“A Night In Spain”, begitulah tema makan malam yang diadakan di Corona Del Mar yang terletak di Kota Damansara. Sebenarnya makan malam ni adalah jemputan untuk para blogger dari seorang rakan blogger yang saya tak pernah jumpa iaitu Rayyan. Maka pada malam tersebut, berkumpullah bersama blogger-blogger kental yang kebanyakkannya sudah mengenali diantara satu sama lain. Saya ni kan blogger baru, jadi saya memang tak kenal sesiapa masa tu. Tapi nasib baik ada Sally, blogger yang saya baru kenal.

Tiada aktiviti khusus pada malam tersebut selain aktiviti makan. Setahu saya, Corona Del Mar ini dah lama beroperasi di Kota Damasara tetapi kali ini mereka nak menjemput blogger untuk merasai sendiri menu makanan mereka. Jom saya belanja tengok gambar makanan.

Corona Del Mar

A Night In Spain

Corona Del Mar

Suasana di dalam Corona Del Mar yang penuh dengan blogger

Corona Del Mar

Dayyan Harith, anak kepada blogger JMR23.com

Sebelum makanan dihidangkan, saya ditegur oleh salah seorang blogger yang saya tak kenal. (Okay, saya memang tak kenal semua orang kat situ masa tu). Rupanya blogger yang tegur saya adalah JMR23 yang terkenal sebagai Food Blogger. Dia kenal saya sebab pernah membaca blog saya mengenai GorPis.

Advertisements

Bercakap mengenai makanan di sini, Corona Del Mar menawarkan makanan mediterranean yang sedap dan menyelerakan. Setiap makanan yang dihidangkan didatangkan di dalam pinggan dengan set dan hiasan yang menarik. Di antara menu makanan yang saya suka adalah Paella de Marisco iaitu gabungan nasi istimewa bersama seafood seperti sotong, udang, mussels & kupang. Saya suka makanan ni sebab ianya sangat kaya dengan rasa rempah pada nasi tetapi ada rasa segar pada seafood.

Corona Del Mar

Charred Grilled Moroccan Chicken

Corona Del Mar

Seafood Bisque Soup

Corona Del Mar

Tapas

Selain tu, menu yang saya amat nanti-nantikan adalah Charred Grilled Moroccan Chicken iaitu maindish pada malam tersebut selain menjadi Chef Recommendation. Menu ini sangat sedap kerana isi ayam ini dipanggang terlebih dahulu dan dihidangkan bersama sos istimewa beserta sayur brokoli dan kentang.

Selepas itu adalah masa untuk Robo de Toro iaitu sajian stew ekor lembu. Walaupun portionnya nampak macam sikit, tapi rasa kuahnya sangat menyelerakan.

Corona Del Mar

Paella de Marisco

Corona Del Mar

Spaghetti Valencia menu vegeterian

Corona Del Mar

Spaghetti Valencia

Corona Del Mar

Robo de Toro

Corona Del Mar

Aksi Mrs Puex merakam video

Selain dari menu-menu ini sebenarnya banyak lagi menu istimewa di Corona Del Mar. Sesiapa yang menggemari makanan ala mediterranean bolehlah datang ke Corona Del Mar.

Alamat :

Corona del Mar Mediterranean Fine Dining
8-1, Jalan PJU 5/20D, The Strand, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor D.E.copyright

 3,774 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.