Perth sememangnya salah satu destinasi impian saya dan ianya bagaikan mimpi bila dapat menjejakkan kaki ke sini. Berbeza dengan Melbourne ataupun Sydney, Perth terletak di barat Australia dan keadaan di Perth sangat tenang dan tidak sibuk. Suasana tenang dan nyaman terasa sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Perth. Penerbangan ke Perth dari KLIA mengambil masa lebih kurang 5 jam. Ini adalah pengalaman pertama saya di Perth dan saya sangat excited nak terokai apa yang menarik di Perth.

Perth

Pemandangan waktu pagi

Perth

Nama apartment yang saya duduk

Perth

Kawasan yang sungguh tenang

Saya menginap di The Peninsula Serviced Apartments yang terletak pinggir bandar Perth. Di hadapan Apartment saya, terdapat sebuah taman kecil yang cantik dan berlatar belakangkan dengan sebuah sungai (walaupun saya nampak macam tasik). Sungai ini merupakan salah satu lokasi terkenal di Perth iaitu Swan River. Ya Allah, cantik sungguh pemandangan waktu pagi dengan rumput yang hijau dan udara yang segar. Walaupun nampak macam tengah panas, tapi sebenarnya keadaan ketika ini sedang berangin dan sejuk.

Perth

Cantik betul pemandangan kat sini

Pemandangan di sini sungguh cantik dan semua orang sangat friendly. Ada saja yang menyapa “Good Morning” ataupun melambai tangan walaupun tak kenal dan pertama kali jumpa. Untuk ke bandar Perth, saya perlu menaiki Feri dari sini. Terdapat sebuah jeti di tepi tasik yang memerlukan 15 minit berjalan kaki ke sana. Saya tak kisah kerana setiap langkah ke sana bagaikan sedang melawat taman bunga kerana pemandang yang sunguh cantik.

Advertisements
Perth

Menuju ke Feri

Perth

Papan tanda berjalan kaki

Perth

Feri dah sampai

Perkhidmatan feri di sini sangat efisien dan mempunyai jadual tertentu. Tambang untuk saya ke seberang hanyalah AUS1.60 sahaja. Apa yang saya sangat kagum mengenai Perth adalah public transport mereka yang murah dan mudah. Seterusnya juga saya berpeluang menaiki bas serta teksi mereka. Dalam masa 10-15 minit saya pun dah sampai ke seberang. Sebaik sahaja sampai, saya terus terjumpa satu landmark yang sangat terkenal iaitu The Bell Tower. Saya dimaklumkan bangunan ini sangat terkenal dan mempunyai sejarahnya tersendiri.

Perth

The Bell Tower

Perth

Jalan kaki itu biasa

Perth

Suasana di London Court

Perth

Beli Cenderamata

Untuk ke lokasi yang saya nak pergi tu saya kena berjalan kaki lagi. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki, akhirnya sampai di London Court iaitu kawasan yang seakan-akan berada di London. Ini merupakan landmark dan kawasan yang wajib datang kalau datang ke Perth. Semua bangunan kat sini cantik-cantik dan masih mengekalkan ciri-ciri bangunan lama. Di sekitar kawasan ni juga ada shopping mall dan banyak kedai-kedai unik dan menarik. Kalau nak beli souvenir pun banyak pilihan kat sini.

Seterusnya saya menuju ke Fremantle untuk mencari lobster yang terkenal di Perth. Saya menaiki train untuk ke sana sebab kawasannya agak jauh sikit dari pusat bandar Perth. Perjalanan di dalam train memakan masa lebih kurang 30 minit dan saya di bawa ke kawasan tepi pandai dan juga perlabuhan kapal. Memang berbeza pemandangan kat sini namun masih cantik dengan pemandangan laut yang biru.

Perth

Menaiki train

Perth

Jalan kaki lagi

Perth

Esplanade

Perth

Pemandangan di luar Kailis

Perth

Seagull

Misi mencari Lobster akhirnya berakhir di restoran Kailis Fish Market Cafe yang terletak betul-betul ditepi pantai dengan pemandangan yang sungguh cantik. Kawasan perairannya begitu tenang dan cantik ditambah pula deretan kapal yang sedang “parking” di sini. Banyak juga burung seagull seolah-olah berpesta kat sini. Cantik betul dah macam dalam cerita “Finding Nemo”. Walaupun seagull ni nampak sangat cantik, tapi orang-orang kat sini melarang pengunjung memberi makanan. Oleh kerana seagull ni dah terlalu banyak, orang tempatan dah rasa ianya macam kucing yang tengah tunggu dan nak curi makanan kita atas meja. Jadi pantang ada benda jatuh je, seagull ni cepat je terbang dan ambil makanan kita.

Perth

Bergambar di tepi jeti

Perth

Macam-macam pilihan seafood

Perth

Ikan pun ada

Perth

Set Lobster

Itu dia makanan seafood segar kat sini. Macam-macam jenis ikan, sotong, ketam dan sudah tentunya lobster juga turut dijual di sini. Kita boleh pilih sendiri apa yang kita nak makan dan mereka akan masakkan mengikut pilihan kita. Tapi semuanya masakan westernlah, takde ikan 3 rasa kat sini. Lobster kat sini memang rasa sangat sangat sedap dan isinya sangat manis dan juicy. Mungkin sebab ianya dah sememangnya segar jadi masak apa pun sedap. Saya tak ingat berapa harga sepinggan lobster ni, tapi yang pasti ianya tidak murah. (Nasib baik ada orang belanja)

Perth

Set Fish and Chips

Video Cuti di Perth

Jangan lupa SUBSCRIBE YouTube Channel http://mohdzarin.com/youtube

 11,793 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.