Blog MohdZarin.com telah dijemput untuk menjadi salah seorang diantara 15 blogger bertuah untuk menyertai InnoLifestyle Blogger Boot Camp. Bertempat di The Cooking House, Bangsar, acara ini bertujuan untuk mempromosikan Dell Inspiron 23 All-in-One Desktop selain mengadakan sesi suai kenal bersama blogger. Terdapat beberapa acara yang telah diaturkan dan dengar kata blogger bertuah bakal memenangi sebuah komputer Dell Inspiron All-in-One. Siapa yang bertuah tu? Teruskan membaca.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Baki Zainal sebagai pengacara

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Wakil dari Dell Malaysia

Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp diacarakan oleh pengacara terkenal iaitu Baki Zainal. Ketua Pemasaran dan Jenama Dell Malaysia iaitu Mr. Christopher memberi penerangan mengenai produk terbaru mereka iaitu Dell Inspiron 23 7000 All-In-One Desktop. Untuk mengetahui mengenai spesifikasi terperinci mengenai komputer ini bolehlah baca di entri saya yang lepas.

Namun begitu, terdapat beberapa kelebihan pada komputer ini yang hanya saya ketahui selepas penerangan dari pihak Dell. Diantaranya adalah teknologi Intel RealSense yang dilengkapi pada kamera komputer ini. Teknologi ini membolehkan kamera pada komputer mengesan keseluruhan pergerakkan pengguna termasuklah pergerakkan tangan bagi beberapa aplikasi tertentu.

Advertisements
Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Ms. Natalie Saw wakil dari Intel Electronic

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Teknologi 3D Capture

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Dell Inspiron 23 7000

Teknologi ini seakan-akan sama dengan teknologi pada konsol Wii dan beberapa konsol permainan yang lain. Dengan teknologi ini pengguna akan dapat berinteraksi dengan komputer secara maya.

[wc_testimonial by=”Mr. Christopher, Dell Malaysia” url=”” position=”left”]”Inilah komputer masa depan”[/wc_testimonial]
Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Bingkai monitor yang kemas dan nampak premium

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Dikuasakan oleh Intel i7

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Teknologi 3D Capture pada wajah

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Logo Dell pada belakang skrin Dell Inspiron 23 7000

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Beberapa button pada sisi Dell Inspiron 23 700

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Terdapat 4 USB, HDMI pada sisi belakang

Selain itu, teknologi kamera pada komputer ini bukan sahaja untuk tujuan webcam tetapi ianya juga mampu melakukan 3D capture yang kemudiannya boleh dimanipulasi untuk tujuan permainan ataupun social sharing. Bagi pendapat saya Dell Inspiron 23 7000 merupakan sebuah komputer All-In-One yang sangat compact dan menarik. Ianya juga berteknologi tinggi sesuai dengan trend masa kini. Apa tah lagi dengan teknologi touchscreen, ianya sangat menggoda.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Port yang minimal pada sisi

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Mr. Christopher juga turut ditemuramah oleh pihak media

Team Game

Selain dari penerangan terperinci mengenai Dell Inspiron 23 7000, acara InnoLifestyle Bloggers Boot Camp ini juga memberi peluang kepada blogger untuk memenangi satu unit komputer Dell All-in-One. Terdapat 2 permainan kumpulan yang mana setiap kumpulan berpeluang untuk bawa pulang Dell Inspiron 20 3000 All-In-One. Dell Inspiron 20 3000 sedikit berbeza dengan Dell Inspiron 23 7000 yang mana Dell Inspiron 20 ini lebih kepada penggunaan home user.

Rupa bentuk Dell Inspiron 20 3000 juga sangat berbeza dengan Dell Inspiron 23 7000 tetapi masih mengekalkan ciri-ciri touch screen. Game yang pertama adalah game “Baking Mad” iaitu aktiviti memasak.

Baking Mad

Tugasan kami adalah kena hasilkan Banana Muffin dan Butter Cookies dalam tempoh masa yang diberikan. Saya diletakkan di dalam kumpulan yang sama dengan  Mr Jocko dan BroFramestone. Bukan saya saja yang panik, rupanya Food Blogger Hazman Fadzil pun dah panik sebab nak kena buat Banana Muffin. Dia kata dia hanya Food Blogger yang pandai makan saja, bukan memasak.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Mr Jocko dan Broframestone sedang sibuk bermain dengan Dell Inspiron

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

MohdZarin.com pada skrin Dell Inspiron 20 3000

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Penerangan sebelum memulakan aktiviti memasak

Mula-mula semua blogger terfikir, kenapalah event Dell tapi kena memasak. Rupanya penggunaan Dell Inspiron 20 turut diterapkan di dalam proses memasak seperti mencari resepi dan Skype dengan Chef. Pada awal proses memasak, kebanyakkan blogger memang tak tau apa nak kena buat. Walaupun nampak macam simple, tapi dengan tekanan dan suasana yang riuh menyebabkan tiba-tiba blank tak tau nak buat apa.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Chef memberi beberapa tip

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Bersama rakan kumpulan sedang merancang sebelum mula memasak

Kumpulan saya mula dengan membuat Banana Muffin. Dengan berpandukan resepi sebagai rujukan, kami timbang bahan-bahan mengikut sukatan. Dalam masa tengah fokus buat muffin, tiba-tiba pihak juri memaklumkan hanya tinggal 15 minit sahaja lagi masa yang tinggal. Barulah kami perasan, Butter Cookies tak sentuh apa lagi.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Team 2

Dalam kumpulan saya, Mr Jocko yang paling berpengalaman memasak kek. Mungkin dari gaya dia membaca resepi dan memberi arahan. Saya dan Broframestone lebih kepada tugas membantu seperti proses penyediaan, mengaul dan sebagainya. Tak sangka Banana Muffin yang dah siap nampak sangat menyelerakan dan sedap.

Oleh kerana kesuntukan masa, kami tak sempat untuk fokus kepada Butter Cookies. Apa yang siap tu pun dah kira cukup-cukup dengan tempoh masa yang diberikan.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Banana Muffin nampak sedap tak?

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Banana Muffin yang telah dihias

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Banana Muffin

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Butter Cookies yang siap last minit

Ketika proses pengadilan, chef memberitahu Banana Muffin kami adalah yang paling sedap. Rasa lega sebab chef suka dengan hasil kumpulan kami. Walaupun bagaimanapun markah keseluruhan dikira dari segi kesedapan makanan serta kreativiti pada hiasan pinggan. Nak tahu siapa yang menang? Teruskan membaca.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Chef sedang memberi komen kepada kumpulan lain

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Baki Zainal pun nak rasa masakan blogger

The AIO Mastermind

Belumpun habis penat dengan aktiviti memasak tadi, aktiviti yang seterusnya dimulakan. Kali ini adalah aktiviti yang dipanggil nama The AIO Mastermind. Aktiviti ini sebenarnya adalah persembahan kumpulan mengenai produk Dell Inspiron 20 3000 secara kreatif. Selain dari penggunaan komputer biasa, apakah lagi yang boleh digunakan dengan Dell Inspiron 20 3000.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

SmallnHot.com dan Lowyat.net sedang memberi persembahan

Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit untuk membuat persembahan. Secara jujurnya kami semua dah takde idea masa tu tapi masing-masing bersemangat untuk menang.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Setiap blogger harus memberi persembahan secara kreatif

Keputusan

Hampir separuh hari rupanya saya dah berada di sini dan kini tibalah untuk pengumuman pemenang. Untuk aktiviti memasak, kumpulan 5 telah dipilih sebagai juara. Kumpulan 5 dianggotai oleh blogger Lowyat.net dan SmallnHot.com . Manakala untuk aktiviti The AIO Mastermind pula, kumpulan saya yang telah menang. Kami menangi voucher IKEA sebanyak RM100 setiap seorang. Best betul~

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Menang voucher IKEA RM100 setiap seorang

Untuk hadiah utama pula, kumpulan 5 telah berjaya memenangi Dell Inspiron 20 3000 setiap seorang. Wah, bertuahnya. Walaupun kumpulan kami hanya selangkah saja lagi untuk dinobatkan sebagai juara tapi mungkin tiada rezeki. Saya tetap berterima masih kepada ahli kumpulan saya yang sangat sporting dan memberi kerjasama yang tinggi.

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Tahniah kepada pemenang utama

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Semua blogger yang hadir

Dell InnoLifestyle Blogger Boot Camp

Doorgift dari Dell

Terima kasih kepada Dell Malaysia kerana telah menjemput saya untuk acara ini. Jangan lupa untuk ikuti Dell Malaysia di Facebook dan laman web rasmi mereka.

 2,972 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.