Assalamualaikum semua~ Kali ni saya nak sambung semula rentetan percutian saya ke Hong Kong. Buat mereka yang terlepas membaca artikel berkaitan dengan percutian saya di Hong Kong sebelum ini bolehlah membaca Bahagian 1 dan Bahagian 2 terlebih dahulu. Setelah seharian saya berjimba-jimba di Disneyland Hong Kong, pada keesokan harinya saya dibawa melawat bandaraya Hong Kong yang juga di dalam pakej percutian bersama Poto Travel. Diantara tempat-tempat yang terkenal sebagai lokasi tarikan pelancong adalah Hong Kong Avenue Of Stars, Victoria Peak dan Ocean Park. Konsep Avenue Of Stars adalah seakan-akan di Hollywood di mana terdapat lebih dari 100 “Hand Print” ataupun tapak tangan artis-artis Hong Kong yang terkemuka dilantai-lantai jalan. Di sini juga terdapat patung-patung seperti Bruce Lee dan beberapa patung-patung lain. Saya dimaklumkan juga di sini kerap diadakan aktiviti seperti persembahan muzik dan acara-acara lain.

hk01

Permandangan di Hong Kong

hk05

Tapak tangan artis Hong Kong

hk06

Bergambar di Avenue Of Stars

hk02

Bersama group A

hk03

Bergambar di Avenue of Stars

hk07

Avenue of Stars

Walaupun saya melawat kawasan ini pada waktu siang, tapi saya rasa ianya lebih sesuai dilawati pada waktu malam kerana permandangan sungainya yang cantik dan cahaya dari bangunan-bangunan disekitar kawasan ini. Seterusnya saya dan group A di bawa ke Perkampungan Nelayan “Aberdeen”. Siapa sangka ada kampung nelayan di tengah-tengah bandar. Perkampungan Nelayan moden ini sememangnya terletak ditengah-tengah bandar. Saya di bawa mengelilingi kawasan perkampungan nelayan dengan menaiki sampan yang boleh memuatkan sekitar 10 orang. Perjalanan sekitar 20 minit di dalam sampan membolehkan saya menyaksikan sendiri kehidupan nelayan di sini. Sungguh cantik kawasan di sini dan sambil jalan-jalan tu kita boleh nampak beberapa spot di mana filem-filem Hong Kong dirakam. Saya juga sungguh kagum dengan bot-bot mewah yang juga terdapat di persisiran sungai di situ. Mengikut kata mereka, bot yang berjuta-juta ringgit ini dijadikan rumah mereka kerana kos membeli rumah sendiri adalah lebih mahal.

hk08

Pemandangan di Avenue Of Stars

hk09

Bot mewah di Perkampungan Nelayan

hk10

Bersama Zarith di dalam sampan

hk11

Pemandangan dari dalam sampan

hk12

Bro Joe Ijam bersama Arisya

Destinasi yang seterusnya adalah Victoria Peak. Di sini merupakan tempat utama tarikan pelancong untuk shopping cenderamata dan untuk merasai beberapa keunikan Hong Kong. Walaupun macam-macam benda nak beli dan macam-macam kedai nak masuk, oleh kerana kesuntukan masa tak banyak perkara yang sempat saya buat. Di sini terdapatnya outlet Hard Rock Cafe dan juga Madame Tussauds. Bagi pengumpul barangan Hard Rock Cafe, wajib untuk beli di sini sebab secara keseluruhannya barangan di sini macam lebih murah sikit. Tiada masalah untuk membeli dan berkomunikasi di Hong Kong kerana majoriti masyarakat di sini boleh berbahasa English dengan baik.

Advertisements

Walaupun cuaca agak panas ketika itu, tapi pemandangan di sini sungguh cantik dan tenang. Kalaulah saya mempunyai lebih masa, pasti saya akan duduk di sini saja sepanjang hari.

hk17

Victoria Peak

hk16

Hard Rock Cafe Hong Kong

hk15

Madame Tussauds

hk19

Di hadapan Victoria Peak

Pada hari yang sama, adalah hari terakhir saya berada di Hong Kong. Destinasi yang seterusnya adalah ShenZhen iaitu sebuah daerah di China.  Saya rasa haritu sangat memenatkan kerana terpaksa menempuhi perjalanan yang sangat jauh. Walaupun saya dibawa menaiki bas, tetapi proses pertukaran diantara 2 bas di 2 buah negara yang berbeza adalah amat merumitkan. Saya diturunkan di terminal kastam di Hong Kong dan perlu membawa semua bagasi untuk semakan dan proses kemasukkan. Semua bagasi dan barangan peribadi ini dibawa merentasi tangga, jalan raya serta jejantas sejauh 500 meter dan kemudiannya harus beratur sekitar 3 jam untuk melepasi proses kastam.

Walaupun sangat penat, tapi saya berterima kasih kepada travel guide saya iaitu Mr James yang banyak membantu. Sepanjang 3 hari berada di Hong Kong Mr James banyak membantu dan berkongsi ilmu. Mr. James meninggalkan kami di terminal di ShenChen kerana kami harus meneruskan perjalanan bersama wakil travel guide dari ShenZhen pula.

hk20

Saat akhir ketika dipindahkan ke ShenZhen

hk21

Bersama dengan Mr James, pemandu peloncong di Hong Kong

Nak tahu apa yang ada di ShenZhen pula? Jangan lupa untuk teruskan membaca blog MohdZarin.com

……………….
Facebook Fanpage : http://facebook.com/mohdzarindotcom
Instagram : http://Instagram.com/mohdzarin
Email : z@mohdzarin.com

 4,773 total views,  1 views today

Advertisements
            

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.