Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dulu saya pernah berkongsikan mengenai D’Kayangan Buffet Steamboat di Shah Alam yang menjadi kegemaran saya. Seingat saya, saya amat suka dengan daging perapan kicapnya sangat sedap. Selain itu juga, bahan-bahan perapan lain serta makanan laut kat sini juga sedap dan segar. Saya memang rasa suka menjamu selera kat sini sebab  suasananya yang selesa dan banyak pilihan. Kini saya kembali lagi dan khabarnya D’Kayangan menawarkan beberapa menu baru dan kelainan yang unik berbanding dengan steamboat yang lain.

D' Kayangan Grill & Barbeque

Kaunter makanan

D' Kayangan Grill & Barbeque

Pilihan Mee

D' Kayangan Grill & Barbeque

Pilihan perapan ayam dan daging

D' Kayangan Grill & Barbeque

Sotong segar

Sebelum kita selongkar dan lihat apakah menu-menu terbaru tu, apa kata kita selongkar apa yang ada di kaunter makanan D’Kayangan kali ini. Nampaknya macam-macam pilihan yang ada dan seperti biasa pilihan menu daging dan ayam yang diperap memang tidak mengecewakan. Perapannya memang nampak sedap walaupun belum dimasak lagi. Pilihan makanan laut juga tidak mengecewakan dengan macam-macam jenis makanan laut termasuklah ikan, kupang, kerang dan macam-macam lagi.

D' Kayangan Grill & Barbeque

Perapan ayam

D' Kayangan Grill & Barbeque

Makanan laut

D' Kayangan Grill & Barbeque

Ikan segar

D' Kayangan Grill & Barbeque

Makanan laut

Yang istimewa kat sini dan pasti akan disediakan setiap hari adalah menu kambing panggang. Mana nak cari buffet ada kambing bakar pada hari-hari biasa macam ni.

D'Kayangan Grill & Barbeque

Kambing Panggang

D'Kayangan Grill & Barbeque

Skew ayam

D'Kayangan Grill & Barbeque

SkewDaging

Akhirnya saya dah jumpa apakah menu terbaru yang ditawarkan kat sini.  Kalau pada kebiasaanya kita boleh makan steamboat dan barbeque sahaja, tetapi kini D’Kayangan juga turut menambah satu lagi jenis makanan iaitu “pembakar arang”. Kalau nak tahu, makanan yang boleh dimasak menggunakan pembakar arang ni adalah menu-menu berasaskan daging ataupun ayam yang dicucuk seperti satay ataupun skew. Ada macam-macam pilihan “satay” istimewa yang juga telah diperap menggunakan kunyit ataupun perapan istimewa.

D'Kayangan Grill & Barbeque

Pilihan makanan laut

D'Kayangan Grill & Barbeque

Skew daging

D'Kayangan Grill & Barbeque

Cara masak di pembakar arang

Cara nak masak di pembakar arang tu takdelah susah sangat sebab api dari arang tu sangat mudah dikawal dan makanan pun cepat masak. Semua makanan yang dimasak menggunakan pembakar arang ni memang rasanya lain sikit dan sedap. Maklumlah, sendiri masak sendiri makan… mestilah sedap. Selain dari menu seperti “Satay”, kat sini juga kita boleh makan otak-otak yang dimasak sendiri. Memang puas hati~!.

D'Kayangan Grill & Barbeque

Otak otak

D'Kayangan Grill & Barbeque

Steamboat

D'Kayangan Grill & Barbeque

Barbeque

Dah masak dengan pembakar arang tu, steamboat dan barbeque mesti tak dilupa. Suasana masak dan makan macam ni memang lebih meriah bila makan bersama keluarga. Sorang boleh masak barbeque dan orang lain boleh tolong masak di pembakar arang.

Alhamdullilah, kenyang betul. Tapi sebelum balik saya mencuba satu lagi menu istimewa pencuci mulut kat sini iaitu”icy moonster” iaitu aiskrim berkonsepkan ais kepal buatan sendiri. Ianya sangat menarik dan terdapat dapat beberapa perisa istimewa seperti buah kiwi dan buah naga. Tak pernah saya tengok menu makanan macam ni kat tempat lain.

D'Kayangan Grill & Barbeque

Icy Moonster

D'Kayangan Grill & Barbeque

Pencuci mulut yang unik di sini

D'Kayangan Grill & Barbeque

Makan bersama keluarga

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat dibuka setiap hari dari jam 6petang hingga 2pagi. Dengan tambahan menu baru ni, harga buffet kat sini telah dinaikkan kepada RM40.20 untuk dewasa. Tapi dengan macam-macam pilihan makanan kat sini, ianya memang sangat berbaloi.

Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi
Facebook : Steamboat BBQ D’Kayangan

Nombor Telefon : 0355234979 / 012-2971091
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

7,254 total views, 6 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge