Diantara event yang saya amat nanti-nantikan adalah Food Mega Festival yang telah diadakan beberapa minggu sebelum bulan puasa di Shah Alam. Memang bersesuaian sangat event ni diadakan memandangkan event berbentuk penjualan makanan ala-ala bazaar Ramadhan ni memang pasti mendapat sambutan orang ramai. Lebih-lebih lagi orang Selangor ni ramai yang suka makan. Jom ikut saya kita pusing-pusing kat Food Mega Festival 2015.

Food Mega Festival 2015

Kawasan legar Food Mega Festival 2015

Food Mega Festival 2015

Gerai Putu Perak

Food Mega Festival 2015 ini telah diadakan pada 30 & 31 Mei di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ada lebih dari 100 vendor makanan tempatan yang menjual makan serta minuman. Selain dari itu, ada juga penampilan beberapa artis tempatan seperti Zizan Razak, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Ada juga beberapa orang artis yang turut menjual makan mereka sendiri.

Bila menjejakkan kaki saja kat sini, saya terus rambang mata sebab terlalu banyak sangat pilihan makanan. Diantara beberapa makanan yang memang saya dah target dan menjadi favorite saya adalah Nancos Region,  Kaw Kaw Burger, Wok It, Ayaq Botol dan juga Aleeya’s Kitchen. Ini adalah beberapa jenama makanan yang selalu join food festival seperti Food Hunter Festival dan Putrajaya Hot Air Balloon.

Food Mega Festival 2015

Putu Perak

Food Mega Festival 2015

Kaw Kaw Burger

Food Mega Festival 2015

Kaw Kaw Burger

Food Mega Festival 2015

Kambing Golek dan Aiskrim Kelapa

Food Mega Festival 2015

Nancos Region

Saya suka dengan susun atur gerai-gerai di Food Mega Festival 2015sebab walaupun ianya seakan-akan pasar malam, tetapi ruang jalan kakinya lebih luas dan besar. Selain itu, ditengah-tengah tapak event ini terdapat pentas utama yang digunakan untuk aktiviti seperti perasmian dan persembahan artis.

Food Mega Festival 2015

Elfira Loy bersama peminat

Pihak penganjur juga menyediakan banyak ruang-ruang makan termasuklah kebebasan kepada pengunjung untuk makan sambil berpiknik dipadang. Beanbag juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Food Mega Festival 2015

Food Truck Mamee

Food Mega Festival 2015

Aktiviti Mamee di pentas

Food Mega Festival 2015

Zarith di booth DiGi

Bagi pengunjung yang tidak biasa datang ke acara food festival seperti ini pasti akan terkejut dengan harga makanan di sini. Saya tak salahkan kepada peniaga kerana walaupun harganya sedikit mahal, tetapi jenis makanan dan portion yang dijual adalah setara dengan harganya. Selain itu juga, pengunjung diberi pilihan untuk membeli makanan yang eksklusif dan mahal ataupun yang murah.

Saya ada terdengar rintihan dari pengunjung yang mengadu harga nasi lemak kerang yang terlalu mahal sehingga mencecah RM6.50. Apa-apapun ianya terpulang kepada cita rasa pengunjung itu sendiri.

Food Mega Festival 2015

Mood makan sambil bersantai

Food Mega Festival 2015

Katanya ni kereta Zizan Razak

Food Mega Festival 2015

The Pisang Cheese

 

Food Mega Festival 2015

Tanjak Crew pun ada

Food Mega Festival 2015

Pilihan makanan saya; Wok It dan The Pisang Cheese

Food Mega Festival 2015

Ayaq Botol minuman wajib

Food Mega Festival 2015

Encik Mimpi pun ada

Walaupun Food Mega Festival ini dijadualkan habis pada 12 malam dengan persembahan artis dan sebagainya namun saya lihat kebanyakkan gerai makanan sudah mula tutup gerai seawal jam 8malam. Kebanyakkan makanan telah habis diborong pada waktu petang dan peniaga tidak bersedia dengan gelombang pengunjung yang mencari makan pada waktu malam.

Food Mega Festival 2015

Suasana ketika hampir Maghrib

Food Mega Festival 2015

Ketika di booth Aleeya’s Kitchen

Food Mega Festival 2015

Noh Hujan membuat persembahan

 

Secara keseluruhannya Food Mega Festival adalah acara makanan yang julung-julung kalinya diadakan sebesar ini. Ianya patut dibawa ke negeri-negeri lain pula dan dijadikan sebagai acara tahunan. Acara seperti ini juga sepatutnya mendapat publisiti yang lebih besar dari media masa. Pihak penganjur juga harus memilih vendor yang berkelayakan dan mempelbagaikan pilihan makanan.

 

4,426 total views, 1 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge