Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak sambung cerita panjang saya ketika percutian di Hong Kong dan kali ini saya nak fokus kepada perjalanan di dalam Disneyland Hong Kong. Pada post bahagian pertama saya dah ceritakan macam mana permulaan menjejakkan kaki di Hong Kong dan sudah tentulah destinasi utama iaitu Disneyland amat dinanti-nantikan. Sebelum ini saya pernah berada di Disneyland Los Angeles dan ini merupakan Disneyland ke 2 di dalam hidup saya.

Sebaik sahaja selesai sarapan pagi di hotel, kami semua dibawa oleh pemandu pelancong Poto Travel untuk berkumpul di bas dan memulakan perjalanan. Tak sangka, total keseluruhan yang mengikuti pakej percutian kali ini hampir 200 orang. Jadi sememangnya mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua orang. Saya dan Zarith seperti pada hari sebelumnya menaiki bas untuk group A. Ketika di dalam bas lagi, masing-masing sudah diberi tiket masuk serta kupon makan. Semuanya ni dah termasuk di dalam pakej Poto Travel. Perjalanan dari hotel ke Disneyland mengambil masa lebih kurang 40 minit dan semuanya dah nampak excited masa dalam bas.

002

Takkan sesat kalau ikut bendara Poto Travel

001

[Kiri] Bergambar di hadapan hotel sebelum bertolak [Kanan] Arissya, salah seorang anak kepada grup A

003

Excited dalam bas

004

Tiket, peta dan kupon makan diberi lebih awal

005

Hidden Mickey Spotted

Sampai saja dipintu masuk Disneyland Hong Kong, kami semua dipecahkan kepada hala tuju masing-masing. Tetapi sebelum berpecah, kami bergambar dulu. Nampak tak, begitu ramainya yang join trip kali ni. Gambar yang sama, anda semua boleh nampak di dalam surat khabar Utusan. Muka saya takde dalam gambar ni sebab saya korbankan untuk ambil gambar ketika ni. Bila berjalan di dalam Disneyland, yang paling penting adalah untuk merujuk kepada peta dan directory. Mengikut pengalaman saya dulu, pembahagian masa dan perancangan adalah penting ketika berada di dalam Disneyland. Kalau salah merancang masa, kita mungkin end-up terlepas show penting ataupun tak cukup masa untuk berjalan-jalan kat semua tempat. Memang betul seperti tagline Disneyland, The Happiest Place on Earth, di sini tak tak kira tua atau muda sememangnya patut rasa enjoy ketika berada di sini.

Disneyland Hong Kong ni merupakan Disneyland terkecil sekali di antara Disneyland yang lain. Namun begitu, beberapa tarikan utama masih ada di sini dan terdapat beberapa kelainan jika dibandingkan dengan Disneyland di negara lain. Di sini kebanyakkan signboard dan beberapa persembahan adalah di dalam bahasa kantonis. Jom kita jalan-jalan dulu~

027

Bergambar bersama semua peserta dan setiap kumpulan

026

Signage yang ditulis secara dwi bahasa

025

Tak akan sesat kalau tengok directory

006

Barisan yang panjang untuk beratur bergambar

 

Tips saya kepada orang yang nak ke Disneyland adalah pergi ke arah attraction penting dulu yang biasanya mengambil masa lebih dari 30 minit untuk beratur. Main attraction biasanya ada dilabel di dalam peta. Kalau siapa nampak gambar seperti di atas, ramai orang dah rugi masa sebab beratur lama untuk bergambar dengan maskot Disney sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Disneyland. Sebenarnya ada banyak lagi peluang di dalam Disneyland untuk berjumpa dengan maskot-maskot ni.

Disneyland Hong Kong masih mengekalkan layout yang sama dengan Disneyland di Los Angeles di mana dunia-dunia ataupun pembahagian-pembahagian tema dipecahkan dari tengah-tengah yang di mana terletaknya Istana trademark Disneyland. Dari tengah-tengah ni lah kita boleh pilih nak ke mana-mana bahagian world seperti Tomorrowland, Adventureland, Fantasyland, Toy Storyland, Mystic Point, Grizzly Gulch dan jalan utama iaitu Main Street USA.

008

Bergambar di hadapan Istana Disney

Fantasyland

Diantara attraction utama di Fantasyland adalah “It’s A Small World”. Di sini kita akan menaiki bot di atas air sambil di bawa mengembara ke dalam dunia “It’s A Small World”. Dengan berlatar belakangkan lagu tema “Its A Small World” kita akan terbuai-buai dengan patung comel yang menari-nari mengikut rentak muzik. Ride yang memakan masa lebih kurang 10 minit ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa dan ianya adalah permulaan yang baik untuk menjelajah lebih jauh di dalam Disneyland.

Selain itu, persembahan “Wajib Tonton” adalah persembahan “Golden Mickey” yang juga terletak di dalam Fantasyland. Hati-hati dan rancang masa anda sebab jadual persembahan ini sangat terhad dan mungkin 2 hingga 3 kali saja dalam masa 1 hari. Persembahan “Golden Mickey” adalah persembahan sangat istimewa berkonsepkan teater muzikal yang penuh dengan warna warni. Walaupun ada beberapa watak penting Disney seperti Mickey Mouse yang sering berbahasa kantonis tetapi terdapat screen besar di mana subtitle di sediakan. Setiap scene kita akan diperkenalkan dengan watak-watak Disney dari cerita yang berbeza-beza. Kemudian mereka akan menyanyi dan menari bersama-sama. Persembahan mereka sangat menarik dan sememangnya menghiburkan. Saya sendiri terasa macam nak tengok 2 kali tapi apakan daya sebab kalau tak rugi masa untuk berjalan-jalan.

031

It’s A Small World

009

Di hadapan pintu masuk It’s A Small World

010

Suasana di dalam It’s A Small World

Selain itu, terdapat satu lagi attraction penting di Fantasyland iaitu Mickey’s  Philharmagic. Ianya adalah tayangan 4D khas yang dihasilkan menggunakan watak-watak seperti Mickey Mouse dan Donald Duck. Persembahan 4Dnya boleh tahan dan cantik. Ianya mengisahkan bagaimana Donald Duck sedang berlatih alat muzik tetapi akhirnya alat muzik tersebut bergerak sendiri. Saya tak dapat ambil gambar ketika berada di dalam persembahan ini kerana ianya adalah persembahan 4D.

011

Salah satu scene dalam “The Golden Mickey”

012

Persembahan muzikal yang menarik

Tomorrowland

Di Tomorrowland ada 2 main attraction yang penting iaitu Buzz Lightyear Astro Blaster dan Space Mountain. Buzz Lightyear Astro adalah ride berbentuk mission bertemakan watak Buzz Lightyear dari Toy Story. Kita akan menaiki ride yang memuatkan 2 orang dan di dalam ride ada disediakan pistol laser dan score panel. Mission kita adalah untuk membantu Buzz Lightyear melawan Lord Zedd dengan menembak pada simbol “Z”. Pada akhir mission kita, kita akan dapat melihat markah terkumpul ataupun mencetak gambar aksi kita ketika sedang bermain.

Space Mountain pula adalah rollercoaster ride indoor yang extreme. Extreme bagi saya sebab saya tak suka sangat naik rollercoaster. Saya dah pernah ada pengalaman menaiki Space Mountain ketika di Los Angeles dan rasanya taknak naik lagi. Tetapi actually ride ni sangat fun dan sesuai bagi pengemar rollercoaster.

039

Salah satu ride rollercoaster

030

Bergambar bersama Buzz Lightyear

 

Adventureland

Di sini ada beberapa attraction yang wajib di pergi tetapi yang paling utama dan harus ditulis di sini adalah “Festival of Lion King”. Sama seperti show “Golden Mickey”, “Festival of Lion King” sangat terhad jumlah persembahannya dan kita haruslah semak jadualnya terlebih dahulu. Ianya sangat berbaloi dan menjadi salah satu sebab utama kenapa datang ke Disneyland. Saya tak pasti samada show ini ada di Disneyland Long Angeles atau tidak tetapi yang pasti ini adalah pertama kali saya berpeluang menontonnya.

Persembahan berkonsepkan muzikal dan tarian ini sungguh detail dan terperinci dihasilkan. Kita akan dapat lihat makeup dan kesan khas yang digunakan sangat-sangat details. Di sini, penonton akan ditempatkan di dalam kawasan seperti bulatan yang besar dan persembahan akan dilakukan di tengah-tengah. Kadang-kala pentas bulat ditengah-tengah akan berpusing bagi menghadap penonton dari semua angle. Lakonan semua pelakon di sini adalah sangat luar biasa dan bersemangat. Macam terbayang-bayang seperti tengah tengok cerita Lion King versi yang berbeza.

037

Persembahan penuh warna warni Lion King

023

Costume yang cantik

022

Persembahan Lion King yang memukau

021

Tarian yang sangat menarik

 

Toy Story Land

Salah satu keunikan Disneyland Hong Kong adalah dengan adanya Toy Story Land. Mungkin saya silap, tetapi saya rasa bukan semua Disneyland ada Toy Story Land. Dah lama saya google mengenai Toy Story Land dan memang mengidamkan untuk datang ke sini. Namun begitu, pada pendapat saya hampir semua ride dan permainan di kawasan ini mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak. Saya tak jumpa satu pun ride yang saya teringin untuk cuba. Iye, jadi kalau bawak kanak-kanak mungkin akan tersangkut lebih lama di kawasan ni.

Namun begitu, patung besar Woody yang menyambut kedatangan dari pintu utama sememangnya mengagumkan.

040

Toy Story Land

018

Toy Story Land

Makanan dan Merchandises

Biasanya kalau kita travel ke luar negara perkara yang merunsingkan kita adalah makanan halal. Tetapi jangan risau kerana di Disneyland Hong Kong, cafenya sememangnya menyediakan makanan halal dan bercita rasakan Malaysia. Menu-menu yang dijual adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Briyani, Tandori dan macam-macam lagi. Macam saya, semua pakej makanan tengahari dan malam telah disediakan oleh Poto Travel menggunakan kupon. Jadi saya hanya perlu tunjuk je nak makanan apa.

Selepas rehat makan, mata memang dah tak leh tahan nak tengok merchandises Disneyland. Kat sini memang pasti dan confirm akan rambang mata bila tengok semua merchandises yang ada. Macam tak sangka, masa kat Malaysia takde pulak nak beli merchandises Mickey Mouse. Macam-macam bentuk merchandises sampailah yang tak terfikir nak beli tapi beli pun ada. Di sini setiap merchandises dijual mengikut musim-musim. Pelbagai design yang ada dan harganya memang sangat premium. Actually, kalau dah memang suka tak rugi beli di dalam Disneyland sebab kualiti dan branding Disney. Saya agak kurang setuju dengan pemandu pelancong saya yang menyarankan agar tidak membeli barangan di dalam Disneyland kerana barangan yang sama boleh di dapatkan di luar dengan harga lebih murah. Saya dah compare dengan barangan di luar dan rasanya kualiti dan jenis yang kita nak tu sangat lain dan tak sama. Okay, lagi satu tips. Kalau nak shopping janganlah shopping terlalu awal sebab ianya akan membebankan kita untuk bawak barang-barang ke hulu ke hilir. Betul tak? Sebab kita akan ada masa semasa menunggu FireWorks petang nanti.

013

Di sini lah kedai makanan yang menjual makanan halal

014

Makan nasi briyani lah kita

015

Ada duit boleh je beli semua

029

Cantik kan?

028

Pinggan macam ni pun ada

Disney Parade

Ni lagi satu perkara wajib setiap kali ke Disneyland. Orang kata kalau tak tengok Parade ni memang gila la datang Disneyland. Kalau nak tahu, setiap Disneyland persembahan Parade adalah berbeza-beza mengikut tempat dan musim. Pada waktu weekdays pula 1 show saja yang ada jika dibandingkan dengan weekend. Jadi kenalah cek di website terlebih dahulu. Ketika kunjungan saya di Disneyland Hong Kong ni, nama parade yang dipersembahkan adalah “Flight of Fantasy”. Walaupun parade ini lebih kecil namun ianya dah cukup menghiburkan penonton. Oleh kerana bertemakan “Flight” dan “Fantasy”, kesemua watak berkonsepkan seperti itu diketengahkan. Di antaranya adalah Dumbo, Peter Pan dan banyak lagi. Nanti saya akan sharekan video penuh parade di sini.

 

034

Flying Dumbo memulakan parade

036

Parade penuh dengan warna warni

035

Inilah Tinker bell

033

Bye Bye Minnie Mouse

038

Fireworks melengkapkan kegembiraan di Disneyland

Sememangnya satu pengalaman luar biasa dan menyeronokkan ketika berada di Disneyland. Pada keesokkan harinya saya dan Group A meneruskan percutian di Hong Kong. Nak tahu ke mana pulak saya pergi lepas tu? Teruskan membaca blog saya.

 

 

5,896 total views, 8 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge