Acara Food Hunter Feastival adalah acara yang paling sesuai buat pencari makanan yang sedap-sedap dan eksklusif. Sebab apa saya cakap eksklusif? Sebab kebanyakkan makanan yang dijual di sini agak susah untuk nak didapatkan di luar kerana pada kebiasaannya mereka menjual di Instagram ataupun ketika event sahaja. Anjuran kali ke dua pada tahun ini bertempat di Encorp Stand Mall, Kota Damansara dan telah berlangsung pada 28 Feb & 1 Mac 2015. Saya sendiri dah tak tahan tengok makanan-makanan yang asyik dipromote di Instagram @FoodHunterFeastival. Jom kita tengok apa yang menarik kat sini.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Lokasinya adalah di Encorp Strand Mall

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Kawasan yang luas dan berbumbung

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Banner Food Hunter Feastival

Food Hunter Feastival ini memfokuskan kepada makanan moden dan urban sesuai dengan trend sekarang. Ada beberapa daripadanya adalah makanan dari foodtruck seperti burger, minuman dan sebagainya. Selebihnya adalah vendor tempatan yang dikumpulkan melalui sosial media. Selain makanan, ada juga aktiviti sampingan seperti pertandingan beatbox, persembahan dan macam-macam lagi.

Apa Yang Menarik

Saya dimaklumkan Food Hunter Feastival kali ini disertai oleh 108 peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Kesemua konsep makanan yang dijual di sini adalah berkonsep urban eksklusif. Ianya bukanlah seperti “pasar malam” yang ada menjual makanan semurah RM1. Kebanyakkan makanan di sini dijual di dalam lingkungan RM5 sehingga RM20. Bagi saya, walaupun ianya agak mahal tetapi kualiti makanan dan portionnya adalah memang sepadan.

Advertisements
Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Pertandingan beatbox

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Persembahan juga turut diadakan

Kedai pertama yang menambat hati saya adalah kedai foodtruck yang menjual burger dan sotong yang besar. Foodtruck ini dimiliki oleh BigHugBurger yang memang sangat pakar dalam burger. Walaupun banyak pilihan burger yang dijual tapi saya masih mahu membeli burger besar yang di display di hadapan foodtrucknya. Saya lupa apa nama burger ni tapi di dalamnya adala isi ayam lembut yang diletakkan bersama sos kuning yang sedap. Burger besar ini berharga RM15 tetapi boleh dimakan sehingga 2-3 orang.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Saya bersama burger dan sotong besar

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Burger Cheesy Chicken XXL

Sebenarnya selain dari BugHugBurger, terdapat lebih dari satu kedai burger di sini yang menggunakan konsep berbeza. Ada Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju, Bob Republic Burger Bakar dan beberapa lagi. Sungguh sukar nak buat pilihan sebab semuanya nampak sedap. Siapa yang datang kat sini jangan mimpilah nak diet. Orang kata cheat day, esok diet balik.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Yang ni menjual milkshake

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Abang Kebab

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Menjual sambal kering

Seterusnya saya singgah di Aleeya’s Kitchen. Pada awalnya saya tak sure apa yang mereka jual sebab dari jauh memang agak susah nak meneka. Dari banner yang besar tu tulis “Pedas Giler Masuk Hospital”. Ok, langsung takde kluekan?.

Bila saya datang dekat sini barulah saya tahu yang rupanya Aleeya’s Kitchen ni menjual sambal pedas pucuk ubi dan belimbing. Dengar kata resepi ni adalah berasal dari Negeri Sembilan dan pedasnya memang tahap masuk hospital. Sebenarnya ada beberapa tahap kepedasan iaitu “Pedas Giler Masuk Hospital” ataupun yang lebih pedas adalah “Pedas Giler Masuk ICU”. Memang keliru tak tahu nak masuk yang mana satu. Tapi mana-manapun pilihan saya rasa sambal Aleeya’s Kitchen ni memang sangat sedap dan ada potensi untuk tambah nasi kalau dimakan bersama.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Krew dan bos Aleeya’s Kitchen

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Saya bersama bos Aleeya’s Kitchen

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Sambal Aleeya’S Kitchen

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Siapa nak masuk hospital beli sambal ni

Bila dah menjamah sambal pedas Aleeya’ Kitchen tadi, mulalah nak mencari air sebelum betul-betul masuk ICU. Sekali saya ternampak gerai OMG. Sayakan memang peminat OMG. Bagi siapa yang tak tau, OMG ini adalah gerai menjual jus campuran buah-buahan segar. Pertama kali saya jumpa OMG adalah di Tempatan Fest Shah Alam.

Memang refreshing betul dapat minum OMG ni. Bos OMG boleh pula kenal lagi saya dan apa lagi saya pun bergambar sekali.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

OMG Kuala Lumpur yang menjual jus buah-buahan segar

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

OMG Kuala Lumpur

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Bersama orang kuat OMG

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Makanan lagi

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Sate Pak Abu

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Cake

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Yang ni jual patty daging je

Ada banyak lagi makan yang saya tak sempat cuba. Bukannya tak sedap, cuma dah kenyang sangat bila dah food testing kat semua gerai. Gerai BOB Republic pun memang menggoda betul. Dari jauh dah boleh nampak daging burger yang dibakar garing dan nampak sungguh sedap.

Selain tu saya terjumpa satu lagi yang menarik. Ianya adalah rojak dalam tempurung kelapa. Biasanya saya dengar aiskrim pasu, kali ni saya nak cuba rojak tempurung pula. Memang unik dan sangat kreatif. Selain dari tu, di gerai yang sama ada juga menjual salad dalam botol, lasagna, mangga asam boi dan macam-macam lagi. Kalau nak tau apa lagi yang dorang jual boleh cek Instagram @TheFood_Gallery.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Masih Mencari Rusuk Kiri?

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Kita Bako… kita bako…

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Ayam goreng

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Salad dalam botol

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Nak diet boleh makan ni

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Rojak tempurung

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Orang-orang di sebalik Food Gallery

Selain dari tu, saya tengok ramai betul orang beli Nachos. Saya curi dengar orang sebelah sembang kata sedap nachos yang dibeli tu. Saya pun belilah nak rasa. Memang sedap betul Nachos Cheese dengan inti daging cincang kat atas. Apa yang saya suka sebab dagingnya sangat sedap dan gabungan dengan cheese cair tu sangat sempurna. Ada 2 gerai yang menjual Nachos kat sini, tapi carilah gerai Nachos Region Food Truck. 

Dalam banyak-banyak gerai di Food Hunter Feastival ni, ada satu gerai yang tak putus-putus orang beratur dari siang sampai malam. Gerai tu bernama La Churreria yang menjual Churros. Saya pun taknak kalah saya suruh Zarith beratur.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Nachos Cheese Daging yang sedap gila

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Lagi makanan

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Burger Bakar Kaw Kaw

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Pasta pun ada

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Brownies

Sebenarnya Churros ni adalah makanan minum petang yang berasal dari negara barat. Bahan-bahan yang digunakan dan rupa churros ini ada seakan-akan dengan cakoi. Jadi tak hairanlah ada beberapa orang yang datang menjenguk gerai churros ni dan ingin tahu kerapa ramai sangat orang dan akhirnya beredar sambil berbisik “Ala… cakoi je kot”.

Bagi saya Churros La Churreria adalah di antara yang sedap saya pernah makan. Ianya digoreng panas-panas dan boleh dimakan dengan dip coklat atau caramel.

Di tengah-tengah laluan diantara gerai ada disediakan meja sekiranya ingin makan di situ. Oleh kerana meja taklah banyak sangat, jadi kenalah bergilir dengan orang lain, lebih-lebih lagi masa peak time.

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Boleh makan di tempat yang disediakan

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Siapa nampak Zarith beratur?

Food Hunter Feastival Encorp Strand Mall

Yay, dapat churros

Secara keseluruhannya Food Hunter Feastival ini wajib dan sangat berbaloi untuk dikunjungi setiap kali penganjurannya diadakan. Banyak menu makanan yang susah nak jumpa. Kalau ada berkenan dengan mana-mana makanan lepas ni, kenalah cek Instagram mereka kalau nak beli lagi.

Apa yang BEST

1. Banyak pilihan makanan yang tak pernah tahu
2. Kebanyakkan makanan kat sini sedap-sedap
3. Tempat selesa
4. Parkir yang mudah

Apa yang kurang BEST

1. Harga mungkin terlalu mahal sekiranya ingin mencuba lebih dari satu makanan ataupun membawa keluarga yang besar.
2. Terdapat banyak jenis makanan yang sama. Kesian pada gerai yang kurang dapat sambutan.
3. Pilihan gerai air minuman terlalu terhad.

hunter33copyright

 6,950 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.