Salah satu sebab utama orang datang ke Disneyland adalah sudah tentu untuk melihat Disneyland Parade yang sangat menarik dan unik. Disneyland Parade amat berbeza dengan parade di themepark lain kerana mereka mempunyai pengisian dan kualiti persembahan yang berbeza-beza setiap musim dan tempat. Ketika saya berada di Disneyland Tokyo, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat apakah kelainan parade di sini.

Parade di Disneyland Tokyo diadakan 2 kali setiap hari iaitu sekitar jam 12.30pm dan sekitar jam8pm. Bagi yang meminati parade dan watak-watak Disney, saya sarankan tengoklah kedua-dua sesi ini kerana ianya sangat berbeza dan rugi besar kalau tak tengok.

Disneyland Tokyo

Orang ramai sedang menunggu

Disneyland Tokyo

Parade yang bertemakan Easter

Disneyland Tokyo

Lakonan seolah-olah ingin mengadakan perlumbaan

Disneyland Tokyo

Gadis Jepun dengan Pentax Pink

Sejam sebelum parade lagi orang dah ramai duduk di kiri dan kanan jalan raya bagi mengambil tempat masing-masing. Di Jepun ni, saya rasa suasananya begitu santai sekali sebab mereka tidak berpusu-pusu untuk berebut tempat malahan semuanya dalam keadaan teratur. Ada yang siap-siap bawa kain dan mereka dah tau angle mana yang cantik untuk menonton ataupun mengambil gambar. Sebenarnya kita boleh nampak parade ni tak kisah ketika berada di bahagian mana-mana di dalam Disneyland Tokyo kerana perjalanan parade ini adalah bermula dari belakang sekali dan akan melalui jalan utama.

Disneyland Tokyo

Donald Duck juga turut ada

Kebetulan masa saya datang ke sini adalah musim Easter Egg, jadi paradenya adalah bertemakan perlumbaan perayaan Easter. Memang cantik sekali design dan binaan kereta berhias Disney Parade dan ianya nampak sangat cartoony. Semasa kereta berhias ini bergerak, watak-watak di atas kereta berhias turut menari dan berlakon mengikut lagu yang sedang dimainkan. Ianya seolah-olah satu cerita pendek yang menarik.

Disneyland Tokyo

Penari turut menghiburkan pengunjung

Disneyland Tokyo

Penari juga berinteraksi dengan pengunjung

Disneyland Tokyo

Minnie Mouse cantik dengan gaun pink

Di bahagian bawah kereta berhias pula akan ada beberapa orang penari yang menari dan berinteraksi dengan pengunjung. Suasananya sungguh menghiburkan kerana mereka sungguh bertenaga dan dalam karakter masing-masing.

Dream Lights

Pada waktu malam pula walaupun hari dah gelap, tapi orang kata malam masih muda. Selepas berehat setelah penat seharian berjalan kaki di dalam Disneyland, bolehlah mula ambil tempat masing-masing untuk menonton Disneyland Parade waktu malam pula. Lokasinya adalah lokasi yang sama dengan waktu siang. Parade waktu malam ini diberi nama Dream Lights.

Disneyland Tokyo

Disneyland Tokyo pada waktu malam

Disneyland Tokyo

Dream Lights

Disneyland Tokyo

Mickey dan Minnie mengetuai parade

Inilah yang magiknya dengan Disneyland. Parade waktu malam ini, mereka fokus kepada lampu-lampu bukan sahaja pada kereta berhias malahan pada watak-watak Disney juga. Pada masa yang sama juga, mereka akan menutup lampu jalan dan kedai untuk sementara. Jadi suasana ketika itu memang betul-betul gelap dan hanya diterangi oleh lampu-lampu dari kereta berhias sahaja. Memang satu pemandangan yang cantik dan sangat memukau.

Diantara watak yang terlibat dengan parade ketika ini adalah seperti Finding Nemo, Shrek, Snow White dan banyak lagi.

Disneyland Tokyo

Watak Disney juga diceriakan dengan pakaian berlampu

Disneyland Tokyo

Watak dari Toys Story

Disneyland Tokyo

Finding Nemo yang bergerak sendiri di jalan raya

Disneyland Tokyo

Alice in the Wonderland

Disneyland Tokyo

Bergaya betul Peter Pan

Disneyland Tokyo

Cantik betul Snow White

Disneyland Tokyo

Tinkerbell

Disneyland Tokyo

Tiba-tiba ada Pluto

Seperti yang saya katakan, saya memang meminati parade Disneyland. Rasanya macam tak cukup seharian berada di Disneyland kerana Disneyland Tokyo ni diantara Disneyland yang paling ramai orang. Lebih banyak masa dihabiskan dengan beratur dan berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana themepark di sini sangat besar.

Parade pada waktu malam ini boleh dikatakan adalah acara pra penutup sebelum acara bunga api dan projection mapping yang diadakan di Disney Castle. Sementara menunggu waktu acara akhir, pada kebiasaannya waktu inilah waktu yang paling sibuk orang membeli barang dan cenderahati di Disney Store. Orang memang ramai sangat sebab inilah saja peluang terakhir untuk membeli. Kebanyakkan barangan yang dijual di Disneyland hanya boleh didapatkan di dalam Disneyland saja ataupun secara online.

Saya nasihatkan kalau boleh janganlah beli waktu ini kerana suasananya dah jadi terlalu ramai dengan orang. Melainkan kita dah tahu apa yang ingin dibeli dan bolehlah terus beli. Ada juga beberapa barangan hanya dijual di bahagian dan world tertentu sahaja. Contohnya keychain Star Wars mungkin hanya dijual di Tomorrowland. 

Disneyland Tokyo

Suasana di dalam Disney Store saat-saat akhir

Disneyland Tokyo

Kaunter tiket berkonsepkan Disney

Disneyland Tokyo

Pemegang yang berbentuk kepala Mickey

Disneyland Tokyo

Train Mickey

Sebelum saya balik, saya cuba naik train yang berbentuk Mickey ni. Train ni memang comel sangat sebab beberapa bahagiannya direka berdasarkan rupa muka Mickey Mouse. Walaubagaimanapun, train ini hanya pergi di dalam kawasan Disneyland sahaja seperti Disneyland Hotel dan DisneySea.

Bagi yang ingin bercuti ke Jepun dengan pakej Muslim dan dengan harga yang berpatutan, silalah layari laman web http://japanbudgettrip.com/ kerana mereka sedang mengadakan beberapa promosi percutian ke Jepun. Jangan lupa untuk isi daftar segera tempat anda ke Jepun.

Baca entri saya yang lain mengenai Jepun :

Disneyland Tokyo (Part 1) : The Park
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-disneyland-tokyo-part-1/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-bahagian-1/

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
http://mohdzarin.com/blog/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan-utama/

Jom Jalan Jalan Jepun : Odaiba
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-odaiba/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-harujuku-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 1)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-1/

1,476 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge