Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog saya. Dah lama rasanya saya tak berkongsi mengenai aktiviti aktif saya khususnya aktiviti mendaki. Cerita kali ini bukanlah mengenai pendakian sehebat mendaki Gunung Kinabalu tetapi cerita mengenai mendaki Bukit Gasing yang terletak di kawasan Petaling Jaya. Bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki dan hiking, Bukit Gasing ni sememangnya menjadi lokasi wajib untuk training ataupun melepaskan rindu dengan suasana hutan dan udara segar. Bukit Gasing ni sangat terkenal dan boleh dikatakan “sibuk” pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Saya dan beberapa teman hiking kali ini juga berhajat untuk mencuba sendiri Bukit Gasing secara santai bagi melihat sendiri cabaran dan suasana mendaki Bukit Gasing. Teruskan membaca.

Bukit Gasing

Entrance Bukit Gasing

Sebenarnya terdapat banyak entrance yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Gasing ni, namun begitu entrance yang paling terkenal dan menjadi signature Bukit Gasing adalah melalui pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Pendaki boleh meletakkan kenderaan pada kawasan parkir yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk namun begitu ianya sangat terhad. Jadi tak hairanlah orang yang nak mendaki Bukit Gasing ni akan tiba seawal jam 6 pagi bagi mendapatkan parkir kereta. Kita boleh juga meletakkan kereta ditepi kiri kanan jalan tetapi kalau nasib tak baik kereta akan disaman oleh MBPJ. Jadi berhati-hatilah ye.

Sebaik saja melepasi pintu masuk, laluannya agak kemas dan dijaga rapi. Tiada halangan yang merbahaya kerana ianya sangat landai dan selesa. Ketika tiba di 500m yang pertama barulah terdapat pecahan laluan samada ke jambatan gantung ataupun ke menara Telekom & Temple. Saya dimaklumkan ianya adalah 1 loop yang besar jadi tak kisah mana-mana pilihanpun ianya akan membuat 1 bulatan yang besar. Jadi kamipun memilih untuk meneruskan perdakian ke Menara Telekom dan Temple.

Bukit Gasing

Trail hike yang kemas dan selamat

Bukit Gasing

Suasana mendaki

Laluan ke Menara Telekom adalah menaik dan mendaki. Barulah rasa feel mendaki sikit jika dibandingkan pada awal-awalnya yang terlalu banyak jalan landai. Pejam celik pendakian 10-15 min akhirnya membawa kami ke puncak menara Telekom dan temple. Kat sini wajib untuk bergambar kerana pemandangan kat sini sungguh cantik dan tenang.

Kami meneruskan pendakian ke Jambatan Gantung yang memerlukan kami berpatah balik sedikit ke laluan yang telah dilalu tadi. Perdakian kali ini melalui sungai dan jambatan kecil di dalam hutan yang sungguh menenangkan. Pendakian saya dan rakan-rakan kali ni sungguh santai dan tidak terburu-buru. Jadi disetiap tempat yang cantik kami berhenti bergambar. Perjalanan diteruskan dan kali ini masa yang diambil lebih kurang 30 minit ke check point yang seterusnya.

Bukit Gasing

Bergambar dipuncak

Bukit Gasing

Turut bergambar dipuncak

Bukit Gasing

Bergambar di luar temple

Bukit Gasing

Bergambar dijambatan kecil di dalam hutan

Bukit Gasing

Kawasan permainan di Bukit Gasing

Sebelum boleh tiba di jambatan gantung, kami terpaksa melalui jambatan besi yang juga seakan-akan jambatan gantung. Jambatan besi ini juga sangat luas dan cantik. Jadi sekali lagi jadi port untuk kami bergambar. Kat sini juga terdapat kawasan seperti taman permainan dan kawasan beriadah. Ketika saya melalui kawasan ni tempoh hari, terdapat beberapa kumpulan yang melakukan aktiviti zumba kat sini. Memang meriah suasana kat kawasan ni. Rupanya, di kawasan ini juga terdapat satu lagi entrance ke Bukit Gasing. Patutlah ramai orang kat kawasan ni.

Bukit Gasing

Pemandangan Jambatan Besi

Bukit Gasing

Cantik juga bergambar di sini

Perjalanan diteruskan ke jambatan gantung  bagi merasai pengalaman yang lebih mencabar. Dari sini pendakian memakan masa lebih kurang 30-40 minit lagi dan kali ini pendakian lebih mencanak dan menguji mental. Ianya lebih sukar kerana perlu menaiki anak tangga yang tinggi dan memenatkan. Namun ianya berbaloi kerana pada penghujungnya kita disajikan dengan pengalaman menyeberangi jambatan gantung yang lebih ekstrem. Ianya bergoyang-goyang dan hanya boleh menampung beberapa orang sahaja pada satu-satu masa. Namun begitu, ianya sangat selamat kerana telah dibina dengan rapi dan diselenggara.

Bukit Gasing

Pemandangan yang cantik di dalam hutan Bukit Gasing

Bukit Gasing

Bergambar di Jambatan Gantung

Bukit Gasing

Berehat sambil bergambar

Walaupun saya dah beberapa kali ke Bukit Gasing, tetapi setiap kali saya mendaki ke sini saya dapat rasakan pengalaman yang baru kerana terdapat banyak entrance dan loop yang boleh dicuba. Secara puratanya, jarak dari pintu masuk ke jambatan gantung adalah sekitar 5-6km bergantung kepada laluan yang kita pilih. Ramai orang menjadikan Bukit Gasing sebagai tempat latihan mendaki dan tak kurang juga sebagai lokasi pendedahan awal di dalam dunia hiking. Tak kurang juga ada warga emas yang menggunakan Bukit Gasing sebagai lokasi senaman pagi mereka.

Jadi, kepada sesiapa yang tak pergi lagi ke Bukit Gasing tu apa kata cubalah sekali seumur hidup untuk hike di sini.

Baca juga:
Mendaki Bukit Kota Damansara Community Forest

7,692 total views, 20 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.