Baru-baru ni saya ditawarkan perkhidmatan iflix PERCUMA selama setahun kerana saya merupakan salah seorang pelanggan UniFi. Tawaran ni memang sangat bermakna kerana saya sebenarnya sedang di dalam dilema samada ingin mula melanggan atau pun tidak selepas tamat tempoh percubaan. iflix secara peribadinya cukup bagus meskipun ramai yang membandingkannya dengan Netflix.

Banyak betul movie dan TV series di iflix sehingga saya rasa kalau saya langgan Netflix pula lagi, entah bila masa saya akan tengok. Ada banyak cara untuk menonton Netflix ataupun iflix dan anda boleh pilih mana-mana cara yang anda suka. Kali ni saya nak tunjukkan cara menggunakan Google Chromecast kerana saya rasa ianya lebih praktikal dan user friendly.

Chromecast iflix

Chromecast di dalam kotak

Chromecast iflix

Rupa chromecast

  1. Spesifikasi Chromecast
Chromecast iflix

Apa di dalam kotak

Mula-mula saya dapatkan Chromecast secara online di Lazada dengan harga RM149 sahaja. Sekarang sebenarnya dah ada Chromecast 2 tapi saya masih berkenan dengan Chromecast 1 kerana bentuknya yang lebih simple seakan-akan thumbdrive. Chromecast ni sangat ringan, mudah dibawa ke mana-mana tapi masih terasa sangat solid dan kuat. Di dalam kotak terdapat beberapa item lain seperti kabel penghubung, kabel USB dan juga plug. Walaupun nampak macam banyak benda, tapi tak semua kita perlukan sebenarnya. 

Advertisements
Chromecast iflix

Chromecast di pasang di port HDMI

2. Pasang pada port HDMI di TV

Pasangkan Chromecast di belakang TV pada port HDMI. Sebelum Chromecast boleh berfungsi, pasangkan kabel USB pada belakang Chromecast dan sambungkan kepada sumber tenaga samada pada plug dinding, USB port ataupun powerbank. Ye, betul! Gunakan sahaja USB port yang tak pakai tu untuk beri tenaga pada Chromecast. Sekiranya belakang TV agak sempit dan Chromecast agak susah untuk dipasang, gunakan kabel penghubung yang disediakan.

3. Connect pada smartphone

Langkah yang seterusnya adalah dengan menghubungkan smartphone dengan Chromecast. Melalui smartphone, pergi ke http://chromecast.com/setup dan mulakan proses setup. Langkah ini taklah terlalu susah namun begitu, Chromecast dan Smartphone mestilah menggunakan wifi yang sama. Ini adalah syarat wajib bagi keseluruhan proses menggunakan Chromecast. 

Proses setup pertama kali, akan makan masa sikit tapi selepas semuanya selesai kita dan boleh mula sediakan popcorn.

Chromecast iflix

Chromecast telah di sync dengan smartphone

Chromecast iflix

Menu iflix

4. Buka aplikasi iflix

Selepas berjaya menghubungkan Chromecast, terus buka aplikasi iflix dan pilihkan rancangan kegemaran. Bagi pengguna UniFi seperti saya, tak perlu daftar ataupun login iflix. Sekiranya kita menggunakan internet dari wifi UniFi, iflix akan terus detect dan memberikan langganan percuma. Ini adalah langkah wajib bagi memastikan tiada masalah dari segi langganan percuma iflix. Selepas cerita pilihan mula ditayangkan di smartphone, tekan ikon “cast” pada penghujung kanan atas skrin dan cerita tadi akan ditayangkan di kaca TV. Ketika ini, cerita tadi tidak akan ditayangkan di smartphone lagi tetapi telah bertukar kepada skrin informasi dan terdapat beberapa butang seperti butang “pause” dan sebagainya.

Selain iflix, sudah tentulah cara yang sama juga boleh digunakan untuk aplikasi Netflix dan YouTube.

Chromecast iflix

TV Series MR Robot dan subtitle

Chromecast iflix

Skrin smartphone akan menayangkan info sahaja

5. Lepak dan jom iflix

Apa yang saya suka mengenai iflix adalah sistemnya yang kemas dan sentiasa menawarkan cerita yang menarik. Selain itu, kebanyakkan TV series terkenal telah tersedia subtitle English bagi memudahkan kita. Sekiranya kita berhenti menonton pada pertengahan cerita dan menyambung semua pada keesokan harinya, iflix akan mencadangkan untuk sambung menonton dari saat kita berhenti.

 22,979 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.