Pada tahun lepas, Les’ Copaque Production telahpun menyiarkan animasi pendek yang bertajuk “DaDuDiDo” di saluran YouTube Les’ Copaque (http://youtube.com/lescopaque). Animasi berdurasi 1 minit ini telahpun ditonton oleh berpuluh ribu peminat animasi bukan sahaja dari Malaysia. Animasi ini diterbitkan dan disiar secara eksklusif hanya di saluran YouTube Les’ Copaque.

DaDuDiDo

Pada tahun ini, Les’ Copaque Production sekali lagi menerbitkan musim ke 2 “DaDuDiDo” yang juga disiarkan diplatform yang sama. Episod baru kali ini masih mengekalkan 4 watak utama iaitu Da, Du, Di dan Do di dalam dunia fantasi mereka. Terdapat 6 episod secara keseluruhan dan akan mula disiarkan bermula pada 1 Mei 2015.

DaDuDiDo screenshot01

Pengenalan Watak
“DaDuDiDo” merupakan satu animasi pendek tentang empat kawan: api yang bernama Da, angin yang bernama Du, air yang bernama Di, dan tanah yang bernama Do. Mereka hidup dalam habitat yang cantik dan kecil. Walaupun mempunyai perbezaan perwatakan dan personaliti, mereka tetap hidup bersama dengan harmoni. Kehidupan mereka dipenuhi dengan rasa ingin tahu, keseronokan dan pengembaraan. Mereka juga tidak sabar untuk mempelajari benda baru dan bagaimana ianya berfungsi.

Dipupuk dengan nilai-nilai persahabatan dan di penuhi dengan jenaka dan tindakan, ‘DaDuDiDo’ sesuatu yang membuatkan seluruh keluarga boleh gembira bersama.
screenshot04 screenshot05 screenshot08 screenshot09

screenshot06

Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/dadudido
YouTube Channel : http://youtube.com/lescopaque

 

2,380 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge