FamilyMart iaitu salah satu convenient store terkenal yang berasal dari Jepun baru saja dibuka pada awal tahun 2017 dan kini telah mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur termasuk yang terbaru iaitu di NU Sentral. FamilyMart ni sangat popular kerana ianya menawarkan makanan segera seperti Bento yang berkhasiat dan sedap. Bersesuaian dengan cara hidup di Jepun yang sibuk dan memerlukan segalanya cepat dan pantas, FamilyMart merupakan salah satu pilihan mereka.

Sempena bulan Ramadhan kali ini, nampaknya FamilyMart Malaysia juga turut menyediakan dan menawarkan makanan bagi mereka yang tak sempat untuk berbuka puasa. Cawangan di NU Sentral adalah salah satu cawangan yang saya lihat begitu sesuai dan strategik kerana lokasinya yang terletak dipintu masuk Monorail.

FamilyMart Malaysia

Banner di FamilyMart NU Sentral

FamilyMart Malaysia

Ruang makan di luar FamilyMart NU Sentral

FamilyMart Malaysia

Mini Bazaar Ramadhan

Diberi nama Mini Bazaar Ramadhan, menu berbuka puasa di FamilyMart mengambil sedikit ruang di ruangan makanan utama yang lain dengan sedikit label pada ruangan tersebut. Diantara menu makanan yang ditawarkan adalah menu masakan tradisional melayu seperti Nasi Pulut, Rendang Ayam, Ayam Kapitan, Nasi Tomato,  Lemang dan banyak lagi. Kesemua makanan ini disediakan di dalam bekas plastik yang kemudiannya dibekukan. Menggunakan konsep “Bento”, kita sendiri boleh beli setiap menu makanan ini secara berasingan dan menggabungkan sendiri mengikut citarasa sendiri.

Makanan yang dibeli boleh dipanaskan di sini sekiranya memilih untuk berbuka puasa kat sini. Jangan risau kerana terdapat ruang makan yang disediakan. Makanan yang dipanaskan akan diletakkan di atas dulang dan dihidang terus ke meja kita.

FamilyMart Malaysia

Diantara pilihan Mini Bazaar Ramadhan FamilyMart

FamilyMart Malaysia

Nasi Tomato

FamilyMart Malaysia

Nasi Pulut Kuning

Walaupun makanan kat sini pada asalnya adalah disimpan di dalam bentuk beku, tetapi setelah dipanaskan ianya sangat sedap dimakan. Masakannya memang cukup rasa dan sedap. Saya sendiri memang suka dengan sambal ikan bilisnya yang tidak terlalu pedas tetapi memang sedap dimakan bersama nasi ataupun roti. Rasa Ayam Kapitan juga boleh tahan sedap dan bersesuaian dengan harganya.

FamilyMart Malaysia

Semua menu makanan kat sini disimpan secara beku

FamilyMart Malaysia

Menu berbuka puasa yang telah tersiap dihidang

Berikut adalah senarai makanan dan harga setiap makanan yang dijual kat sini :

– Nasi Pulut Kuning RM3.50
– Nasi Impit RM3.50
– Lemang RM4.00
– Nasi Putih RM2.20
– Sambal Tumis Ikan Bilis RM4.90
– Ayam Masak Merah RM5.90
– Ayam Kapitan RM5.90
– Kari Ayam RM5.90
– Rendang Ayam RM5.90
– Kuah Lodeh RM5.50
– Nasi Tomato Bento RM8.90
Makanan Lain
FamilyMart Malaysia

Sandwich

Sekiranya menu-menu masakan kat atas ni tidak menjadi pilihan, terdapat banyak lagi makanan lain yang boleh dibeli. Dari sandwich, Bento, Salad, Roti sehinggalah kepada Onigiri, semuanya memang banyak pilihan di FamilyMart Malaysia. 

FamilyMart Malaysia

Pelbagai pilihan salad

FamilyMart Malaysia

Pelbagai pilihan Bento

FamilyMart Malaysia

Lagi pilihan Bento

 

Salah satu menu wajib dan terkenal di FamilyMart adalah Oden ataupun Lok-Lok. Oden ni sebenarnya set pilihan Fishcake ataupun Fishball yang direndam di dalam kuah sup ataupu tomyam. Walaupun nampak simple, tapi kena cuba sebab ianya memang sedap. Bila cakap pasal Onigiri pula, saya memang sangat suka Onigiri di FamilyMart. Berbeza dengan Onigiri lain yang dijual di Malaysia, Onigiri di FamilyMart sangat sedap dan mewah dengan isinya. Ianya juga fresh setiap hari dan rasanya sama seperti di Jepun.

Selain Onigiri, terdapat juga beberapa minuman dan makanan yang diimport terus dari Jepun dan hanya dijual di FamilyMart.

FamilyMart Malaysia

Onigiri di FamilyMart

FamilyMart Malaysia

Pelbagai pilihan roti

FamilyMart Malaysia

Sudut minuman dan yogurt

FamilyMart Malaysia

Ais yang dijual di dalam cawan plastik

FamilyMart Malaysia

Pelbagai pilihan kopi

Sebelum pulang, jangan lupa untuk beli Aiskrim Matcha di FamilyMart. Dengan harga RM2.50 sahaja, Aiskrim Matcha ataupun Green Tea ni memang menjadi pelengkap sesi menjamu selera di FamilyMart. Rasanya pekat dengan rasa Green Tea dan tidak terlalu manis. Sangat addicted tau.

Status Halal FamilyMart

Ramai yang bertanya tentang status Halal FamilyMart Malaysia. Saya sendiri ragu-ragu pada awalnya nak makan dan beli makanan di FamilyMart ketika di Jepun kerana masalah bahasa dan saya tak tahu apa bahan-bahan yang digunakan. Berbeza dengan FamilyMart Malaysia, walaupun masih belum mendapat status Halal dari Jakim tetapi FamilyMart Malaysia hanya menggunakan bahan-bahan organik dan tidak mempunyai bahan-bahan dari lemak haiwan dan sebagainya. Sama seperti Sushi King Malaysia yang kini sudah mendapat status Halal meskipun untuk jangka yang panjang dulu masih belum mendapat status Halal.

FamilyMart Malaysia

Oden di FamilyMart

FamilyMart Malaysia

Aiskrim Green Tea Matcha

Berikut adalah senarai cawangan FamilyMart Malaysia sehingga kini :

Nu Sentral (GF) : 6am – 11pm
Wisma Lim Foo Yong (GF) : 24 hours
Mid Valley Megamall (Level 1 North Court) : 6am – 11pm
Sungai Buloh-Kajang MRT Line (TTDI station) : 6am – 11pm
Gateway @ KLIA2  (Level 3) : 24 hours
SS15/8  : 24 hours
MyTown (Basement 1) : 10am – 10pm
Jalan Sultan (GF) : 24 hours
Taylor’s Lakeside (GF) : 24 hours
Jalan Sultan Ismail (GF) : 24 hours
Changkat Bukit Bintang (GF) : 24 hours
Sunway Velocity : 8.30am – 11pm
Untuk info lanjut bolehlah layari laman web rasmi mereka

1,827 total views, 11 views today

   

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge