Sebelum saya bercuti ke Tokyo lagi saya dah berazam untuk menjejakkan kaki ke DisneySea Tokyo. Ramai yang keliru dan tak tau nak pilih di antara DisneySea Tokyo dan Disneyland Tokyo. Apa yang pasti DisneySea bukanlah Water Theme Park seperti Sunway Lagoon.

Walaupun kedua-dua themepark berdekatan di antara satu sama lain, janganlah kita memilih salah satu diantara dua themepark ni. Sebab utama kerana dua-dua theme park ni menawarkan pengalaman baru yang menarik dan keunikan yang berbeza. DisneySea misalnya hanya ada di Tokyo dan tidak ada di negara-negara lain yang mempunyai Disneyland. Pengisian dan ride di dalam kedua-dua themepark ini satu pun takde yang sama.

Oleh sebab itulah ramai yang datang ke Tokyo pasti akan membeli sekurang-kurangnya 2 day pass untuk masuk ke dua-dua theme park ini pada 2 hari berturut-turut. Sekali lagi saya ingatkan, silalah datang awal dan elakkan musim cuti di Jepun sekiranya berhajat ke sini. Sekiranya tidak, kita hanya akan membuang masa dengan beratur selama 1 hingga 2 untuk satu ride.

DisneySea Tokyo

Train ke DisneySea Tokyo

DisneySea Tokyo

View dari dalam Train sebelum sampai ke DisneySea Tokyo

DisneySea Tokyo

Globe di pintu masuk DisneySea Tokyo

Tak susah untuk pergi ke DisneySea Tokyo walaupun hotel kita jauh dari kawasan Maihama. Selepas berhenti di station terdekat iaitu station JR Maihama, kita hanya perlu jalan kaki untuk ke pintu masuk. Dihadapan pintu masuk DisneySea terdapat sebiji globe (bumi) besar seakan-akan di Universal Studio dan dari semasa ke semasa terdapat beberapa watak Disney seperti Mickey Mouse ataupun Minnie Mouse akan menyambut di pintu masuk dan memberi peluang untuk bergambar.

Suasana di dalam DisneySea begitu berbeza dan cantik. Bangunan sekeliling direka seakan-akan saya sedang berada di kota lama Venice. Saya sangat kagum dengan reka bentuk bangunan kat sini sehingga setelah beberapa lama saya terlupa saya sebenarnya berada di DisneySea. Walaupun bangunannya nampak macam bangunan lama, tetapi ianya dirancang dengan sangat teliti dan cantik.

DisneySea Tokyo

Bergambar dengan Mickey

DisneySea Tokyo

Bangunan di dalam DisneySea Tokyo

DisneySea Tokyo

Rekaan bangunan seakan-akan kota lama Venice

DisneySea Tokyo

Suasana seperti di Venice

DisneySea Tokyo

DisneySea Electric Railway

DisneySea Tokyo

Tower of Terror

Terus terang saya rasa saya boleh habiskan banyak masa dengan hanya melihat pemandangan kat sini. Tapi bukan itu sahaja tarikan menarik kat sini. DisneySea ni pada pandangan saya lebih luas dan besar jika dibandingkan dengan Disneyland Tokyo. Rasa macam tak cukup seharian berada kat sini kalau nak betul-betul rasai dan lihat semua tarikan kat sini.

Tempah percutian menarik di Jepun sekarang di  http://japanbudgettrip.com/ 

Salah satu tarikan yang terkenal kat sini adalah Tower of Terror. Tarikan yang sama juga ada di Disney California Adventure Park tapi perbezaannya adalah pada rekaan hotelnya. Ride ni bermula apabila saya dan beberapa pengunjung yang lain dimasukkan ke dalam lif dan di bawa ke tingkat paling atas. Di dalam perjalanan ke tingkat atas, terdapat suara latar yang menerangkan berkaitan sejarah hotel ini yang penuh dengan cerita seram dan kes pembunuhan. Nak dijadikan cerita, konon-kononnya lif tersebut gagal berfungsi kerana di”kacau” oleh roh jahat. Bermulalah aksi menakutkan di dalam lif yang sekejap naik dan sekejap turun. Siapa yang tak tahan boleh muntah.

DisneySea Tokyo

Toy Story Mania

DisneySea Tokyo

Mr Potato

DisneySea Tokyo

Pintu masuk Turtle talk

Selain tu juga saya pergi ke kawasan  Toy Story untuk bermain dengan sebagai watak Woody di dalam ride yang menghiburkan. Walaupun ride ni macam khas untuk kanak-kanak, tapi saya sangat terhibur dengan ride ni.

DisneySea Tokyo

Pintu masuk untuk krew sahaja

Di tengah-tengah DisneySea pula terdapat seakan-akan tasik yang besar. Kat sini pada masa-masa tertentu terdapat beberapa persembahan ala-ala cosplay yang berlakon dan menari di atas kapal yang begitu fantasi. Maaf saya tak faham kerana ianya dilakonkan di dalam bahasa Jepun. Tapi apa yang menarik adalah pelakon-pelakon tersebut akan menghampiri tebing tasik dan turun di kawasan orang ramai dan meneruskan lakonan mereka. Jadi kalau kita, berada pada tempat yang betul, dapatlah tengok dari jarak dekat.

DisneySea Tokyo

Cantik betul rumah ni

DisneySea Tokyo

Perarakan di atas air

DisneySea Tokyo

Terowong ke Mysterious Island

DisneySea Tokyo

Cantikkan kawasan ni?

DisneySea Tokyo

Fastpass untuk ke 20,000 Leagues Under The Sea

Satu kawasan yang paling ramai orang dan menjadi tarikan kat sini adalah Mysterious Island. Bila sampai je kat sini terasa seperti berada di dunia yang lain. Sekelilingnya penuh dengan batu tinggi dan tasik buatan yang cantik. Ianya seperti berada di dalam set filem yang sebenar. Kat sini ada 2 tarikan utama iaitu “Journey to the Center of the Earth” dan “20,000 Leagues Under the Sea”. 

DisneySea Tokyo

Kapal yang akan membawa pengunjung

Ramai orang suka “melepak” kat sini kerana pemandangannya yang cantik selain ianya boleh dikatakan terletak ditengah-tengah DisneySea dan menjadi penghubung di antara beberapa kawasan yang lain.

DisneySea Tokyo

Suasana di Mysterious Island

DisneySea Tokyo

Naik train kena lambai dulu

DisneySea Tokyo

Wajib makan Churros

Di kawasan yang berbeza pula iaitu di Mermaid Lagoon lain pula kisahnya. Kat sini adalah kawasan yang bertemakan dari cerita The Little Mermaid. Siapa yang tak kenal dengan watak Ariel yang comel. Seluruh kawasan di sini dibina seakan-akan kita masuk ke dalam dunia dasar laut Ariel dan bermain dengan elemen-elemen laut. Ianya seakan-akan indoor themepark yang mempunyai banyak permainan. Namun begitu, 90% tarikan ataupun permainan kat sini adalah hanya sesuai bagi mereka yang datang bersama anak dan tak sesuai untuk dewasa.

Tak jauh dari situ pula adalah dunia Aladin yang terletak di Arabic Coast. Sekali lagi, suasana kali ini betul-betul berubah dan seolah-olah berada di negara arab.

DisneySea Tokyo

Dunia The Little Mermaid

DisneySea Tokyo

Patung Ariel

DisneySea Tokyo

Suasana di dalam Mermaid Lagoon

DisneySea Tokyo

Rupa Mermaid Lagoon dari jauh

DisneySea Tokyo

Kawasan Arabian Coast

DisneySea Tokyo

Jasmine’s Flying Carpets

Saya juga tak melepaskan peluang untuk menaiki keretapi elektrik di Port Discovery dan mengelilingi di dalam DisneySea. Sebenarnya banyak tarikan kat sini yang berbentuk “leisure” seperti menaiki kapal Steamer Line, menaiki gondola di sungai DisneySea secara romantik dan bergambar di sebalik pemandangan yang indah. Semuanya tu boleh dilakukan sekiranya mempunyai banyak masa.

Pada waktu malam pula, kita wajib untuk menonton persembahan penutup yang dipersembahkan ditengah-tengah tasik. Walaupun cuaca belum lagi gelap, tapi dah ramai pengunjung mengambil tempat masing-masing bagi mendapatkan view yang cantik. Ramai yang dah bersedia dengan tikar masing-masing dan dah tahu kat mana “port baik”. Lagipun lagi bagus ambil tempat awal-awal sebab ketika persembahan bermula, keseluruhan tempat akan digelapkan.

Tak sangka persembahan waktu malam sungguh cantik dan begitu mendebarkan. Ianya dilakukan di atas air dengan bantuan pancaran lampu serta efek api. Tak tahu macam mana mereka lakukan, tapi watak naga yang berlawan dengan Mickey Mouse turut mengeluarkan api dan kita sebagai penonton dapat rasakan bahang api tersebut.

DisneySea Tokyo

Suasana ketika menunggu persembahan waktu malam

DisneySea Tokyo

Persembahan yang sungguh menarik

DisneySea Tokyo

Ada juga watak-watak Disney yang melambai dari kapal

DisneySea Tokyo

Chip and Dale

Secara keseluruhannya, DisneySea merupakan salah satu lokasi yang wajib dikunjungi selain Disneyland Tokyo. Dengan kawasan yang sangat luas, kita harus bersedia untuk berjalan jauh dan merancang aktiviti apa yang nak dilakukan nanti. Kebanyakkan tarikan dan persembahan kadang kala berlaku serentak pada tempat yang berbeza. InsyaAllah kalau saya berpeluang ke DisneySea lagi sekali saya dah tau apa yang saya patut lakukan.

Bagi yang ingin bercuti ke Jepun dengan pakej Muslim dan dengan harga yang berpatutan, silalah layari laman web http://japanbudgettrip.com/ kerana mereka sedang mengadakan beberapa promosi percutian ke Jepun. Jangan lupa untuk isi daftar segera tempat anda ke Jepun.

Baca entri saya yang lain mengenai Jepun :

Disneyland Tokyo (Part 2) : The Parade
http://mohdzarin.com/blog/disneyland-tokyo-part-2-the-parade/

Disneyland Tokyo (Part 1) : The Park
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-disneyland-tokyo-part-1/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 1)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-bahagian-1/

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
http://mohdzarin.com/blog/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan-utama/

Jom Jalan Jalan Jepun : Odaiba
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-odaiba/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-harujuku-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 1)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-1/

4,053 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to raihanah Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge