Hampir setahun yang lalu di lokasi yang sama iaitu di Encorp Strand Mall pernah berlangsungnya satu festival makanan iaitu Food Hunter Feastival. Tapi pada tahun ni pula, festival makanan yang terbaru iaitu Foodies Fest 2016 pula dianjurkan oleh penganjur yang berbeza. Lokasi Encorp Strand Mall ni bagi saya memang sesuai diadakan festival makanan macam ni sebab kawasannya yang selesa dan banyak kemudahan asas.

Walaupun Foodies Fest ni diadakan di kawasan luar, tetapi ianya terselamat dari risiko hujan dan panas kerana ianya ditutup dengan kawasan berbumbung. Kalau terasa panas sangat sebab cuaca sekarang ni, bolehlah rehat kat dalam Encorp Strand Mall yang sejuk. Jom kita tengok apa yang menarik terdapat di Foodies Fest 2016.

Foodies Fest 2016

Encorp Strand Mall

Foodies Fest 2016

Abang Food Truck

Foodies Fest 2016

Abang tengah bakar kambing

Apa yang menarik?

Dari pilihan kambing bakar, nancho, teppanyaki, aiskrim gulung, kek sehinggalah kepada churros semuanya merupakan diantara menu-menu yang hanya boleh didapatkan di festival makanan sahaja. Terdapat beberapa booth yang menjual kambing bakar seperti Kambing Grill, Spoon Steak House dan The Door Kitchen by Luth Kitchen namun setiap booth ini menawarkan citarasa yang berbeza sehingga susah nak decide yang mana satu patut dibeli.

Selain tu, menu yang menarik perhatian saya adalah minuman Cikedut by Saripol yang sungguh berwarna-warni. Sebenarnya Cikedut ni adalah puding berwarna yang disedut dengan straw. Rasanya tak manis tapi memang sedap sangat.

Foodies Fest 2016

Nampak sedap

Foodies Fest 2016

Set kambing oleh Kambing Grill

Foodies Fest 2016

Puding pelangi oleh Cikedut Saripdol

Bagi peminat Japan Green Tea pula mesti tahu mengenai Matcha. Matcha ni sebenarnya adalah sejenis green tea yang lebih pekat dan berkualiti tinggi dari green tea yang biasa. Niko Neko Matcha menjual pelbagai minuman Matcha yang dibawa dari Kyoto Jepun khusus untuk peminat Matcha di Malaysia. Saya sendiri dah rasa dan bagi saya ianya memang lebih sedap dari green tea yang biasa. Ianya mempunyai rasa green tea yang lebih mewah dan berwarna lebih hijau. Niko Neko Matcha juga turut memberi peluang saya merasai produk terbaru mereka iaitu “Uji Matcha Ice blended with Dragon fruit sauce dan pomegranate”.

Foodies Fest 2016

Matcha yang fresh

Foodies Fest 2016

Ice Blended Match Istimewa

Foodies Fest 2016

Cantiknya Ice blended ni? Rasa sayang nak minum

Cara pembuatan menu terbaru ni adalah dengan mengisar ais batu bersama serbuk matcha sebelum ditambah dengan topping seperti buah naga dan delima. Rupanya begitu cantik dengan kombinasi warna hijau dan merah. Buah naga dan delima menjadi pelengkap dan pemanis bagi menu ini.

Baca : Ippin Halal Teppanyaki Ebisu Jepun

Minuman lain yang tak kurang menariknya adalah seperti Kopi Hipster, Pirate Coffee dan banyak lagi. Ada banyak pilihan kopi di Foodies Fest sebab sekarang trending minuman kopi dalam botol.

Foodies Fest 2016

Pirate Coffee

Foodies Fest 2016

Kopi Hipster

Bila masuk waktu tengahari pula, saya mencari menu yang lebih berat sikit. Akhirnya menu teppanyaki oleh ToraTora.my menjadi pilihan saya. Ianya dimasak secara live apabila diorder dan terdapat pilihan seperti ayam, sotong, udang dan daging. Teppanyaki dipackkan di dalam bekas bulat bagi memudahkan untuk kita makan. Overall rasa Teppanyaki ni memang sedap kerana bahan-bahan yang digunakan adalah segar. Tapi saya rasa mungkin kalau dapat ubah packgingnya pada masa akan datang mungkin lebih mudah untuk makan dan nampak lebih eksklusif.

Foodies Fest 2016

Teppanyaki oleh Tora Tora

Foodies Fest 2016

Ketika nak makan Teppanyaki

Dalam banyak-banyak makanan tu, saya tertarik dengan satu menu unik iaitu Laksa Sedut. Laksa beserta kuahnya diletakkan di dalam cawan plastik dan kita hanya sedut kuahnya macam sedut minuman. Idea Laksa Sedut ni adalah dari My Kitchen Booklet dan saya tak sangka, rasa Laksanya boleh tahan sedap juga.

Foodies Fest 2016

Laksa sedut

Foodies Fest 2016

Nampak menyegarkan

Satu lagi menu yang saya nak highlight adalah kek dari Double A Cafe. Sebenarnya saya bukanlah penggemar kek tapi apa yang menarik minat saya adalah kerana mereka ni rupanya sudah mempunyai cafe mereka sendiri. Terletak di Ara Damansara, kek sebenarnya hanyalah sebahagian dari menu utama mereka. Di Double A Cafe, mereka turut menghidangkan makanan barat seperti spaghetti, sandwich dan kopi. Kek yang di jual di Foodies Fest ni pun dah macam goreng pisang panas dan hari-hari sold out.

Foodies Fest 2016

Kek oleh Double A Cafe

Foodies Fest 2016

Buffalo wings

Foodies Fest 2016

Char Kuew Tiau pun ada

Dalam cuaca yang panas tu, ternampak pula aiskrim yang sungguh unik dipanggil Biji Popsicle. Rupa aiskrim ni cantik dan berwarna-warni serta diperbuat dari buah-buahan segar seperti kiwi dan strawberi. Saya dimaklumkan tiada bahan-bahan lain digunakan dan 100% hanyalah buah-buahan segar. Jadi rasa Biji Popsicle ni bukan saja rasa buah asli tetapi ianya juga sejuk dan menyegarkan.

Foodies Fest 2016

Biji Popsicle

Foodies Fest 2016

Menu sandwich dan Nachos oleh Nyet Amigos

Foodies Fest 2016

Menu istimewa oleh Dari Dapur Bujang Hafiz

Foodies Fest 2016

Big Patty Kitchen

Foodies Fest 2016

Tebal-tebal daging dia

Foodies Fest 2016

Pelbagai menu variasi kambing

Foodies Fest 2016

Pilihan sambal belimbing hitam Pahang

Memang banyak betul pilihan makanan di Foodies Fest 2016. Kalau dah beli makan, kita boleh makan kat sini juga sebab kawasan tempat makan turut disediakan.

Selain aktiviti makan-makan, Foodies Fest juga pada waktu-waktu tertentu menganjurkan aktiviti bersama pengunjung. Diantara aktiviti yang dinanti-nantikan adalah Man VS Food iaitu pertandingan di antara pengunjung berlawan makan makanan yang pedas. Hadiah utamanya pada hari tersebut adalah RM100 oleh penaja pertandingan iaitu Dapur Sainer. Pada hari kedua pula pertandingan Man VS Drink pula diadakan. Kali ni kita berlawan minum air mangga paling cepat.

Pada hari kedua juga, pengunjung Foodies Fest 2016 bertuah kerana dapat beramah mesra bersama Alif Aziz yang turut dijemput oleh pihak penganjur.

Foodies Fest 2016

Suasana ketika Man VS Drink

Foodies Fest 2016

Ketika Man VS Food

Foodies Fest 2016

Alf Aziz di Foodies Fest 2016

Secara keseluruhannya, ramai pengunjung dan peniaga yang berpuas hati dengan Foodies Fest 2016. Jumlah pengunjung yang datang pun terkawal dan tidak terlalu ramai sehingga perlu bersesak-sesak. Semuanya just nice dan selesa bagi semua orang. Lokasi pemilihan Encorp Strand Mall memang sangat sesuai untuk festival makan seperti ini lebih-lebih lagi kemudahan seperti toilet dan surau terdapat di dalam mall.

Jangan lupa untuk ikuti Foodies Fest di laman sosial mereka untuk mengetahui perkembangan dan update untuk acara yang akan datang .

Facebook : https://www.facebook.com/FoodiesFest.my
Instagram : http://instagram.com/foodiesfest

2,987 total views, 3 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge