekejap untuk rehat makan ataupun solat. Pentas Karnival yang menyaksikan penampilan replika Rumah Opah sudah cukup menghidupkan suasana seperti di dalam siri Upin & Ipin. Saya bersama Anty Fiz yang telah dipertanggungjawabkan menjadi pengacara pentas cuba sedaya upaya supaya pentas tidak hambar. Ada baiknya juga gandingan saya bersama Anty Fiz kerana dia sangat pandai mengambil hati pempamer serta kaum dewasa dengan selingan pantun serta lagu-lagu lama. Saya tidaklah pandai sangat nak bercakap, sekadar menghiburkan adik-adik semasa sesi permainan ataupun tarian.


Ezuwan dan Fariz yang
menjaga sesi polaroid


Semasa sesi beramah bersama pengunjung

Mail bergambar bersama pempamer di Karnival


Di Karnival ini, maskot Upin & Ipin dikeluarkan sebanyak 4 kali sehari dan jumlah ini sebenarnya lebih dari biasa. Setiap kali kemunculan, pasti maskot ini akan mengadakan sesi bergambar polaroid dan terus menari chicken dance serta lagu-lagu lain kepada pengunjung dipentas utama. Saya rasa sudah cukup memenatkan maskot-maskot ini setiap hari memberikan persembahan. Lebih-lebih lagi, setiap hari maskot Upin & Ipin ditemani oleh 2 maskot lain seperti Mei Mei, Ehsan ataupun Jarjit. Sebenarnya ramai juga yang memberikan pendapat yang sangat positif. Yela, mana ada event yang boleh menari chicken dance bersama Upin & Ipin. Ramai sekali yang sangat gembira dan rasa tak sia-sia datang ke karnival. Ada juga beberapa keluarga yang datang setiap hari untuk menyaksikan persembahan maskot dan acara lain. Rumah dorang dekat agaknya. Saya sendiri menantikan setiap masa kemunculan maskot Upin & Ipin kerana kehadiran pengunjung ialah untuk berjumpa dengan mereka.


Selain itu, penampilan pelakon suara seperti adik Asyiela Putri dan lain-lain sering kali diselitkan ketika sesi cabutan bertuah. Mereka ini sudah dikenali ramai dikalangan peminat Upin & Ipin. Kalau dibiarkan saja duduk di satu ruang menunggu, pasti ramai yang nak bergambar. Selama 2 hari berturut-turut pula, band Haris and the Pembaris memeriahkan lagi Karnival. Band Haris and the Pembaris yang telah menukar vokalis lama kepada Ida Rahayu tidak kurang hebatnya. Bagaikan menanti persembahan daripada mereka, pengunjung tidak pernah lengang setiap kali adanya persembahan. Menampilkan beberapa buah lagu yang diantaranya sudahpun dimainkan di Melaka Wonderland, persembahan mereka ini mendapat sambutan ramai. Diakhir setiap persembahan, mereka pandai menarik hati pengunjung dengan mendendangkan lagu Sahabat Selamanya dengan gaya mereka tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, pentas Rumah Opah ini juga dikunjungi oleh ramai artis-artis lain diantaranya ialah Idola Kecil 3, peserta Pilih Kasih, Ceplos, Kumpulan Padi, Irma Hasmie dan ramai lagi. Setiap petang pula En Karyabudi pasti akan mengadakan “Happy Hour” iaitu jualan barangan terpilih dengan harga yang tak masuk akal. Saya sendiri berada ditempat kejadian dan menyaksikan proses penjualan yang sangat pantas dan cepat dilakukan.

Mengikut data yang diterima, pada hari Sabtu sahaja jumlah pengunjung mencecah 20 ribu orang. Sehingga pada hari ini saya masih hairan macam mana pihak SACC mengira jumlah pengunjung. Tetapi mengikut pandangan mata kasar saya, angka ini tidak mustahil.

Kelab Upin & Ipin

Kaunter pendaftaran Kelab Upin & Ipin ini begitu jelas kelihatan kerana ianya terletak bersebelahan dengan pintu masuk. Dengan yuran seumur hidup RM15 sahaja disamping kad keahlian serta barangan lain, kesibukkan kaunter pendaftaran ini mengalahkan kaunter bank pada hari bekerja. Saya sendiri merasakan pendaftar sebagai ahli kelab sangat menguntungkan. Ianya bukanlah kerana harga yang perlu dibayar, tetapi pendedahan yang bakal diterima selepas pendaftaran. Bayangkanlah, anda akan di SMS sekiranya ada event besar pada masa akan datang. Malahan anda juga dijemput menjadi sebahagian dari ahli acara seperti Animation Parade dan sebagainya. Itu belum lagi saya cakap boleh menjadi penonton untuk rakaman rancangan Kelab Upin & Ipin yang akan disiarkan di TV9. Bayangkan pula sekiranya filem kedua bakal ditayangkan nanti. Pasti ahli merupakan antara orang terawal yang dapat menonton. Banyak lagi kelebihan sebagai ahli dan saya bersama AJK Kelab Upin & Ipin akan merangka perancangan tahun baru ini dengan lebih baik.

Kaunter Jualan

Selama 5 hari kaunter jualan beroperasi, kaunter ini merupakan kaunter yang tidak pernah lengang. Kaunter ini yang menjual antara produk terbaru dengan harga yang sangat rendah. Ada juga beberapa produk terbaru ini yang saya sendiri pun tidak pernah nampak. Ada juga yang ditempah khusus untuk Karnival ini sahaja.

Kalau pengunjung datang ke kaunter jualan ini, rata-rata yang menjaganya ialah partimer yang terdiri dari student MSU ataupun PTPL. Adalah beberapa pekerja tetap yang mengawasi proses jual beli dan stok. Dengan setiap pembelian RM50 ke atas, pengunjung berpeluang pula untuk cabutan bertuah. Antara hadiah grand untuk cabutan bertuah ialah ground arrangement ke Gold Coast dan sebuah motor mini yang bernilai RM1,500. Wah, saya sendiri yang mengumumkan pemenang tempoh hari terasa sedikit iri hati. Takdelah, dah rezeki masing-masing.

Saya di booth Les’ Copaque Production


Bersambung…

549 total views, 1 views today

New Honda City

Alhamdullillah, rasanya sangat lama tak menulis di blog sendiri. Untuk seketika dah hampir terlupa ada blog ini. Tapi ada juga beberapa rakan blog yang mendesak supaya saya tidak berhenti dari menulis. Yela, banyak juga update yang nak saya kongsikan. Ada seorang rakan blog dah juga bekas rakan seperjuangan rasanya sejak dah berumah tangga ni blognya sudah lama tidak berupdate. Agaknya macam tulah orang dah berkeluarga. Tapi kali ini saya nak berkongsi mengenai perkara yang lain iaitu kereta yang baru saya beli. Ianya merupakan Honda City berwarna putih. Alhamdullilah, dah lama saya berangan nak beli baru sekarang dapat merasa.

Honda City

Warna Putih pilihan hati

Sebenarnya kereta lama saya (Satria) saya dah pakai lebih dari 4 tahun dan masa itu saya baru saja bekerja di Les’ Copaque. Saya pakai saja kereta mana yang mampu. Masa zaman tu saya mengidam nak beli Gen-2 sebab masa tu Gen-2 baru saja keluar. Tapi akhirnya sekrang dah berubah ke Honda. Erm, pertama kali saya pakai kereta ini tidaklah terasa kekok sangat atau tidak biasa drive. Mungkin sebab saya kadang-kadang dah biasa bawa pelbagai jenis kereta termasuklah kereta bos. Kereta warna putih ni nak jaganya susah sebab cepat kotor. Buat masa ini saya basuh kereta 2 kali seminggu. Banyakkan? Bukannya nak basuh sangat, cuma laluan saya tu selalu je kotor dan orang kat kawasan perumahan saya selalu buang macam-macam melalui tingkap. Uhuhuk.
Ambi Pur pilihan untuk pewangi kereta

Suka bangla ni basuh kete

P/S : Syukur

413 total views, no views today

Wedding Hakim di Galeri Shah Alam

Ish, ish… sungguh malas saya ni menulis blog. Dalam bulan May hanya 1 entry saja yang berjaya ditulis. Tapi memandangkan pada bulan Jun ini banyak event dan wedding yang akan saya hadiri jadi saya sambung entry baru kali ini dengan sambutan majlis perkahwinan Hakim. Wedding Hakim iaitu salah seorang staff LCP ni sebenarnya dah lama berlangsung, kalau ikutkan sekarang dah habis honeymoon pun. Persandingan Hakim bersama pasangannya iaitu Azra dilangsungkan di Galeri Shah Alam.

Antara staff LCP yang datang awal


Pasangan pengantin ketika standby


Pada pendapat saya warna purple ni memang cantik sangat dan sesuai dengan pasangan ni yang berkulit cerah. Selain memang saya juga suka warna purple, warna purple ni macam menaikkan warna majlis dan menyejukkan suasana walaupun masa tu tengah panas. Kalau saya tau theme colornya puprle mesti saya juga akan pakai purple. Hehe. Boleh tahan ramai juga staff LCP yang memeriahkan majlis ni. Selain sebab majlisnya dekat, masing2 nak juga lihat pasangan Hakim dari dekat. Yela, nak kenal-kenal.

Pengantin berarak ke dalam dewan

Di pintu gerbang

Majlisnya begitu santai dan meriah. Saya yang secara automaticnya melantik diri saya sebagai juru gambar semasa itu, memang tak sempat duduk diam. Juru gambar profesional wedding ni amik dari angle sini, saya pun amik ikut angle sini… melawan tu. Saya pun memang minat ambik gambar wedding dan sekadar suka-suka mencuba angle-angle yang berbeza. Lebih kurang sejam lebih rasanya kitaorang di sini, sedikit sebanyak dapatlah berkongsi kemeriahan majlis persandingan Hakim ni. Hakim ni actually, semasa wedding ni dia masih bekerja sebagai seorang web designer. Jadi saya sendiri banyak bekerjasama dengan dia.

Adam, Aliya dan Idaman ketika makan nasi minyak

Huyoo, camera Leica ni

Cameraman ketika mengambil gambar keluarga

Bergambar bersama-sama semua staff LCP

I was here

Ok, lastly nak ucapkan semoga berbahagia hendaknya pasangan ni. Saya mendoakan semoga berkekalan sampai ke anak cucu . Erm, lepas ni kita ke wedding sapa pula. Ha, tunggu!

723 total views, 3 views today

Press Conference Party Hip TV

Menarik sungguhlah sekali sekala buat (PC) Press Conference di Gloria Jean’s ni. Tempat pun santai, makanan pun free, artis pula ramai. Memang terbaik wok. Tapi kehadiran saya serta Upin & Ipin di PC ni sebenarnya ialah untuk memberitahu kepada pihakmedia mengenai calon2 anugerah HipTV yang pada masa saya menulis ini telah pun selesai. Upin & Ipin dicalonkan di Anugerah Artis Paling HIP sebaris dengan artis yang lain seperti Farah Fauzana dan ramai lagi. Keputusannya dimenangi oleh Farah Fauzana. Malam Anugerah itu pula saya tak dapat hadir kerana saya baru pulang dari Kedah untuk urusan lain. Jadi, saya sekadar dapat berkongsi mengenai suasana semasa PC nya aje.

Ipin ketika baru sampai

Diantara artis yang hadir dan turut dicalonkan


Kenapa ek Shiela bergambar pegang pipi,
nampak comel lagi kut
Bermula sekitar pukul 3 petang, PCnya sangat santai dan bersenang lenang. Aktiviti utamanya ialah bergambar bersama artis untuk pihak media meletakkannya di dalam media masing-masing nanti. Saya dan Afiq pula dipaksa untuk mempromokan Upin & Ipin supaya peminat boleh mengundi. Yelah, kalau nak suruh maskot, maskot mana boleh bercakap. Makruh. Mula-mula tu memang seganlah nak record sebab orang selalu kata saya tak muat masuk TV. Tapi, bila dah dapat mic tu, siap mic2 dia sekali saya pinjam untuk recording guna camera lain pula. Erm, tak perasan bila keluar TV.. tapi sepatutnya dah la.


Semua jenis air adalah free


Ada tak rupa macam calon Kak Ros
yang baru? huhu

Ketika sesi rakaman promo


Begitulah aktiviti rutinnya. Bergambar dan kemudian ditemuramah. Ramai kawan-kawan yang mengaitkan saya dengan kaki suka jumpa artis. Mungkin itu dulu, tapi sekarang ni saya rasa sudah agak biasa dan tidak terlalu teruja bila berjumpa dengan artis-artis. Mungkin kerana saya merasakan mereka juga adalah orang biasa. Ataupun mungkinkah saya sendiri sudah termasuk di dalam dunia artis. Oh tidak!. Kalau boleh nak saja saya tarik satu opis untuk berjumpa dengan artis yang dorang minat. Tapi tak mungkinlah nak buat macam tu.

Irma yang teruja dengan pipi Ipin


Mungkin muka kami kurang komersil
sebab tu tak menang. Ahaha

Apa-apa pun ramai juga kawan-kawan saya yang lain berpeluang ke Party Hip TV tempoh hari menggantikan saya. Biarkan mereka merasa melihat artis dari dekat. Erm, sampai di sini sajalah. Lepas ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya mengenai Talk yang saya buat di UiTM Kedah.

432 total views, 1 views today