Bagi warga Ipoh pasti sudah mengenali kedai makanan Gomok yang terletak di persimpangan jalan di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Kedai makanannya nampak sungguh unik dari jauh dan menimbulkan seribu persoalan mengenai konsep makanannya. Gomok menggunakan logo lelaki gemuk tanpa kepala berpakaian seperti ke pejabat. Saya sering mengikuti perkembangan Gomok melalui sosial media dan setiap hari banyak pujian diberikan kepada kedai makanan ini. Akhirnya saya sendiri berpeluang datang ke Gomok dan melihat sendiri apakah keistimewaan Gomok.

Gomok Ipoh

Gomok Ipoh

Gomok Ipoh

Beberapa papan tanda di dalam Gomok

Gomok merupakan semua restoran makanan yang berkonsepkan santai dan klasik. Hiasan dalamannya banyak menggunakan elemen warna kayu dan lampu kuning bagi memberi ketenangan kepada pelanggan. Setiap meja kayunya adalah berbeza-beza dari segi bentuk dan saiz. Ada juga beberapa meja yang direka untuk memberi pilihan kepada pelanggan untuk makan bersila.

Konsep makanan di Gomok adalah hidangan makanannya yang berkualiti setanding hotel tetapi dijual pada harga yang berpatutan. Tidak hairanlah kerana Gomok menggunakan khidmat tukang masak dari bekas Chef Hotel di Ipoh. Selain dari kualiti makanannya, semua makanan di sini juga dihidangkan dalam seni plating setaraf hotel 5 bintang.

Advertisements
Gomok Ipoh

Suasana di dalam Gomok

Gomok Ipoh

Pakaian pekerja Gomok

Sebelum menjamu selera, saya mencuba signature minuman Gomok iaiu pilihan air Culinary Mocktail. Terdapat beberapa pilihan seperti Gomok Cooler, Tropical Mojito, Q-Putih, Italian Soda dan banyak lagi. Setiap minuman ini mempunyai rasa uniknya yang tersendiri selain dihidangkan dengan bersama sedikit dekorasi. Saya amat menyukai rasa Gomok Cooler kerana ianya mempunyai sedikit rasa masam disamping mempunyai bebola kecil yang meletup ketika masuk ke dalam mulut.

Gomok Ipoh

Q-Putih

Gomok Ipoh

Pilihan Culinary Mocktail

Sudah tibalah masanya untuk main course pula. Sebagai peminat salmon, saya memilih Devil Salmon sebagai menu makanan saya. Nampaknya memang tak sia-sia pilihan saya kerana ianya begitu nampak menyelerakan. Devil Salmon didatangkan dengan 2 keping ikan Salmon grill yang dituangkan bersama sos teriyaki disamping side dish yang lain seperti kentang lenyek dan sayur. Saya rasa ianya merupakan gabungan yang sempurna dan tiada kekurangan. Harga untuk satu set Devil Salmon adalah RM25.

Menurut pemilik Gomok, mereka akan menghidangkan kuantiti makanan yang lebih besar dan banyak. Bagi mereka yang mempunyai selera makan yang tinggi, kadang-kadang satu pinggan tu tak cukup. Kalau nak tambah 1 lagi pinggan macam terlalu banyak. Jadi Gomok mengamalkan kuantiti yang lebih banyak dari biasa. Selain dari tu, kualiti rasa makanan juga dijaga dengan baik.

Gomok Ipoh

Devil Salmon

Gomok Ipoh

Devil Salmon

Selain dari Devil Salmon, makanan lain yang menjadi hot item di Gomok adalah Carbonara, Gangnam Chicken, Gomok Basket, Cucur Udang, Blind Date dan banyak lagi. Saya boleh katakan semua makanan di sini memang sedap dan sangat unik. Hidangan Gangnam Chicken adalah isi ayam yang digoreng rangup dengan tepung istimewa dan dimakan bersama sos korea istimewa. Saya tak pernah rasakan makanan seperti ini di mana-mana kedai sebelum ini.

Bagi peminat burger pula, terdapat beberapa pilihan burger seperti Moo Burger, Philly Cheese Steak dan banyak lagi.

Gomok Ipoh

Carbonara

Gomok Ipoh

Blind Date

Gomok Ipoh

Gangnam Chicken

Gomok Ipoh

Gangnam Chicken

Gomok Ipoh

Moo Burger

Macam mana? Best tak? Kalau best jangan lupa untuk jadikan Gomok sebagai salah satu destinasi makan-makan sekiranya berkunjung ke Ipoh. Rasa macam tak puas berada di Gomok sebab tak sempat nak cuba menu yang lain pula. Kalau nak datang, saya sarankan cuba buatlah reservation terlebih dahulu sebab Gomok ni sentiasa penuh.

Ini adalah alamat Gomok :

No 1, Jalan Leong Sin Nam,30100 Ipoh, Perak
Buka setiap hari (Tutup hari Selasa)
5Pm – 11.30PM
No Telefon :013-348 2636
Facebook Page : https://www.facebook.com/pages/Gomok-Ipoh/1526263117606605
Instagram : http://instagram.com/gomokipoh

copyright

 9,490 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.