Peminat cafe hipster pasti dah pernah dengar nama cafe The Garage KL yang terletak di jalang Ampang. The Garage KL ni sebenarnya adalah gabungan beberapa kedai dan bengkel di bawah satu bumbung. Kat sini memang ada bengkel kereta, kedai motor dan macam-macam lagi termasuklah sebuah cafe hipster yang dipanggil Gaffe & Co. Berkonsepkan ala-ala kontena, cafe Gaffe & Co ni sangat unik dan terletak betul-betul di tepi jalan utama.

Saya sendiri yang pertama kali sampai di Gaffe & Co ni rasa sangat teruja dengan konsep interiornya yang cantik dan sangat details. Di setiap sudut cafe dihiasi dengan pelbagai koleksi peribadi seperti kamera lama ataupun barangan koleksi Star Wars. Ramai juga artis tempatan yang dah berkunjung ke sini dan meninggalkan testimoni di sudut khas.

Gaffe & Co The Garage KL

Landmark The Garage KL

Gaffe & Co The Garage KL

Beberapa hiasan dalaman Gaffe & Co The Garage KL

Gaffe & Co The Garage KL

Ruang di dalam Gaffe & Co

Terdapat beberapa ruang makan di Gaffe & Co samada ingin bersantai di luar ataupun di dalam bilik VIP tertutup. Suasana seperti di dalam kontena yang besar memang sangat terasa lebih-lebih lagi setiap struktur binaan cafe ini diperbuat menggunakan material dari badan kontena dan besi.

Pilihan makanan kat sini adalah terdiri dari makanan western seperti Chicken Chop, Grilled Salmon, Rib Eye, Pasta, Pizza dan manakala minuman pula adalah seperti Coffee, Teh, Frappe, Milk Shake dan Smoothies. Jom kita tengok satu-satu makanan yang sedap-sedap ni.

Gaffe & Co The Garage KL

Rekaan unik

Gaffe & Co The Garage KL

Gaffe Pizza Supreme

Gaffe & Co The Garage KL

Grilled Lamb Loins

Gaffe & Co The Garage KL

Grilled Lamb Loins

Gaffe Pizza Supreme

Pizza ni menggunakan resepi dan cara penyediaan pizza ala barat. Crust nya tidaklah terlalu tebal tetapi menawarkan rasa rangup yang sebati dengan topping daging pepperoni serta sayuran. Sesuai dengan namanya Supreme, pizza ni bersaiz besar dan sesuai dimakan bersama 2-3 orang. Selain dari Gaffe Pizza Supreme, pilihan pizza yang lain adalah Hawaiian Pizza, Steak Pizza, Chicken Pepperoni Pizza yang dijual dalam lingkungan RM20.

Grilled Lamb Loins

Bagi peminat Lamb seperti saya pasti tidak mahu terlepas dari menikmati Grilled Lamb Loins kat sini. Ianya dihidangkan dengan 2 kepingan daging yang telah diperap dengan rempah istimewa sebelum dipanggang. Isi lambnya begitu lembut bahkan terasa sangat mudah dimakan. Selain itu, ianya turut dihidangkan bersama sayuran dan wedges. Selain lamb, Gaffe & Co juga menawarkan pilihan grilled yang lain seperti Salmon.

Gaffe & Co The Garage KL

Gaffe Chicken Chop

Gaffe & Co The Garage KL

Gaffe Chicken Chop

Gaffe & Co The Garage KL

Lamb Stroganoff with Butter Rice

Gaffe Chicken Chop

Seperti rupanya, Gaffee Chickecn Chop bukan saja cantik dipandang malahan sedap dimakan. Rasa isi ayamnya begitu sedap sehingga terasa seakan-akan satay. Cara ianya dimasak meninggalkan rasa dan elemen panggang pada Gaffe Chicken Chop sehingga rasanya begitu sempurna. Ini adalah salah satu menu kegemaran saya di sini. Gaffe Chicken Chop ni berharga RM20.

Lamb Stroganoff with Butter Rice

Menu kali ini begitu unik kerana turut dihidangkan dengan sebatang cili hijau. Lamb Stroganoff mempunyai rasa yang sangat berempah dan penuh dengan cili dan rasa sedikit pedas. Ianya disempurnakan dengan rasa dari Butter Rice yang berlemak dan sedap. Walaupun ianya direka bagi mereka yang mengemari makanan pedas, namun ianya tidaklah terlalu pedas dan masih boleh dinikmati oleh semua orang. Menu ini berharga RM29.

Gaffe & Co The Garage KL

Gaffe Big Breakfast

Gaffe Big Breakfast

Bagi mereka yang inginkan sesuatu simple untuk sarapan pagi pula, Gaffe Big Breakfast adalah jawapannya. 2 keping roti bakar, telur goreng berserta bacon dan sosej besar sudah cukup memulakan hari dengan baik. Walaupun ianya kelihatan begitu ringkas, tetapi menu ni merupakan menu lengkap sarapan pagi ala barat.

Chicken Aglio Olio

Menu Chicken Aglio Olio di sini sungguh berbeza. Sekali pandang tak sangka ianya disediakan dengan begitu pedas walaupun dikaburi dengan hiasan tomato. Chicken Aglio Olio ini sememangnya sangat pedas sehingga boleh terasa biji cili dan lada hitam ketika sedang menggulung pasta ini. Walau bagaimanapun, menu ini juga merupakan salah satu menu kegemaran saya kerana rasanya yang sungguh kick dan unik.

Seafood Marinara

Menu terakhir saya kali ini adalah Seafood Marinara yang hanya terdapat di Gaffe & Co. Kenapa saya cakap begitu, kerana rasanya sungguh unik dan saya tak pernah rasa di tempat lain. Seafood Marinara disediakan bersama makanan laut seperti udang, sotong dan lala. Kuahnya begitu pekat dan sangat creamy. Ianya mempunyai rasa masin-masin dari udang dan bercampur sedikit pedas black pepper.

Gaffe & Co The Garage KL

Chicken Aglio Olio

Gaffe & Co The Garage KL

Seafood Marinara

Gaffe & Co The Garage KL

Seafood Marinara

Gaffe & Co The Garage KL

Blackforest Frappe

Terakhir sekali adalah minuman Blackforest Frappe yang manis dan sedap. Sesuai bagi mereka yang sukakan manis, minuman Frappe seperti ini memang sangat menyelerakan. Terdapat pelbagai pilihan minuman lain seperti Espresso, Green Tea Latte, Cappucino dan banyak lagi.

Begitulah diantara beberapa menu lazat di Gaffe & Co. Selain menjamu selera, The Garage KL juga boleh dijadikan lokasi untuk event seperti majlis hari jadi, pelancaran dan sebagainya. Dengar kata waktu yang best datang kat sini adalah pada waktu malam kerana kita akan dihiburkan dengan persembahan band ketika menjamu selera. Bagi mereka yang ingin datang ke Gaffe & Co ini adalah alamat mereka.

The Garage KL
Jalan Hillview,
Taman Sri Ukay,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
No Telefon : 0342669776

Waktu Beroperasi :
Isnin – Khamis : 12pm – 12am
Jumaat : 12pm – 1am
Sabtu : 9am – 1am
Ahad : 9am – 12am

Laman Web  : https://www.thegaragekl.com/
Facebook : https://www.facebook.com/gaffeNco/
Instagram : https://www.instagram.com/gaffecoffee/

 

1,288 total views, 4 views today

   

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge