Bagi yang mengikuti perkembangan fashion topi pasti ternanti-nanti cawangan terbaru “The Cap City” yang baru sahaja dilancarkan pada 20 Disember yang lalu. Cawangan ke 3 ini terletak di bahagian atas tingkat 3 Mid Valley Megamall di Bangsar. Pada hari pertama pembukaannya ramai peminat setia topi berjenama seperti New Era, DC dan Obey telah beratur panjang semata-mata untuk menjadi 30 pelanggan pertama yang berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dari The Cap City. 

capcity01

Cawangan Baru The Cap City

capcity03

Staff The Cap City yang setia menanti kunjungan anda

capcity06

Topi disusun pada rak kayu agar kelihatan nampak banyak pilihan

Apa yang saya suka mengenai The Cap City adalah mereka mempunyai banyak pilihan topi dari jenis snapback, strapback ataupun fullcap (fitted). Kalau peminat New Era pula, berpuluh-puluh pilihan rekaan New Era yang baru dan sentiasa dikemas kini setiap musim. Setiap topi di sini kebanyakkannya adalah rare dan hanya dikeluarkan beberapa unit saja. Jadi memang tak heranlah sekiranya terdapat pengumpul-pengumpul topi berjenama mahal ni sangat menjaga topi masing-masing.

Harga setiap satu topi ataupun cap di sini adalah sekitar RM120-RM180. Walaupun agak mahal, tetapi kualiti cap di sini sangat baik dan berkualiti.

capcity04

New Era X Marvel

capcity05

New Era X Starwars

capcity07

Banyak pilihan topi

capcity08

Topi Chicago Bulls ni nampak cantik juga

capcity09

NY anyone?

Memang rambang mata kalau masuk The Cap City ni sampai tak tahu nak pilih cap yang mana satu. Lebih-lebih lagi pada penghujung tahun ni The Cap City menawarkan diskaun sebanyak 50% buat pembelian cap ketiga dalam satu resit. Jadi kenalah beli 3 untuk dapatkan lebih penjimatan. Selain tu, The Cap City juga sedang menawarkan limited edition Cap Carrier ataupun beg untuk cap. Ha, nampak tu.. kalau dah sayang punya pasal, topi pun kena ada bag untuk simpan. Cap Carrier mempunyai beberapa pilihan kawasan simpanan iaitu untuk 2, 6 ataupun 24 topi.

capcity12

Pilihan-pilihan topi yang lain

capcity13

New Era X Starwars yang saya suka

capcity11

Pakaian juga dijual di sini

capcity02

Ini adalah beg untuk topi

newera

Jenis-jenis topi

Kepada yang ingin dapatkan info atau nak tengok-tengok pilihan cap yang ada bolehlah pergi ke online store mereka di

Website : http://www.thecapcity.com
Facebook : https://www.facebook.com/TheCapCity
Instagram : http://www.instagram.com/TheCapCity 

Alamat Cawangan The Cap City Mid Valley Megamall :

The Cap City,
3rd Floor (upstairs), South Court,
Mid Valley Megamall Bangsar

 

 

9,096 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge