Selain Puteri Harbour terkenal dengan Hello Kitty Town dan Legoland, ada satu lagi tarikan menarik apabila berkunjung ke sini. Siapa pernah dengar mengenai DC Comic Super Heroes? Di sini menjual semua barangan original dari watak super heroes DC Comic seperti Batman dan Superman. Tapi yang menjadi keunikan di sini adalah, cawangan di Puteri Harbour ini dilengkapi dengan ruangan kafe sekali. Saya dimaklumkan ada macam-macam makanan berkonsepkan super heroes. Mungkin lepas makan atau minum di sini kita boleh jadi kuat macam Superman.

Jom kita masuk dan tengok sendiri~!

Baca Mengenai : Hotel Jen Puteri Harbour
DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Superman tunggu di pintu masuk

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Diantara merchandise yang dijual

Seperti cawangan DC Comic Super Heroes yang lain, di sini juga menjual macam-macam merchandise yang cantik- cantik dan terkini. Banyak pilihan dari orang dewasa hinggalah kepada kanak-kanak. Kebanyakkan merchandise yang dijual di sini memang sangat rare dan eksklusif. Saya sendiri rasa gatal tangan je nak beli.

Selain dari tu, banyak figurine besar dan kecil yang digunakan bagi memberikan mood super heroes. Okay, figurine ni semua tak dijual dan hanya untuk perhiasan sahaja. Jadi kita hanya dibenarkan ambil gambar sahaja. Kalau dah jual, dah tentu saya nak beli Batmobile yang turut diletakkan di dalam kedai Super Heroes ini.

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Bila Batman lawan Superman pulak

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Batmobile

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Mug pelbagai design

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Comel tak

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Ni Batman punya juga

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Juice yang terkenal di sini

Kedainya tidaklah terlalu besar tapi dah cukup untuk buat rambang mata. Seperti yang saya ceritakan, tujuan asal ke sini bukan nak membeli sangat tapi saya nak lihat sendiri menu istimewa super heroes di sini. Kebanyakkan menu makanan kat sini menggunakan logo super heroes dan disesuaikan dengan rupa makanan. Secara putaranya, harga makanan di sini adalah sekitar RM15-RM25. Saya boleh katakan kesemua jenis makanan di sini adalah berkonsepkan western dan moden. Yela, takkan Superman makan nasi lemak pulakkan.

Oleh kerana setiap makanan itu mempunyai design-design tertentu, jadi proses untuk menyediakan makanan adalah lebih lama. Jadi expect untuk tunggu lama sedikit bila selepas buat order makanan.

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Jom tengok menu

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Suasana di dalam DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Okay jadi inilah dia sandwich Batman yang saya order. Walaupun nampak macam biasa je, tapi saya tunggu sandwich ni hampir 40 minit tau. Takpelah,  nampak bukan senang nak hasilkan logo Batman pada roti sandwich tu. Logo Batman memang nampak cantik dengan hiasan sandwich yang nampak segar dan menyelerakan.

Kalau nak kongsikan mengenai rasa pula, bagi saya rasanya biasa saja.

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Menu makanan saya

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Sandwich Batman dengan kentang goreng

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Coffee Batman, nampak cantik tak?

DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Saya di pintu masuk DC Comics Super Heroes Puteri Harbour

Selain itu, saya juga order Coffee Batman ni. Cantik tak coffee ni? Mungkin orang ramai tak tahu , saya memang peminat Batman sebab tu semua hidangan yang saya pilih ni berkonsepkan Batman. Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai sendiri makanan Super Heroes bolehlah datang ke Puteri Harbour. Bagi yang duduk disekitar KL pula, sebenarnya ada satu lagi cawangan di Sunway Putra Mall.

Jangan lupa LIKE dan SHARE artikel ini kalau anda rasa menarik.

 

7,218 total views, 2 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge