Sambungan dari percutian di Perth (Part 1) di mana saya sempat berjalan-jalan di Fremantle dan kawasan sekitarnya. Kat sini memang sangat santai dan dah macam melawat ke Central Market sebab boleh tahan ramai juga yang buat persembahan jalanan seperti menyanyi dan bermain alat muzik. Terdapat sebuah “pasar” kat sini yang juga seakan-akan Central Market yang menjual barangan seni seperti lukisan, boomerang, cenderamata dan macam-macam lagi. Lokasi ni saya rasa lokasi wajib kalau sesiapa yang datang ke kawasan ni.
Seterusnya adalah masa yang semua orang suka iaitu “Shopping Time”. Saya berpeluang ke Harbour Town iaitu sebuah tempat seperti premium outlet di Australia. Secara peribadinya, saya sangat suka dengan Harbour Town ni sebab saya rasa barang kat sini jauh lagi murah dan banyak saiz besar-besar (oops). Memang selesa shopping kat sini dan rasanya kalau habiskan seharian kat sini pun tak terasa.
Sesetengah barangan akan dijual lebih murah pada mengikut musim-musim tertentu. Bukan saja pakaian, tapi pingan mangkuk yang berwarna-warni pun ada juga dijuga kat sini. Selain tu juga, saya suka kat sini sebab ada kedai games yang menjual games PS4 dan sebagainya dengan harga yang lebih murah. Berbeza dengan di Malaysia, kedai games di Australia ada konsep membership, trade grames, jual beli 2nd hand games dan macam-macam lagi.
Seterusnya saya ke Kings Park yang terletak agak jauh dari kawasan hotel saya. Kat sini sebenarnya adalah taman yang sangat terkenal sebab di kalangan orang Malaysia sebab kat sinilah lokasi cerita Adam dan Hawa berlakon. Bila sampai kat sini masing-masing nak bergambar macam Aaron Aziz sebab suasana kat sini sangat cantik. Kings Park ni sendiri dah memang cantik dengan landscape yang menghijau, ditambah pula dengan pemandangan bandar Perth dari atas bukit di Kings Park.
Walaupun cuaca ketika ni nampak macam panas, tapi sebenarnya ketika ni sangat selesa dengan ada angin-angin sepoi bahasa.
Kawasan Kings Park ni sangat luas dan besar. Pendek kata memang tak cukup sejam kalau nak berjalan sekeliling Kings Park ni. Saya sangat suka Kings Park sebab di sini juga terdapat banyak bunga-bunga yang cantik seperti Daisy dan banyak lagi. Semua bunga kat sini masa tu tengah mengembang dan terdapat dalam pelbagai warna.
Walaupun saya dah berada di Perth selama 5 hari, tapi rasa macam tak puas dan tak cukup mengembara dunia Perth. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan menjejakkan kaki lagi ke sini. Bagi sesiapa yang ingin melancong ke Perth, bolehlah cuba aplikasi dari HotelsCombined untuk membanding harga hotel dan dapat kadar terbaik.
Video Cuti di Perth
Jangan lupa SUBSCRIBE YouTube Channel http://mohdzarin.com/youtube
23,514 total views, 11 views today
Salam. Nak tanya berapa harga games ps4 ori and preowned kat sana. boleh bagi nama gamestore sekali x?
Dia dibahagi ikut kategori harga. Ada yang 10AUD..etc..20AUD.. boleh try tengok EB Games
mana part 1?
Oh sorry, 2-3 kali click keluar error. Internet sendiri yg problem rupenye….hahhaa….thanks for the input. Sangat bermanfaat.
Salam,
Habour Town & Watertown Brand Outlet ni tempat yg sama ke?
Tempat berbeza
Dulu harbour town dan sekarang dikenali sebagai water town. Tempatnya sama dan bukan 2 tempat berbeza.
sorry bro,
boleh dapat itenery perth tak…
nak tamabah lebih kurang..ckit ckit
terima kasih….
kalau boleh email direct saya,tq
Berapa harga ps4 disana
Hai..boleh share itenary fadzlinaziz95@yahoo.com
InshaAllah lagi beberapa hari nak pegi sana..tq for info..
penulis blog seciput awal… rosapegitravel.blogspot.com