Walaupun kita dah beberapa hari menyambut 31 Ogos, namun saya masih terasa lagi semangat Merdeka. Saya rasa kebanyakkan dari peserta persembahan Hari Merdeka pasti mempunyai perasaan yang sama. Ini adalah kerana semuanya telah bertungkus lumus selama lebih kurang 3 bulan untuk pelbagai jenis latihan dan perancangan. Alhamdullilah, semuanya telah selesai dengan jayanya. Saya masih teringat detik-detik persembahan Hari Merdeka dan apa yang berlaku di belakang pentas utama. Calltime pukul 3 – 4 pagi sudah terasa biasa kerana sudah hampir seminggu saya melaluinya. Saya dan krew Les’ Copaque kebanyakkannya tidur di hotel sekitar Dataran Merdeka untuk menjimatkan masa dan mengelak jem. Kebanyakkan petugas seperti cikgu, pelajar, polis dan pegawai kerajaan juga bermalam di sekitar hotel di Dataran Merdeka.

Sebelum jam 6 pagi lagi seorang demi seorang peserta mengambil posisi masing-masing. Tepat jam 6.30 pagi tiada lagi pelajar yang boleh bergerak dan semuanya harus sudah berada ditempat yang telah ditetapkan. Walaupun siaran langsung hanya bermula pada jam 8 pagi tetapi persediaan awal dan latihan pagi harus dimulakan. Saya kagum dengan pelajar-pelajar yang menyertai persembahan kerana mereka harus lebih awal berada di sekolah masing-masing iaitu sekitar jam 3 pagi sekiranya mereka datang ke Dataran menaiki bas sekolah.

merdeka01

Pelajar mula memenuhi Dataran Merdeka pada awal pagi

merdeka06

Petugas JPAM bersiap sedia

merdeka05

Diantara barisan cikgu-cikgu

merdeka04

Peserta dengan pakaian masing-masing

merdeka03

[Kiri] Hafiz [Kanan] Ah Wei

merdeka02

Suasana di dalam khemah

Petugas-petugas lain juga harus berada di Dataran Merdeka sekitar waktu 6 pagi walaupun tidak memerlukan latihan awal pagi. Jalan-jalan utama ditutup seawal jam 6 dan untuk memang agak mustahil untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka selepas waktu itu selain menggunakan pengangkutan awam. Di dalam khemah Les’ Copaque juga, kami mengadakan briefing setiap hari bagi mengemaskini semula dan memperbaiki kekurangan pada fasa raptai. Yang hairannya, perasaan pada hari merdeka tidaklah begitu nervous. Mungkin kerana kami semua telah melalui raptai penuh pada beberapa hari sebelumnya dan sudah faham mengenai jadual acara. Pada hari tersebut, kami lebih banyak menghabiskan sesi pagi dengan bergambar dengan menikmati keindahan sekeliling. Tak sangka, begitu ramai orang yang datang pada awal pagi untuk menyaksikan perarakan Merdeka. Saya dan kebanyakkan peserta yang sedang berada di belakang pentas tidak dapat langsung menonton apa yang sedang berlaku dan hanya menonton TV Besar di Dataran bagi mengetahui perkembangan.

Advertisements
merdeka07

Krew TV3 bersedia dengan kamera pada awal pagi

merdeka08

Diantara krew Les’ Copaque yang membantu

merdeka09

Saya dan Kak Ros baru (Nesya)

merdeka10

Bersama Mei Mei… Saya suka… saya suka

merdeka11

Candid sangat…

merdeka12

Bersama dengan “Susanti”

Seperti yang kita tahu, Upin & Ipin merupakan salah satu keunikkan pada persembahan Merdeka kali ini. Animasi Upin & Ipin dipersembahkan di skrin gergasi yang panjang selama 15 minit. Animasi ini bukanlah dari animasi lama tetapi ianya dibuat khas semata-mata untuk Hari Merdeka pada tahun ini dalam tempoh kurang dari sebulan. Upin & Ipin ditampilkan sebagai hos dan menceritakan mengenai semangat kemerdekaan mereka. Mereka juga menyanyi beberapa lagu patriotik seperti Kami Anak Malaysia, Joget Malaysia dan Warisan. Pelajar-pelajar pula menyampaikan apa yang diceritakan oleh Upin & Ipin di dalam bentuk formasi dan grafik teres. Kesinambungan penceritaan ini sungguh cantik dan sangat unik. Tiada sesebuah negarapun yang pernah menggunakan watak animasi sebagai acara pada Hari Merdeka di negara mereka. Saya rasa sangat kagum ketika persembahan ini secara keseluruhan dan menyaksikan betapa bersemangatnya pelajar-pelajar ni semua. Tak sangka lagu Upin & Ipin seperti Lagu Tema dan Lagu Kerja-Kerja dimainkan serentak di seluruh negara pada hari yang bersejarah.

Pujian melambung juga harus diberikan pada cikgu-cikgu mereka yang tidak kenal erti mengalah. Ketika anak-anak murid mereka sedang membuat persembahan di pentas, merekalah yang menjerit memberi kata-kata semangat di tepi pentas dan merekalah yang menjadi “runner” untuk apa-apa saja barang sokongan yang diperlukan di atas pentas. Tidak kurang juga ada beberapa orang guru yang ditugaskan untuk memberi panduan disepanjang persembahan Hari Merdeka dan mereka berdiri di platform yang tinggi. Guru-guru ini tidak duduk langsung sekurang-kurang 3 jam dan terus memberi panduan tarian dan arahan kepada pelajar.

merdeka13

Orang ramai memenuhi Dataran Merdeka

merdeka14

Skrin besar pertama kali digunakan

merdeka15

Pengunjung memanjat apa saja untuk mendapatkan view yang cantik

merdeka16

Selfie dan Monopod

merdeka17

Wartawan barat juga berada di Dataran Merdeka

merdeka18

Skrin TV di dataran merdeka

merdeka19

Cikgu sedang memberi pelajar yang tertinggal sarung tangan

merdeka20

Pelajar sedang membaca ikrar

merdeka21

Guru bertugas memberi arahan dan panduan tarian

 

Walaupun keadaan di atas pentas nampak seperti terkawal dari kaca TV, tetapi hakikatnya keadaan di sebelah kiri dan kanan pentas seperti “kapal karam”. Proses menukar props dan pakaian harus dilakukan dengan sangat cepat dan pantas. Mereka akan berlari turun ke pentas untuk bertukar dengan kumpulan yang lain pula. Kadang-kadang ada diantara mereka yang berlanggar diantara satu sama lain dan terjatuh. Saya kesian tengok mereka terjatuh tetapi dengan semangat yang ada pada mereka, mereka terus bangun semula dan menyambung pergerakan sambil tangan di dahi. Tidak kurang juga ada beberapa orang pelajar yang pengsan kerana tidak cukup bertenaga ataupun tidak mengambil sarapan pagi. Apabila kejadian ini berlaku, cikgu akan mendukung cepat-cepat pelajar ini keluar dan pelajar gantian akan cepat-cepat menggantikan pelajar itu tadi.

Maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan juga adalah di antara tarikan utama pada sambutan Hari Merdeka. Walaupun mereka muncul sebagai watak maskot tetapi role mereka sangat besar.  Upin, Ipin serta 10 lagi maskot yang lain bukanlah boneka biasa yang muncul pada hari Merdeka. Mereka menggambarkan kanak-kanak zaman sekarang dan pelapis baru yang mampu memimpin negara. Mungkin kanak-kanak yang datang ke Dataran tahun ini untuk berjumpa dengan Upin & Ipin tidak tahu lagi apa erti Merdeka. Tetapi pasti mereka tertanya-tanya kenapa Upin & Ipin begitu semangat menyambut merdeka. Mungkin pada detik inilah yang mereka akan cuba memahami dan mendalami erti kemerdekaan. Selain itu, animasi Upin & Ipin merupakan bukti kejayaan negara Malaysia di dalam bidang teknologi dan kreatif. Sebab itulah Upin & Ipin diangkat sebegitu besar pada Hari Merdeka pada tahun ini.

merdeka24

Pelajar menari dan berlari mengikut animasi Upin Ipin diskrin

merdeka25

Maskot Upin yang pandai berlakon

merdeka26

VVIP sedang menonton persembahan

merdeka27

Tarian untuk segment kerja-kerja

merdeka28

Tempat menunggu di tepi pentas pun diserang peminat

merdeka29

Suasana ketika memasuki pentas

merdeka30

Asyiela Putri bersama Upin mengibarkan Jalur Gemilang

merdeka31

Pakaian unik Jalur Gemilang

Terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana telah memberi peluang ini. Terima kasih kepada semua jabatan seperti JKKN, FINAS, JPM dan semua yang telah membantu. Menjadi sebagai salah seorang Belakang Tabir ketika Hari Merdeka bukanlah peluang yang akan datang pada setiap tahun. Saya bersyukur mendapat peluang ini.

p/s : Nantikan Karnival Upin & Ipin pada bulan November nanti

 

 

 15,895 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.