Kalau biasanya saya bercerita mengenai makanan sedap-sedap di restoran ataupun di food festival tapi kali ni lain sedikit. Saya nak perkenalkan gerai makanan istimewa iaitu Chicken Chop Mak Wan yang terletak di Taman Melati. Sebenarnya bagi yang tinggal di kawasan Taman Melati, mesti dah kenal sangat dengan gerai Mak Wan ni sebab Mak Wan dah mula berniaga kat sini lebih dari 20 tahun. Lokasinya adalah di tapak pasar malam Taman Melati dan berhampiran dengan pasaraya TS Mega serta menghadap jalan utama.

Walaupun gerai Chicken Chop Mak Wan ni terkenal dikalangan penduduk berhampiran, tetapi gerai ni sebenarnya kecik saja dan nampak usang. Mesti ramai yang tak percaya kenapa saya cadangkan gerai Mak Wan ni kalau anda berpeluang ke sini. Walaupun gerainya nampak biasa-biasa saja, tapi rahsianya adalah pada kesedapan Chicken Chopnya. Teruskan membaca.

Chicken Chop Mak Wan

Suasana makan bersama keluarga

Chicken Chop Mak Wan

Set sepinggan Chicken Chop Mak Wan

Seingat saya pada beberapa tahun dulu, sepinggan Chicken Chop Mak Wan ni hanyalah RM10 sahaja. Tapi dengan kos yang tinggi sekarang ni, harga Chicken Chop dah dinaikkan ke RM12-14. Bagi saya takpe, sebab ianya masih sedap seperti dulu. Apa yang sedapnya Chicken Chop Mak Wan ni adalah pada ayamnya yang digoreng garing dan dimasak ala tempura. Ianya tak menggunakan breadcrumb yang kadang-kadang membuatkan kita cepat bosan. Ayamnya hanya akan dimasak bila kita order. Jadi masa ianya dihidangkan, Chicken Chop tu masih dalam keadaaan panas.

Advertisements

Baca : Bateriku.com bantu ketika bateri “kong”

Kuahnya pula mempunyai rasa yang sangat unik dan menjadi pelengkap kepada ayam yang rangup. Ianya ada sedikit rasa manis berempah tetapi mempunyai rasa pedas pada after tastenya. Ianya sungguh berbeza dengan rasa kuah chicken chop di tempat lain kerana ianya seolah-olah ada rasa resepi melayu.

Chicken Chop Mak Wan

Testur ayam yang garing dan ranggup

Chicken Chop Mak Wan

Kuah yang sedap, manis dan ada rasa pedas

Chicken Chop Mak Wan

Sat set Lamb Chop

Selain Chicken Chop, Lamb Chop juga amat terkenal kat sini. Satu set Lamp Chop di sini dihidangkan dengan 2 keping daging kambing yang lembut. Dengan menggunakan kuah yang sama, tiada apa-apa yang boleh saya katakan lagi.

Gerai Chicken Chop Mak Wan hanya beroperasi dari jam 8 malam sehingga jam 12 tengah malam saja. Oleh kerana perniagaan Chicken Chop ini diusahakan bersama anak Mak Wan secara kecil-kecilan, stok daging ayam dan kambing biasanya terhad. Mak Wan dah estimate berapa banyak pinggan ayam dan lamb untuk setiap hari dan biasanya Mak Wan hanya berniaga mengikut estimation sahaja. Jadi, jangan kecewa kalau anda datang pada jam 10malam dan balik dengan kecewa kerana stok dah habis.

Chicken Chop Mak Wan

Kuah yang sedap

Chicken Chop Mak Wan

Makan bersama kawan-kawan

Gerai Chicken Chop Mak Wan ni umpama salah satu gerai legend yang masih ada di Taman Melati. Dengan suasana gerai di tepi jalan seperti ini, jangan expect layanan 5 bintang diberikan. Mungkin kadang-kadang gerai tak buka, buka lambat atau orang buat air tak sampai lagi. Semuanya boleh berlaku tetapi janganlah kecewa kerana yang pasti rasa Chicken Chopnya tidak akan mengecewakan.

View di Google Map

 11,802 total views,  3 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.