Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Kali ni saya sungguh excited nak berkongsi pengalaman berkaitan dengan acara larian yang terbaru saya sertai iaitu Coway Run 2017. Ini adalah larian ke 2 yang saya sertai selepas Spongebob Run 2017 pada bulan lepas. Apa yang membuatkan saya excited adalah kerana Coway Run ni pertama kali dianjurkan dan seperti mana yang kita tahu, jenama Coway ni sendiri adalah berasal dari Korea. Medalnya juga agak unik dan cantik serta dicipta berdasarkan dari bentuk titisan air. Semenjak beberapa bulan sebelum larian ni bermula lagi, pihak penganjur dah mula promote larian ni di media sosial dengan macam-macam pendekatan untuk create hype Coway Run 2017.

Kali ni saya sertai larian sejauh 10KM namun terdapat juga pilihan jarak untuk 5KM. Coway Run ni diadakan di The Starling Mall iaitu sebuah shopping mall baru di Damansara. Di antara kit larian yang diberikan adalah beg, tshirt, bib, tuala serta beberapa alat untuk rambut (Takde kaitan dengan larian).

Coway Run 2017

Race Kit Coway Run 2017

Coway Run 2017

Saya berada di sini seawal jam 6.30pagi

Coway Run 2017

Senaman panas badan

Macam biasalah kalau join larian, seawal jam 6 pagi lagi dah kena datang dan mulakan dengan senaman ringan serta taklimat oleh pihak penganjur. Boleh tahan ramai juga peserta untuk Coway Run ni dan kebanyakkanya memakai baju biru Coway. Memang tiada masalah parking kerana peserta boleh parking dikeliling kawasan kedai di sini ataupun di dalam Starling Mall  Mall ni sendiri.  Tak kurang juga yang begitu bersemangat untuk larian ni sehingga training bersungguh-sungguh sebelum memulakan larian. Berbeza dengan fun run yang biasa, Coway Run ni juga ada menawarkan hadiah kepada pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan. Saya memang takkan menanglah sebab nak join ni pun suka-suka.

Advertisements

Kami semua diflag-off pada jam 7.15am manakala peserta yang berlari untuk 5KM pula pada sekitar jam 7.30am.  Suasana ketika mulakan larian memang seronok dengan semua peserta bersorak-sorak. Bib saya kali ni mempunyai timing chip dibelakangnya dan rupanya benda ni digunakan untuk scan checkpoint kita. Proses scan checkpoint ni adalah menggunakan tempat seakan-akan bumper jalan raya ni. Apabila kita berlari di atas bumper ini ketika itulah checkpoint masa dicatatkan secara automatik.

Coway Run 2017

Method checkpoint

Coway Run 2017

Signboard direction

Perjalanan 10KM memang terasa jauh lebih-lebih lagi bagi saya ni yang bukanlah kaki lari sangat. Pada 3-4KM pertama saya banyak berlari tetapi selebihnya terpaksa berjalan sebab dah penat dan terlalu ramai orang. Selain tu juga, rupanya cabaran berlari di dalam bandar ni adalah cabaran lalu lintas. Walaupun ada petugas yang memantau lalu lintas, tapi saya sendiri kena selalu hati-hati kerana takut ada motor atau kenderaan yang laju dari arah bertentangan. Dibeberapa checkpoint, pihak penganjur menyediakan water station yang merupakan penapis Coway yang besar. Memang cantik dan comel Coway gergasi ni rasa nak buat mandi pun ada.

Kalau tak silap terdapat 2 hingga 3 water station disepanjang larian saya. Memang puas hati dapa basahkan tekak sambil menikmati air coway yang sihat ni.

Coway Run 2017

Water Station Coway

Coway Run 2017

Besarkan Coway ni?

Coway Run 2017

Lama-lama tu jalanje lah

Satu lagi perkara yang saya baru belajar tentang “pacer”. Pacer ni rupanya adalah beberapa orang yang telah dilantik berlari mengikut pace-pace tertentu. Contohnya ada pacer 5min 30 saat, pacer 6 minit, pacer 7 minit dan sebagainya. Sekiranya kita nak sampai ke garisan penamat dengan kelajuan tersebut, kita kena berlari dekat dengan pacer-pacer ni. Pacer ni dilabelkan dengan baju yang berbeza dan membawa belon. Saya jumpa pacer ni awal-awal je lepas tu dah hilang.

Seriously berlari 10KM di luar macam ni memang tak sama seperti di dalam Gym. Penat memang penat tapi rasa sangat happy sebab lari secara beramai-ramai macam ni. Dalam 1 jam 30 minit akhirnya saya sampai ke garisan penamat. Bukanlah masa yang sangat bagus ataupun patut dibanggakan, tapi dah sampai tu pun dah kira satu kejayaan.

Coway Run 2017

Lagi 1KM nak sampai

Coway Run 2017

Suasana bila ramai dah sampai

Medal 10KM finisher terus diberikan sebaik sahaja sampai ke garisan penamat. Terdapat sedikit makanan seperti pisang diberikan masa ni. Pisang pun dah kira cukuplah sebab saya tak sarapan pagi lagi masa ni. Bila dapat je medal tu rasa bangga sebab berjaya habiskan 10KM larian Coway Run 2017. Ketika ni waktu  belum pun masuk jam 9am tapi saya rasa perasaannya dah macam nak masuk tengahari.

Coway Run 2017

Yeah! 10KM

Coway Run 2017

Medalnya yang berbentuk titisan air

Coway Run 2017

Botol minuman Coway

Tak berapa lama lepas tu sesi penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menamatkan larian paling pantas. Memang cepat betul dorang ni lari. Bayangkanlah kebanyakkan orang tengah berlari pada 4-5KM, ada beberapa dari mereka ni dah habis lari dan menuju ke garisan penamat. Rata-rata pemenang larian ni berjaya menghabiskan larian 10KM dalam lingkungan 30-40minit sahaja. Ada juga yang berlari tak pakai kasut dan hanya berkaki ayam.

Akhir sekali saya sempat bergambar dengan 2 duta Coway Run 2017 iaitu Jordan Yeoh dan Carey Ng. Rupanya dorang ni pun join larian cuma saya yang tak nampak.

Coway Run 2017

Diantara pemenang Coway Run 2017

Coway Run 2017

[Kiri[ Bersama Carey Ng [Kanan] Bersama Jordan Yeoh

Tahniah kepada Coway Run 2017 dan pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan larian macam ni. Walaupun ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki tetapi secara keseluruhannya ini merupakan salah satu penganjuran acara larian yang berjaya.

 4,053 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.